Virus COVID-19 tidak mengenal sama ada usia, darjat mahupun status seseorang di dalam masyarakat. Di Malaysia, selain daripada warga emas, golongan kanak-kanak merupakan antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti wabak COVID-19.

Pesan Pada Anak, Kurangkan Perkongsian Perlatan Peribadi Di Sekolah! Ibu Ayah Kena Pesan Bahaya COVID-19

Memang benar banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain jika dibandingkan sebelum negara kita dilanda pandemik
COVID-19. Jadi ibu ayah memainkan peranan penting untuk memberikan persiapan terbaik kepada anak-anak untuk tangani Covid-19.

Anak-anak perlu diberikan maklumat maklumat positif tentang penyakit COVID-19 supaya mereka faham apa yang berlaku. Contohnya, kenapa perlu memakai pelitup muka (facemask), kenapa perlu menggunakan pensanitasi tangan dan sebagainya.

Tentu sekali ramai ibu bapa yang risau untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana wabak Covid-19 ini. Namun sesi pembelajaran harus dijalankan seperti biasa jadi ibu bapa perlu mempersiakan anak-anak dari segi mental dan fizikal.

Menyediakan emosi anak sebelum sekolah bermula:

IKLAN

o Ibu bapa boleh memuat turun Garispanduan Pembukaan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan seterusnya melatih dan membiasakan anak untuk memahami perubahan yang berlaku di dalam sekolah.

o Menterjemahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan oleh KPM dalam bahasa mudah supaya anak memahami dan boleh mematuhi SOP apabila menaiki kenderaan ke sekolah, berada dalam sekolah dan selepas sesi sekolah tamat.

Membantu anak untuk menjaga diri sendiri dan orang lain daripada mendapat jangkitan COVID-19

IKLAN

o Mengamalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) sebelum sekolah dibuka seperti mengajar kaedah dan waktu membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun dan air atau hand sanitiser (Wash), membekalkan anak dengan pelitup muka serta mengajar cara dan situasi yang betul memakai pelitup muka seperti semasa berada dalam bas sekolah dan tempat sesak (Wear) dan etika batuk yang betul (Warn);

o Melatih anak memahami lokasi atau perbuatan berisiko iaitu 3C seperti mengelakkan tempat sesak (Crowded place), tidak berada di ruangan yang tertutup dan sempit (Confined space) serta mengelakkan sembang dalam jarak yang dekat (Close conversation);

o Tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya tidak sihat atau menunjukkan gejala COVID-19; dan

IKLAN

o Mengurangkan kebarangkalian perkongsian peralatan peribadi dengan kanak-kanak lain di sekolah.

Pesan Pada Anak, Kurangkan Perkongsian Perlatan Peribadi Di Sekolah! Ibu Ayah Kena Pesan Bahaya COVID-19

Virus COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak-kanak. Ibubapa perlulah menjadi frontliner kepada anak-anak mereka untuk mencegah penyakit ini berjangkit dalam keluarga mereka. Kesihatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan kerana virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan data juga menunjukkan sebilangan besar pesakit tidak mempunyai gejala. Ibu bapa perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI