Cabaran ibu bapa membesarkan anak-anak hari ni tak sama seperti zaman ibu ayah kita waktu dulu. Kini segala kecanggihan teknologi buatkan diri kita sedikit terlupa akan kehadiran anak walaupun di depan mata.

Hinggakan apabila anak dah besar, mereka mula jauh hati kerana menganggap ibu bapa tak ambil berat mengenainya dan akhir sekali percaya pada kawan sehingga tersilap langkah.

Pesan Ustazah Asma, Nak Anak Layan Kita Elok Bila Tua, Dulukan Mereka. Tengok HP No 2!

Wahai ibu ayah, masih belum terlambat untuk kita sama-sama perbaiki diri. Letakkan anak-anak nombor satu dan berikan mereka kasih sayang dan perhatian kerana waktu kecil mereka hanya sekali saja.

Bila anak dah makin besar, jadikan mereka seperti kawan dan raikanlah anak-anak dengan sempurna. Seperti nasihat Ustazah Asma’ Harun, sibuk sekalipun kita sebagai ibu bapa, bila anak-anak datang, beri dulu respon. Jangan biar anak pergi tanpa kita tengok wajahnya.

IKLAN

Ibu ayah boleh sahaja nak pegang handphone dalam rumah depan anak-anak, jika kita ada urusan. Tapi yang penting, bila anak datang sama ada nak bertanya, nak bercerita, nak mengadu, senyum, sengih, hayun badan kiri kanan, anak gaduh, anak berebut dan lain-lain, maka letakkan segera handphone.

Beri perhatian, beri anak rasa dia penting, tengok mata, beri ekspresi muka yang sesuai, dan beri respon pada mereka dulu.

Dah selesai, bolehlah sambung balik urusan tu. Dulu telefon ada tali, tak berani nak bergayut lama, sekarang telefon bergayut di tangan masing-masing.

IKLAN

Pesan Ustazah Asma, Nak Anak Layan Kita Elok Bila Tua, Dulukan Mereka. Tengok HP No 2!

Jika hari ni kita tak boleh kawal diri, tak mustahil akan datang bila kita dah tua, ketika kita bercakap dengan anak-anak, mereka layan acuh tak acuh sambil tengok handphone, sambil scroll skrin, sambil senyum sengih walaupun kita sedang borak perkara yang sedih.

Sejarah berulang, bila kita buat anak-anak rasa mereka itu penting kita juga jadi kepentingan mereka.

IKLAN

Peganglah pada prinsip ni. Ibu ayah contoh ikutan dan acuan. Anak-anak akan jadikan kita panduan, jika betul yang kita tunjukkan. Maka dapatlah pahala berterusan.

Kredit: Ustazah Asma’ binti Harun

**Nak dapatkan barangan kelengkapan rumah pada harga istimewa, klik di sini  

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI