Perut buncit, senggugut teruk & kerap terkencing adalah antara tanda-tanda berlakunya fibroid. Mama jangan ambil mudah kerana 1 daripada 3 wanita boleh mengalaminya!
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan, berkongsi mengenai ketumbuhan yang biasa dialami wanita ini. Ulasannya mengenai jenis fibroid, saiz fibroid, punca terjadi ketumbuhan ini serta gejalanya boleh dijadikan panduan kepada semua ibu-ibu.
Fibroid dipanggil leiomyoma. Jenisnya bergantung kepada saiz dan lokasi.
1% daripada fibroid boleh bertukar menjadi bahaya dinamakan leiomyosarcoma.
Sangat biasa berlaku kepada wanita, kekerapannya ialah 1 dalam 3 wanita.
Ads
Saiz dan gangguan fibroid kepada wanita. Haid banyak daripada biasa, senggugut, rasa pundi kencing tertekan, rasa ingin buang air besar dan sakit.
Berlaku kerana hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron.
Ads
PUNCAFIBROID
8 TANDA ANDA MEMPUNYAI FIBROID
Tiada gejala spesifik. Tidak digalakkan membuat diagnosis sendiri, sebaik-baiknya dapatkan pengesahan.
Ads
RAWATAN BAGI WANITA YANG MENGALAMI FIBROID
Rawatan perlukan pemeriksaan doktor. Jangan keliru dengan cyst kerana fibroid & cyst dua perkara yang berbeza.
Usia lima tahun adalah fasa yang sangat menarik dalam perkembangan kanak kanak. Pada usia ini, anak bukan sahaja semakin petah bercakap dan aktif bergerak, malah mula menunjukkan kematangan emosi, pemikiran yang lebih logik serta kebolehan bersosial yang semakin jelas. Setiap anak berkembang mengikut rentak sendiri, namun terdapat beberapa milestones anak usia 5 tahun yang boleh dijadikan panduan oleh ibu ayah untuk memahami perkembangan selari usia anak.
Pada usia lima tahun, kebanyakan kanak kanak sudah mempunyai kawalan tubuh yang lebih baik dan pergerakan yang lebih seimbang. Mereka mampu berlari dengan stabil, melompat dengan kedua dua kaki, memanjat, serta berdiri dengan satu kaki untuk beberapa saat. Anak juga biasanya sudah boleh mengayuh basikal dengan roda sokongan dan mula berani mencuba aktiviti fizikal baharu.
Perkembangan ini penting kerana ia membantu membina kekuatan otot, koordinasi dan keyakinan diri anak. Ibu ayah boleh menyokong perkembangan ini dengan memberi ruang untuk anak bermain di luar, melakukan aktiviti fizikal dan mengurangkan masa skrin berlebihan agar milestones anak usia 5 tahun dapat dicapai secara sihat.
Dari segi motor halus, anak lima tahun biasanya sudah boleh memegang pensel dengan lebih kemas dan menulis beberapa huruf atau namanya sendiri. Mereka juga mampu menggunting mengikut garisan, mewarna dalam ruang yang ditetapkan serta menyusun puzzle yang lebih mencabar.
Kemahiran motor halus sangat berkait rapat dengan persediaan ke sekolah rendah dan merupakan antara milestones anak usia 5 tahun yang penting. Aktiviti seperti melukis, menampal pelekat, bermain plastisin dan membuat kraf boleh membantu menguatkan otot jari serta meningkatkan fokus anak.
Bahasa anak pada usia lima tahun menjadi lebih jelas, tersusun dan bermakna. Mereka mampu bercakap dalam ayat yang panjang, bertanya banyak soalan dan menceritakan pengalaman dengan urutan yang lebih teratur. Anak juga sudah boleh memahami arahan lebih daripada dua langkah serta mula mengenali bunyi huruf dan perkataan mudah.
Pada peringkat ini, anak sangat suka berbual dan berkongsi cerita. Ibu ayah digalakkan untuk mendengar dengan penuh perhatian, membaca buku bersama dan berbual secara dua hala kerana ia menyokong pencapaian milestones anak usia 5 tahun dari aspek bahasa.
Anak lima tahun mula menunjukkan kebolehan berfikir secara logik dan kreatif. Mereka boleh mengenal warna, bentuk, nombor asas serta memahami konsep masa seperti pagi dan malam. Anak juga mula bermain secara imaginatif dan mencipta jalan cerita sendiri.
Dari sudut emosi, anak lima tahun semakin mengenali perasaan sendiri dan orang lain. Mereka mula menunjukkan empati, memahami perasaan rakan serta belajar mengawal emosi walaupun masih memerlukan bimbingan berterusan.
Pada usia ini, anak mula gemar bermain bersama rakan sebaya, belajar berkongsi dan memahami peraturan sosial. Pengalaman sosial ini membantu membentuk keyakinan dan kemahiran komunikasi.
Anak lima tahun biasanya sudah boleh mengurus diri seperti memakai baju sendiri, memberus gigi dengan pemantauan, makan tanpa bantuan dan mengemas mainan. Ini adalah sebahagian daripada milestones anak usia 5 tahun yang membantu membina rasa tanggungjawab.
