Portal Majalah Pa&Ma di bawah naugan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME di bawah tajaan utama KARIHOME. Program ini telah berlangsung di Park Royal Collection, Kuala Lumpur bermula pada pukul 1:30 petang hingga 5:30 petang.

Majlis Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME Meriah! Beri Sumbangan & Anjur Pertandingan Sedondon Raya

Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dilaksanakan bagi meraikan pelajar-pelajar anak yatim yang terpilih daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2. Seramai enam (6) orang pelajar yang merekodkan prestasi yang cemerlang telah menerima sumbangan yang berbentuk wang ringgit beserta hamper istimewa daripada Karihome.

Majlis Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME Meriah! Beri Sumbangan & Anjur Pertandingan Sedondon Raya

Selain itu, portal majalah tersebut bersama Karihome telah mengadakan sebuah peraduan Sedondon Raya Pa&Ma X Karihome bermula 20 April 2023 sehingga 9 Mei 2023. Sebanyak 400 perserta yang telah menyertai peraduan ini dan lima (5) finalis yang terpilih bagi memperagakan baju raya sedondon mereka pada majlis tersebut.

Majlis Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME Meriah! Beri Sumbangan & Anjur Pertandingan Sedondon Raya

IKLAN

Pemenang pertama telah digalas oleh Nordiana Razali dan memenangi hadiah wang tunai RM1500 beserta hamper dan diikuti oleh pemenang kedua iaitu Nur Hashikin Mohd Alifiah yang memenangi wang tunai RM1000. Manakala pemenang tempat ketiga iaitu Marziana Abd Rashid telah membawa pulang wang tunai RM500 beserta hamper. Pemenang tempat keempat dan kelima iaitu Siti Nurdiyana Nabilah Jaffar dan Ella Sierra masing-masing memenangi wang tunai RM500 dan hamper.

Majlis Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME Meriah! Beri Sumbangan & Anjur Pertandingan Sedondon Raya

Wan Erni Liza selaku Editor Pengurusan Group Family & Parenting berkata “Sebelum ini, Pa&Ma, aktif terlibat dengan kerja-kerja CSR. Dan inisiatif CSR kami tidak hanya fokus kepada golongan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal, atau anak yatim tetapi kami juga turut memberikan perhatian kepada pertubuhan dan persatuan lain seperti Anak Autism, Anak Down Syndrome, Pejuang Garis Dua, Kucing Terbiar dan banyak lagi”.

IKLAN

Beliau juga turut menyatakan bahawa program seperti ini dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengukuhkan tali silaturahim antara warga kerja portal Pa&Ma dan para pembacanya.

Selain itu, majlis turut meraikan barisan rakan strategik yang senantiasa menyokong perkembangan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat yang dianjurkan oleh portal majalah tersebut. Antara rakan strategik yang hadir bagi menerima penghargaan tersebut adalah Persatuan Kucing Malaysia, Ragad Foundation, KUEH, De Anna Creation dan Joy Design Studio.

Majlis Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME Meriah! Beri Sumbangan & Anjur Pertandingan Sedondon Raya

IKLAN

Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkata “Apabila kita memberi, bukan jumlah yang paling utama tetapi adakalanya bantuan yang kecil juga sudah memadai untuk membuatkan orang yang menerima itu tersenyum.”

Berpegang pada misi dan visi SEMUA ORANG HARUS TERSENYUM maka Pa&Ma, menjadikan BAWAKAN SENYUMAN sebagai sebuah program yang memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira tua atau muda, bangsa mahupun agama.

Majlis Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME Meriah! Beri Sumbangan & Anjur Pertandingan Sedondon Raya

Tambah Syamil lagi “Terima kasih diucapkan kepada pihak KARIHOME kerana turut sama menyumbang dan memeriahkan lagi program yang amat bermakna ini. Sumbangan seperti ini dapat memberi laluan kepada kami untuk mengadakan lebih banyak inisiatif seperti ini pada masa yang akan datang.”

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI