“Anak tengok dan anak akan tiru” kerana anak-anak ibarat CCTV yang akan meniru semua perbuatan orang dewasa.
Wahai ayah
Nak didik anak jadi sopan, bersikap sopanlah kepada ibunya
Nak didik anak jadi pemberani, lindungilah ibunya dengan sepenuh jiwa raga
Nak didik anak jadi berakhlak, layanilah ibunya dengan lemah lembut dan berbaik hati
Nak didik anak jadi pemaaf, maafkanlah segala silap ibunya dan jauhi mencerca dan memaki
Nak didik anak jadi orang yang bertanggungjawab, penuhilah hak dan kewajiban nafkah pada ibunya tanpa culas
Ads
Nak didik anak jadi penyabar, tahanlah hati dan lisan daripada menyakiti ibunya
Nak didik anak jadi anak yang baik hati, bersikap baiklah pada ibunya dengan sepenuh hati
Ingat ya. Cara layanan kita pada ibunya menentukan cara layanan anak terhadap diri dan dunianya. Children see children do.
Didik anak membuat simpanan sejak kecil penting untuk menggalakkan anak belajar ilmu pengurusan kewangan dan perbelanjaan. Anak-anak bila dah dibiasakan dengan berjimat cermat dan berdisiplin menyimpan, secara automatik akan jadi amalan.
Menerusi perkongsian seorang bapa di FB Syukor Hashim, berkongsi caranya mengajar lima anaknya menyimpan emas sebagai aset di masa hadapan.
Menurutnya, dia memberi setiap seorang satu gold card folder dan di situlah bermula si anak ada simpanan emas masing-masing di dalamnya.
Saya ada 5 orang anak. Semuanya saya simpankan emas sebagai harta mereka.
Namun anak nombor 2 nie (Fadzil) lebih terrer simpan emas.
Kakak dan adik-adik dia cuma ada satu gold card folder setiap seorang, namun dia dah sampai 2 gold card folder.
Adik-adik dia ada masalah tak tahan nak shoping beli beyblade dan perabis duit namun Fadzil nie steady mekdi simpan duit.
Gais, cuba bayangkan. Walaupun saya mendidik orang untuk simpan emas, namun saya tahu ianya sangat mencabar.
Ini kerana nafsu manusia secara semulajadi bukanlah menyimpan tapi cenderung perabis duit.
Anak-anak saya nie saya slow-slow ajar simpan duit jadi emas. Lepas tu saya bagitau kat diorang satu perkara.
“Korang target simpan emas sampai boleh beli rumah sendiri”
Dengan kata lain, saya kena kaitkan simpanan emas nie dengan kemampuan membeli rumah di masa hadapan.
Logiknya seperti berikut:
Rumah = mahal.
Diorang simpan emas sikit-sikit dari sekarang. Nanti dah besar diorang boleh beli rumah yang mahal.
Saya dan CikJun siap bagi pesanan kat anak-anak. Semua harta mak abah, itu kami punya.
Korang kena cari harta sendiri.
Tapi kalau bab belajar. Itu semua kami tanggung. Korang belajarlah setinggi mana korang boleh pergi. Kami akan cari duit untuk korang.
Bergetar hati ini saat mendengar panggilan anak kecil pada ibunya. Bukan apa perkataan yang tak patut disebut itu keluar dengan mudah sekali dalam keadaan anak itu menangis.
“Mama babi!”
Telinga ini menangkap suara itu. Cepat-cepat aku kucup dahi dan peluk erat anak lelaki bongsuku.
“Cepat masuk Ihsaan, nanti cikgu marah”
Aku memberi arahan segera. Risau aku dia akan menyoal apa yang telah dia dengar tadi.
“Mama anjing! Mama babi sangat!”
Terus aku palingkan muka melihat siapakah pemilik suara comel itu. Seorang budak lelaki sama usianya dengan anak aku, Ihsaan.
Budak lelaki enam tahun yang aku perhatikan setiap hari menangis apabila ibunya meninggalkannya di sekolah.
Dia akan menangis sambil memaki hamun ibunya di balik pagar sekolah.
“Awak kata apa tadi? Cakap benda tak elok ye?” tegur guru pra sekolah tersebut.
“Masuk!” arah guru tersebut.
