Pes Ikan Bakar Simple. Guna Bahan Sedia Ada Di Dapur. Terlajak Sedap!

Share

Sesekali tukar menu apa salahnya kan. Kalau selalu gulai, goreng atau buat sambal jemu juga. Apa kata jika ada masa sikit, buat pula menu ikan bakar. Mesti suami pun puji!

Ikan bakar ni bukan bakar kosong je, tapi buatkan sekali dengan pesnya. Cuma bila fikir nak buat pes macam leceh pula. Ok anda tak perlu rasa susah-susah pun. Guna je bahan yang sedia ada kat dapur.

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Ikan Siakap Masak Kengsom. Kombinasi 3 Rasa. Masam, Manis, Pedas Cukup Padu!]

Hanya menggunakan lima bahan asas, pastinya dah boleh jadi pes ikan selain tambah garam, serbuk kunyit dan sedikit susu pekat.

Ni yang dah siap bakar..sy bakar guna oven ja. Kalau bakar guna dapur kayu atau arang lagi sedap..ada rasa smokey2 gitu. Kalau nak ikan juicy jgn bakar lama ya..dalam 20 minit dah ok..

Resipi pes ikan bakar yang dikongsikan oleh Tyra Yahya ini boleh anda cuba. Tak lama pun buatnya tapi hasilnya cukup sedap.

Bahan-bahannya:

Bawang putih
Bawang merah
Cili (kalau tak mahu pedas 4biji dah cukup)
Jintan manis

Cara penyediaannya:

Tumbuk semua bahan-bahan. Sama ada nak lumat atau kasar terpulang pada anda.

Masukkan susu pekat dalam 3 atau 4 sudu. Ikut citarasa masing-masing.

Perasakan dengan garam, serbuk perasa sikit (nak letakkan boleh, tak mahu letak pun tiada masalah) dan serbuk kunyit.

Dah gaul semua bahan tadi akan jadi macam ni. Siap dah pes. Rasanya lemak-lemak manis, masin dan pedas.

Ikan lumur garam kunyit terlebih dahulu..Jangan banyak sangat sebab pes tadi dah cukup rasa semua. Sebelum itu bakar ikan bagi separuh masak.

Dah separuh masak, keluarkan ikan.. Tuang pes atas ikan bagi semuanya rata. Lepas tu bakar untuk kali kedua sampai masak dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Tyra Yahya

IKLAN