Mak-mak yang keletihan menguruskan anak dan rumahtangga pasti adakalanya kalah dengan tubuh sendiri yang terlampau penat. Demam urat biasanya buat ibu terbaring lemah dan lenguh seluruh badan.
Akibatnya bukan hanya tidak mampu berdiri kuat bahkan gagal menguruskan segalanya. Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar yang sering berkongsi tip cara alami turut berkongsi tip untuk mak-mak.
PETUA DEMAM URAT
Tanda demam nak menyinggah. Badan mula rasa sengal sengal. Sakit urat mula mengaduh sana sini.
Ini petua mudah buat teh untuk legakannya. Amal 1 hingga 2 kali dalam seminggu.
Bahan:
Serai
Halia
Daun pandan (nak bagi wangi)
Madu asli
Ads
Serai tu ketuk ketuk sikit. Dalam 2 batang. Halia sebesar ibu jari potong halus halus. Daun pandan sehelai dua ikat.
Rebus semua ni dalam periuk. Cukup untuk minum seorang. Bila dah sejuk sikit baru masukkan madu.
Bila sebut soal bertangas, ramai ibu-ibu kita dulu-dulu pasti akan galakkan amalan ini selepas bersalin. Katanya untuk mengecutkan rahim, membuang angin dan mempercepatkan luka sembuh. Tapi betul ke semua tu terbukti dari segi perubatan?
Pakar bedah dan saintis perubatan, Dr Amalina Bakri, dalam satu perkongsian di media sosial baru-baru ini membangkitkan persoalan ini:
“Bertangas lepas bersalin, bagus ke tak sebenarnya?”
Ramai wanita meyakini bertangas kerana diwarisi turun-temurun sebagai salah satu cara penjagaan diri dalam tempoh berpantang. Namun begitu, Dr Amalina mengajak wanita untuk menilai semula amalan ini dari sudut sains.
“Let’s talk – what’s fact and what’s myth,” kata beliau.
Beliau turut berkongsi sumber rujukan daripada Cleveland Clinic dan Curee Appeal—dua institusi kesihatan yang sering menekankan pentingnya bukti saintifik dalam penjagaan kesihatan wanita.
Sains menjelaskan bahawa faraj wanita mempunyai sistem pembersihan semula jadi yang tidak memerlukan bantuan wap panas. Malah, menggunakan wap panas berlebihan boleh menyebabkan iritasi, luka melecur atau gangguan keseimbangan bakteria baik dalam faraj.
Bukan itu sahaja, bertangas jika dilakukan terlalu awal (ketika luka masih belum sembuh) boleh mengundang:
Dr Amalina tidak menolak budaya, namun beliau menyeru para wanita untuk lebih cakna dan berani menilai amalan tradisional menggunakan fakta dan ilmu.
“Your healing, your way. Hormati budaya, tapi jangan takut ilmu,” ujarnya.
Amalan bertangas memang sebahagian daripada warisan, namun apa yang lebih penting adalah keselamatan dan kesihatan ibu selepas bersalin. Tak salah berpantang, tapi biarlah berpada dan berdasarkan ilmu perubatan yang sahih.
Ibu-ibu Pa&Ma, tubuh anda telah berjuang melahirkan insan tersayang. Berilah peluang untuk ia pulih dengan cara yang selamat dan lembut. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Influenza, selesema dan demam denggi, ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya. Demam bersuhu tinggi, menggigil dan sawan panas adalah antara tanda-tandanya. Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak.
Menurut Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Pediatrik dari KPJ Damansara Specialist Hospital, serangan virus influenza boleh mengakibatkan penyakit berjangkit pada saluran pernafasan. Ia adalah sejenis penyakit yang pernah menular di seluruh dunia sebagai pandemik pada tahun 2009 yang menyebabkan kematian di Malaysia.
Negara beriklim sederhana Amerika Syarikat mempunyai musim penularan influenza yang jelas di mana kemuncak penularan pada musim sejuk. Hal ini berbeza dengan negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia di mana tiada musim penularan influenza yang jelas. Ianya boleh berlaku sepanjang tahun. Disebabkan itu pencegahan dengan vaksin influenza amat disarankan untuk melindungi dari wabak influenza yang menyerang tanpa batasan musim di Malaysia.
SERANGAN INFLUENZA MIRIP DENGGI
Serangan influenza menyebabkan demam yang bersuhu tinggi iaitu kira-kira 38° hingga 40° Celcius. Pada peringkat awal ia mirip dengan serangan denggi di mana suhu yang dicatatkan tinggi sehingga kadang-kadang pesakit menggigil dan kanak-kanak kecil boleh diserang sawan panas (febrile convusion).
Virus influenza terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,C dan D. Jenis yang biasa menyerang manusia dengan teruk ialah influenza A dan influenza B manakala C tidak mengakibatkan serangan yang hebat. Jenis D pula biasanya tidak menyerang manusia dan banyak melibatkan haiwan.
Influenza jenis A dan B pula terbahagi kepada beberapa strain atau subtypeiaitu diantaranya Influenza A: H1N1, H3N2 dan H5N1. Manakala Influenza B: Yamagata dan Victoria
Jangan lupa bawa si kecil ke klinik dengan segera sekiranya mendapati suhu badannya tinggi dan ubat hanya berkesan dalam masa yang singkat. Influenza yang menyerang kanak-kanak akan memberikan beberapa tanda seperti berikut;
Influenza berbeza daripada selesema biasa di mana selesema biasa disebabkan oleh beberapa virus lain seperti rhino virus yang mengakibatkan mata berair, sakit kepala yang tidak terlalu teruk, bersin dan hidung berair. Jarang suhu terlalu tinggi. Influenza merupakan penyakit luar biasa yand kesannya lebih melampau dari selsema biasa dan hanya disebabkan oleh virus influenza semata-mata.
