
Salah satu simptom kehamilan yang tidak dijangka adalah keadaan perut yang mengeras. Sebaik memasuki trimester ke-3, iaitu waktu menghampiri tempoh bersalin, perut ibu akan menjadi keras.
Tetapi anda perlu tahu, keadaan ini juga boleh berlaku bermula pada trimester pertama. Jadi, kenapa perut mengeras ketika hamil 9 bulan? Adakah petanda kandungan bermasalah?
Kenapa perut mengeras semasa hamil?
Bagi anda yang pertama kali berbadan dua, perut mengeras ketika mengandung pasti boleh menyebabkan timbulnya rasa risau. Apa sebabnya?
Trimester pertama
1. Perut berangin atau sembelit penyebab perut mengeras dan sakit bawah perut.
Keadaan perut berangin adalah masalah biasa ketika mengandung dan boleh menyebabkan kekejangan atau kesakitan yang sangat menyakitkan. Sembelit juga situasi normal untuk terjadi pada awal kehamilan. Kedua-dua masalah itu didasari oleh perubahan hormon kehamilan yang melambatkan fungsi saluran gastrousus.
2. Kesakitan tumbesaran bayi
Dari masa ke masa, bayi dalam kandungan akan membesar dan tisu serta ligamen di sekeliling akan mengalami ketegangan. Kesemua pergerakan itu boleh menyebabkan perut sakit, berasa sesak dan kekejangan.
3. Masalah keguguran
Perut mengeras semasa hamil boleh menjadi petunjuk keguguran sebelum minggu ke-20. Walau bagaimanapun, situasi yang menyedihkan ini paling kerap berlaku sebelum minggu ke-12 kehamilan.
Kehilangan kandungan juga mempunyai gejala lain seperti:
* Kesakitan teruk atau kekejangan pada bahagian belakang badan
* Tompokan merah atau coklat pada seluar dalam
* Keputihan faraj mengandungi darah beku
Trimester kedua
Bagi sesetengah wanita, mereka mula berasakan kontraksi rahim dan ia boleh berlaku secara berkala pada trimester kedua, antara minggu ke-13 hingga 24.
Ia dikenali sebagai Braxton-Hicks – kontraksi palsu atau kontraksi latihan, yang bertujuan untuk mempersiapkan rahim bagi melahirkan anak. Braxton-Hicks adalah keadaan normal untuk dialami dan boleh berlangsung sekitar 30 saat hingga 1 minit. Tetapi adakalanya berlanjutan sehingga 2 minit.
Ia tidak sesakit kontraksi untuk melahirkan, namun masih akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
Trimester ketiga
Perut mengeras perut mengeras dan sakit bawah perut ketika mengandung yang berkaitan dengan Braxton-Hicks akan menjadi lebih kerap disertai peningkatan rasa sakit pada trimester ini.
Biasanya akan dialami dalam beberapa minggu terakhir kehamilan, saat rahim bersedia untuk proses kelahiran bayi.
Kontraksi palsu
* Kadar intensiti dan kekerapan tidak teratur
* Tidak selesa
* Boleh dihilangkan dengan rawatan rumah seperti berbaring
* Tiada tanda lain untuk melahirkan anak
Kontraksi sebenar
* Jarak kontraksi semakin dekat dan bertambah kuat
* Rasa amat menyakitkan
* Sebarang rawatan di rumah tidak membantu melegakan
* Disertai dengan tanda untuk melahirkan lain
Sekiranya mempunyai kebimbangan tentang keadaan perut mengeras semasa hamil mahupun kontraksi yang terjadi, lakukan pemeriksaan doktor. Jangan tunggu!