Walaupun setiap anak berkembang mengikut kadar berbeza, ibu ayah disarankan mendapatkan nasihat pakar sekiranya anak menghadapi kesukaran berkomunikasi, tidak berminat bersosial, tidak memahami arahan mudah atau menunjukkan masalah pergerakan yang ketara.
Usia lima tahun adalah tempoh penting dalam pembentukan asas fizikal, emosi, sosial dan kognitif anak. Dengan sokongan, perhatian dan kasih sayang daripada ibu ayah, anak akan membesar dengan lebih yakin dan seimbang. Ingatlah bahawa milestones anak usia 5 tahun hanyalah panduan, bukan perlumbaan. Yang paling penting adalah perjalanan membesarkan anak dengan penuh sabar dan kasih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah gunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul sehingga bersih. Betul tak? Persoalannya ramai yang tak sedar walaupun botol susu kelihatan bersih namun kuman di berus botol masih ada.
Ini antara yang ramai ibu bapa terlepas pandang. Kebanyakannya menganggap apabila dah membersihkan botol susu semuanya dah selamat. Tapi hakikat di sebaliknya ramai tak tahu.
Kadang-kadang bila anak sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah kita akan anggap puncanya sebab salah makan.
Jadi lepas ni bila dah tau pencuci botol susu salah satu tempat kuman membiak pastikan lebih peka.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai hal ini.
Tersentak saya bila baca posting Dr. Saidatul Husna berkenaan span basuh pinggan yang boleh jadi ‘silent killer’ pada mak ayah kita terutama yang ada kencing manis.
Bahaya betul !
Lepas baca post tersebut terus terlintas di kepala,
“Pencuci botol susu anak pun guna span juga”
Kadang-kadang tu basuh botol anak susunya dah basi, kerak susu melekat di puting, walaupun basuh sehingga bersih di mata tapi mata kita mana boleh nampak kuman.
Mana nampak kalau kuman dari susu basi tadi melekat pada span, kerak susu yang di sental pada puting tadi pun boleh terselit dalam span.
Dah dekat 6-7 bulan pencuci botol ni tak di ganti.. Syukur alhamdulillah Allah masih lindungi anak-anak saya.
Secara logiknya span tu memang dah terkumpul banyak kuman berbahaya terutamanya Escherichia Coli (E-Coli). Masa basuh botol tanpa sedar kuman ini boleh melekat semula pada botol.
Kita tak nampak ni !
Kesian anak kecil boleh jadi loya, deman, muntah dan cirit birit kalau kuman E-Coli ni menyerang perut mereka.
Memang bernasib baik betul tak jadi apa-apa pada anak selama ni. Kena tukar sebelum terjadi apa-apa, menyesal tak guna nanti.
Di rumah tiada pencuci lebih jadi sementara nak pergi beli yang baru saya ambil langkah-langkah pencegahan ini yang Dr. Saidatul kongsikan.
Nota (ini hasil carian di google):
Suhu kepanasan untuk membunuh kuman di sarankan pada 100 darjah celsius dan ke atas.
Ini langkah pencegahan sementara sahaja. Seelok-eloknya 3 minggu sekali tukar yang baru.
Kalau berkaitan kesihatan anak-anak ni ibubapa kena selalu sangka buruk jangan melengah, sebab bila dah berlaku sesuatu nanti sangat buruk akibatkan pada anak dan diri ibubapa sendiri.
P/s : Tolong saya sampaikan pesanan penting ini pada ibubapa di luar sana yang masih ada anak menyusu guna botol supaya mereka lebih prihatin dengan bahaya kuman ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Urutan bayi sejak lahir antara yang boleh memberi ketenangan. Usapan dengan penuh kasih sayang boleh menyebabkan bayi dapat tidur dengan lena.
Lagi satu jika bayi kembung perut, ibu akan menggunakan minyak angin dengan tujuan untuk beri keselesaan dan mengeluarkan angin dalam badan. Bagaimanapun, penting untuk ibu ayah tahu ada beberapa kandungan yang tidak sesuai dalam minyak angin atau urut.
Berikut antara yang dikongsikan oleh Pusat Racun Negara melalui Public Health Malaysia.
Perhatian kepada ibu bapa, elakkan menyapu minyak panas atau minyak urut yang mengandungi bahan Methyl Salicylate kepada anak anak kecil.
Hampir setiap minggu Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara menerima kes keracunan Metil Salisilat yang melibatkan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Bahan Methyl Salicylate ini biasanya terdapat dalam produk minyak panas untuk merawat lenguh-lenguh dan sakit badan. Namun, bahan ini tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak terutamanya pada bayi kerana berisiko menyebabkan keracunan pada bayi.
Antara gejala keracunan termasuklah loya, muntah, berdengung di dalam telinga, sawan dan koma.
Paling penting sebelum gunakan produk, semak dahulu sama ada ia mengandungi bahan ini atau tidak. Untuk orang dewasa, tiada masalah, boleh gunakan mengikut aturan yang disarankan
Semakan di laman NPRA terdapat lebih 164 produk yang mengandungi bahan aktif Methyl Salicylate. Semak dulu ya sebelum guna.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!