Bagi mengenalpasti serangan influenza, doktor terlebih dahulu akan meneliti tanda-tanda yang berkaitan. Setelah mengenalpasti simptom influenza, doktor akan melakukan ujian nasopharyngeal swab iaitu pengambilan sampel hingus daripada bahagian belakang rongga hidung.
Penyebaran virus influenza terjadi menerusi titisan cecair pernafasan yang menitis keluar apabila individu yang dijangkiti bercakap, bersin atau batuk. Apabila ada anggota yang dicemari virus seperti tangan menyentuh objek seperti mainan kanak-kanak, tombol pintu dan sebagainya dan kanak-kanak lain pula menyentuhnya dan memegang hidung. Ini adalah contoh perebakan yang sering berlaku.
Bagi kanak-kanak, taska, tadika dan pusat penjagaan menjadi lokasi merebaknya penyakit ini apabila kanak-kanak yang menghidap influenza tidak dikuarantin dengan baik iaitu kira-kira tujuh hari selepas demam.
Selain taska, tadika dan pusat penjagaan, mana-mana lokasi yang tertutup yang ramai orang seperti pusat membeli belah, pawagam, restoran dan pusat permainan kanak-kanak boleh menjadi lokasi merebaknya virus influenza. Selain itu taman tema air, kemudahan awam dan kolam renang awam juga sama.
Sebaik-baiknya, kanak-kanak yang dijangkiti influenza perlu dikuarantin selama sekurang-kurangnya tujuh hari supaya mereka tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.
“Selepas keluar dari wad, teruskan proses kuarantin di rumah dengan mengasingkan anak daripada ahli keluarga yang lain. Ibu, bapa atau penjaga perlulah kerap membasuh tangan dan mengamalkan adab dan tatacara bersih diri yang baik seperti pemakaian tisu apabila bersin atau batuk.
“Untuk melindungi diri lagi dari terhidu titisan cecair pernafasan yang tercemar pemakaian alat pernafasan yang sesuai seperti topeng hidung dan mulut (mask) boleh membantu,” kata Dr Iqbal
Dalam tempoh tujuh hari ini, biar anak berehat di rumah dan kurangkansentuhan fizikal dengan orang lain. Ini kerana mereka dalam proses pemulihan dan antibodi masih lemah. Jangkitan dan bakteria senang menghinggapi kanak-kanak dalam fasa ini. Para majikan perlu memberi kerjasama kepada staf yang bercuti kerana menjaga anak yang sakit akibat virus ini.
Serangan influenza boleh dielak dengan cara mendapatkan vaksin. Vaksin influenza boleh diambil kanak-kanak yang berusia enam bulan ke atas. Vaksin influenza merupakan vaksin tahunan yg diambil setiap tahun untuk melindungi badan dari bahaya virus influenza yang sering bertukar sifat dari tahun ke tahun.
Pantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau the World Health Organisation (WHO) memastikan vaksin yang diambil sesuai dengan spesies virus influenza yand menular pada tahun tersebut.
Pada tahun pertama bagi mereka yg dibawah umur 8 tahun, vaksin ini terdiri daripada dua suntikan yang diberikan pada dua bulan berturut-turut. Namun bagi mereka yg umurnya 8 tahun keatas hanya satu suntikan di perlukan walaupun pada tahun yang pertama.
Konsep vaksin tahunan ini membuatkan vaksin influenza lain sedikit dari vaksin yang lain. Ibu bapa tidak perlu khuatir kesan sampingan kepada si manja kerana vaksin ini diperbuat daripada vaksin tidak aktif dan mati.
Terdapat dua jenis vaksin boleh diambil iaitu vaksin influenza 3 strain dan vaksin influenza 4 strain. Adalah juga dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin ini jika anda ingin membawa kanak-kanak ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu dan sebagainya. Selain vaksin meningococcal yang sememangnya diwajibkan, vaksin influenza juga disyorkan kepada mereka yand ingin pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau umrah.
Sila bertanya dengan pakar perubatan untuk maklumat lanjut tentang vaksin influenza ini yang sememangnya boleh mencegah wabak influenza dari terjadi. Bukankah pencegahan lebih baik dari rawatan?
Anda nak tahu lebih lanjut mengenai influenza? Bersama pengacara Pa&Ma Musim Ketiga, Shera dan Zahiri Selasa, 1 Disember 2019 membincangkan tajuk “Usah Pandang Ringan Influenza”. Dalam episod ini, banyak informasi tentang influenza akan dikongsikan. Maklumat daripada pakar, perkongsian pengalaman ibu bapa sangat membantu menambahkan pengetahun mama papa tentang influenza. Nak tahu lanjut mengenai influenza, mama papa boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 1 Januari 2019.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada pada 13 Januari 2017 ini sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Disember 2017. Namun tak lama kemudian hamil lagi dan mengumumkannya kepada umum pada Mac 2018.
Bukan ibu ayah sahaja yang kena fikir untuk sihat, anak-anak pun mesti sentiasa sihat dan tidak berlebihan berat badan. Bagi mama yang nak tahu info mengenai obesiti atau mempunyai anak yang obes, boleh ikuti kupasan Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD pada Selasa, 2 Oktober 2018, 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam. Jangan lupa tau!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!