Tangisan anak kecil itu makin kuat kedengaran, tetapi masih tidak berganjak. Aku hanyunkan langkah kaki, melintas di hadapan anak tersebut. Aku hadiahkan senyuman.
“Nak mama!” Aku merendahkan tubuh.
“Masuk dulu, nanti mama datang ambil ye. Jangan macam ni, jangan cakap macam tu kat mama”
Anak ini masih berdegil. Aku perhatikan, pintu pagar sekolah sudah di tutup. Gurunya pula sudah mula masuk ke dalam kelas.
Aku tinggalkan anak itu sendirian. Aku kira lama mana anak begini mahu tunjuk kedegilannya, dia pasti akan masuk ke dalam kelas juga.
Dalam perjalanan pulang, aku sempat memikirkan bagaimana anak yang baru berusia enam tahun boleh mengeluarkan perkataan begitu.
Arghh, buat hairan pula. Aku tersenyum. Lantas, kenangan zaman kecilku pula berlegar di dalam fikiran.
“Hah, rasa kan. Pedaih kan? Padan muka hang!” Segengam cili api di tangan mak tadi sudah masuk ke dalam mulut. Pijarnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku menepuk-nepuk mulut yang kepedasan.
“Ha, cakaplah lagi! Aku nak dengaq!” tangannya di cekakkan di pinggang.
“Tak mau dah. Along tak kata dah!” Aku menggogoi. Bibir yang tadi sedap melafazkan perkataan BODOH kepada emak kini sudah menerima akibatnya.
Itulah kali pertama dan terakhir perkataan itu ditujukan kepada emak. Masih terasa pijarnya cili api kampung yang kecil dan bewarna hijau itu di bibirku.
Itu baru perkataan bodoh. Bukan perkataan mencarut yang lain. Huh. Tak dapat dibayangkan.
Kenangan itu beralih kepada gambaran wajah anak yang menangis di sekolah tadi. Perkataan yang aku kira sangat tidak patut diucapkan oleh seorang anak terhadap ibunya.
Anak kecil begini mereka sebenarnya tidak tahu pun apa yang mereka cakap. Kadang mereka hanya mengikut apa yang telah mereka dengar dari perbualan seharian dirumah atau di sekitar mereka.
Jadi, sebagai ibu bapa kita merupakan contoh terdekat untuk anak-anak. Jangan sesekali menggunakan perkataan yang tidak baik dihadapan anak-anak.
Kedua, anak-anak perlu diajar mana perkataan yang baik dan mana perkataan yang buruk serta salah dan membawa kepada dosa. Tegaskan apa yang mereka cakap itu adalah berdosa.
Jika tidak diajar bahawa mencarut adalah perbuatan yang salah sejak dari kecil, bimbang jika bila anak-anak telah meningkat remaja, mencarut menjadi zikir harian di bibir.
Ketiga, jangan bertoleransi dengan anak-anak yang mencarut. Kenakan hukuman agar mereka tahu itu adalah akibat dari apa yang mereka lakukan. Rotan, hadkan perbelanjaan harian, hadkan masa bermain atau sebagainya yang boleh menyedarkan mereka. Jangan ambil remeh anak yang suka mencarut.
Bukankah anak-anak ini saham akhirat kita? Didiklah sebaik mungkin. Mereka juga penentu kita samaada kita di syurga atau neraka. Sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita menjadi asbab kita di tempatkan dikalangan orang yang beriman. In shaa Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa kita tetap ada kesilapan dengan anak cumanya tak nampak. Apa yang kita fokuskan adalah lebih kepada nak mendidik anak sehingga terlupa hati dan perasaan mereka.
Untuk menjadi ibu bapa yang baik untuk anak, banyak sebenarnya yang kita terlepas pandang kerana keegoaan sendiri dan rasa apa yang kita lakukan itu semuanya betul.
Memetik kata-kata nasihat daripada Prof Dr Muhaya beliau berkongsi tip bagaimana nak jadi ibu bapa yang baik buat anak-anak tanpa mencalar emosi.
Jom amalkan 10 tip untuk yang baru nak jadi ibu bapa atau yang dah jadi ibu bapa. Masih belum terlambat lagi jika kita benar-benar nak berubah demi kebaikan seluruh ahli keluarga. Sama-sama kita amalkan.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh.
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.