Pesanan guru bersara buat ibu bapa, jangan biar anak hanyut dalam ‘dunia sendiri. Mendidik anak-anak bukan sekadar memastikan mereka membesar dengan sihat dan cukup makan, tetapi juga membentuk mereka menjadi individu yang berakhlak, berilmu, dan bertanggungjawab.
Pesanan Guru Bersara Buat Ibu Bapa, Jangan Biar Anak ‘Hanyut’ Dalam Dunia Sendiri
Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mencorakkan masa depan anak-anak kerana didikan di rumah adalah asas kepada pembentukan sahsiah mereka. Dalam dunia yang semakin mencabar, ibu bapa perlu lebih proaktif dan bijak dalam mendidik anak-anak agar mereka menjadi generasi yang berkualiti.
Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik?
Perkongsian daripada Puan Fariza Nurbaya Muhammad ini boleh djadikan ikhtibar dan panduan buat ibu bapa yang lain. Semoga kita, ibu bapa berusaha melahirkan generasi yang penyabar dan saling kasih mengasihi.
1. Kenapa Seorang Anak Boleh Memukul Ibunya?
Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa Anak Remaja Sekarang Begitu Gemar Mencarut?
Dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dan lain-lain.
Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya.
Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa Anak-anak Remaja Berani Keluar Pada Waktu Malam?
Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam.
Ads
Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut. Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
8 Pesanan Guru Tua Ini
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain telefon bimbit. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
Ads
4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
5. Tiada telefon bimbit adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki telefon bimbit apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan telefon bimbit dengan baik.
6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
Pelakon tampan, Kamal Adli, mendedahkan dia sanggup cuti berlakon selama tiga bulan untuk menjaga isteri, aktres Uqasha Senrose dan anak mereka, Hawra Uqaira.
Bukan itu sahaja bahkan kata Kamal lagi, dia sanggup berulang alik Kuala Lumpur dan Sabah demi memastikan anak dan isterinya dalam keadaan yang baik.
Berada di samping Uqasha menjalani tempoh berpantang dan belajar menguruskan anak, Kamal seronok menempuhi pengalaman baru terbabit.
Bapa kepada Hawra Uqaira ini mengakui hidupnya kini semakin bertambah bahagia melihat anak membesar dengan sihat.
“Sekarang ini sudah masuk tiga bulan. Saya rasa sangat seronok sebab anak sudah mula kenal muka saya,” ujarnya.
Berkongsi kisah dirinya kata Kamal dia makin bahagia malah merasakan kehidupannya sudah lengkap bersama isteri dan anak.
“Saya cuti berlakon selama tiga bulan. Saya sangat seronok walaupun pengalaman yang ditempuhi semuanya baharu.
“Terbit rasa bahagia dan secara peribadi saya merasakan hidup saya sudah lengkap,” ujarnya berkongsi.
Tambah Kamal lagi biarpun ada cabaran tertentu namun dia gembira melalui tempoh pembelajaran itu.
“Namun, sebagai seorang lelaki yang baru bergelar bapa, wujud beberapa cabaran yang memberi ujian kerana masih belum terbiasa dengan ‘ragam’ anak kecil,” katanya.
Mendedahkan anaknya suka berjaga malam, Kamal dan Uqasha mengambil giliran untuk menemani permata hati mereka.
Siapa yang punya anak lelaki pasti tahu bukan mudah nak kawal mereka. Lebih-lebih lagi bila anak dah capai usia 2 tahun ke atas. Lasaknya bukan biasa-biasa. Tapi itu petanda mereka sedang membesar dengan sihat. Berbeza pula dengan anak perempuan, mereka lebih matang jika nak dibandingkan dengan anak lelaki.
Anak lelaki atau perempuan, mana yang lebih ligat?
Lelaki atau perempuan, masing-masing pun ada cabaran tersendiri. Cuma memang ada kajian yang mengatakan, kanak-kanak lelaki cenderung bermain secara agresif berbanding perempuan.
Sebabnya pertumbuhan skil motor kasar mereka lebih pesat berbanding perempuan.
Yang perempuan pulak, skil motor halus dia yang lebih. Tu sebab kanak-kanak perempuan lebih suka menulis, buat benda-benda seni ni.
Bila masuk 12-15 tahun, nakal budak-budak lelaki ni makin menjadi. Sebab waktu tu, hormon testosteron mereka meningkat secara mendadak. Dalam masa yang sama, otak belum ‘tumbuh’ habis. Tak ubah macam Kancil berenjin Ferrari!
So parents. Get readylah blood pressure selalu naik waktu ni. Kena hadap 10 tahun jugalah perangai tak tentu hala diorang ni. Sebab saintis kata, bila umur 27 baru otak mereka akan fully develop.
Aduhai. Bertabahlah
Alah!
Sebenarnya masa ayah dia remaja dulu pun macam tu. Iye dak? Disebalik wajah ayah mithali itu, terselindung kisah-kisah nakal zaman muda-mudi dulu.
Bila nampak anak buat nakal tu, ingatlah, darah yang mengalir dalam badan anak tu, darah keturunan baka kalian juga.🤭
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mama yang sanggup melihat anaknya yang tidurnya terganggu dek hidung yang tersumbat dan selesema sewaktu tidurnya.
Biarpun dibekalkan dengan ubat semburan hidung, namun tersalah menggunakannya buat anak tetap tidak pulih.
Pelakon, Elfira Loy tampil berkongsi video teknik menggunakan alat semburan hidung cara tepat dan lebih berkesan berbanding menyembur cara biasa?
Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi cara tepat yang diajarkan oleh doktor di sebuah hospital selepas anak keduanya, Nur Aria Mikayla mengalami masalah selesema.
“Musim musim sakit ni, mungkin video ni boleh bantu parents yang perlukan guidance untuk menggunakan nasal spray ( dan ini juga adalah request dari parents to post sebab selama ni diorang salah guna )
“Actually kalau dah tahu guna tak payah pun pergi hospital, we can clear the mucus sendiri je kat rumah,” kongsinya.
Melalui video yang dikongsikan Elfira, ini cara-cara tepat yang dilakukan oleh doktor untuk menggunakan ubat semburan yang betul.
1. Mula-mula bedung dulu baby.
2. Lepas tu pegang baby dengan kedua tangan dan mengiringkan badan baby.
3. Guna nasal spray selama 10 saat untuk setiap nostril.
Dalam pada itu kata Elfira lagi, dia juga turut mengamalkan beberapa rutin antaranya dengan mandian lemon dan sebagainya untuk membantu Aria selesa.
“Antara remedies yang el buat. 1. Warm bath with lemon 2. I use sniffles from @audelianaturals 3. Use nasal spray or suction 4. Use nasal saline drops ( only one week )
“Tapi part nak guna nasal spray ni susah sikit sebab hati tissue and takut takut.
“Sebab tu lah El bawak ke hospital untuk check & also ajarkan cemana nak guna. El pegi clinic semua macam ” alah puan boleh tengok kat youtube , spray kanan kiri pastu dah ” gitu patutlah tak sihat sihat anak kita.
“Tapi pegi hospital ni, satu jelah. Kena buat swab test.o ramai nak tahu berapa & dimana, its At Andoraa Hospital , RM200+,” kongsinya.
Penduduk di Sabak Bernam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang ditemui di dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani di sini pada tengah hari Ahad.