Hari raya yang penuh indah pastinya tidak seindah bagi mereka yang mempunyai anak sakit. Lebih-lebih lagi yang terpaksa menjaga rutin anak sakit.
Bagi keluarga Pn Annur Syakirah Mahazir, hari raya disambut keluarganya dengan penuh kesyukuran, tetapi dalam suasana kesuraman.
Semuanya bermula sejak anaknya, Muhammad Rayyan Mikael Mohd Yazid yang kini berusia sembilan tahun menderita penyakit paru-paru kronik dan masalah kelainan jantung sejak dari bayi lagi.
Tidak hanya menderita penyakit paru-paru kronik bahkan Rayyan juga turut mempunyai masalah jantung terbalik, berlubang dan bengkak pada tiga bahagian jantungnya.
Masalah kesihatan itu juga turut menyebabkan injap jantung Muhammad Rayyan atau Rayyan bocor dan saluran pernafasan menjadi sempit.
Menurut laporan yang dikongsikan oleh SinarPlus, selain tumbesaran anak sulung daripada tiga beradik tersebut lebih lewat, Rayyan juga terpaksa bergantung hidup dengan mesin bantuan pernafasan sepanjang hayat.
“Jika pergi ke sekolah tanpa alat, dia hanya mampu bertahan paling lama pun hanya lima jam saja sebelum bibir dia akan menjadi biru dan tercungap-cungap.
Ads
“Memang Rayyan suka ke sekolah, tapi kadang-kadang keadaan dia membuatkan saya tidak pernah tenang. Nak bawa mesin ke sekolah, cikgu bimbang ada kerosakan sebab terdedah dengan kanak-kanak lain,” ceritanya.
Tidak seperti ibu lain, akui Annur lagi, telefon seakan menjadi kewajipan padanya, lebih-lebih lagi terlalu bimbang keadaan anaknya di sekolah.
“Setiap hari, telefon tak pernah lekang dengan saya. Saya bimbang kalau-kalau pihak sekolah telefon minta ambil Rayyan. Pernah sekali cikgu telefon beritahu bibir anak sudah kebiru-biruan dan lemah. Memang bergegaslah ambil dia,” katanya lagi.
Kondisi Rayyan yang sukar dijangka membuatkan ibu ini sentiasa bersiap siaga dan bersedia untuk menerima panggilan daripada pihak sekolah.
Berkongsi cerita mengenai kisah itu, keluarga yang menetap di Kampung Padang Gelanggang, Padang Terap Kanan, Kuala Nerang, Kedah ini pada mulanya tidak menyangkakan apa-apa ketika anak kecil itu kerap menangis ketika bayi.
Ads
“Pada mulanya, saya ingatkan Rayyan kena sawan menangis, tapi bila tengok dia macam tak cukup nafas, saya terus bawa ke Hospital Kuala Nerang. Masa itu, doktor terkejut melihat keadaan anak yang sudah kritikal akibat jangkitan kuman.
“Mahu tak mahu, Rayyan dikejarkan ke Hospital Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menggunakan ambulans. Masa itu, Rayyan terpaksa ditidurkan kerana sudah tenat,” ceritanya dengan nada sebak.
Saat itu air matanya tidak berhenti mengalir memikirkan kemungkinan mereka akan kehilangan Rayyan buat selama-lamanya. Namun Yang Maha Esa Rayyan menunjukkan perubahan positif dan semakin terus membesar walaupun melalui momen yang menghibakan dengan keadaan keluarga yang serba tidak mencukupi.
Lebih setahun dipantau dan menjalani pembedahan pada usianya tiga bulan, akhirnya dibenarkan pulang dari hospital.
“Itu semua kenangan yang pahit untuk dikenang. Rayyan pun semakin besar, sudah boleh berjalan, bermain dan bersekolah walau terpaksa bergantung mesin seumur hidup.
Ads
“Cuma ketika ini, kami mengalami masalah untuk menampung kos susu dan perubatannya yang mencecah RM1,500 sebulan. Suami saya pula hanya bekerja sebagai buruh kampung dengan pendapatan tidak menentu, selain terpaksa berulang-alik bawa Rayyan ke hospital setiap dua bulan,” katanya lagi.
Bukan mahu meminta-minta, namun Annur Syakirah memohon keprihatinan orang ramai agar dapat membantu menampung perbelanjaan Rayyan.
“Bekalan susu khas kerap terputus kerana kami tak cukup duit memandangkan dua anak lagi masih kecil. Memang sedih memikirkan nasib Rayyan bila hal macam ini terjadi,” katanya.
Kepada orang ramai yang prihatin, sumbangan anda diperlukan untuk memberi sinar harapan kepada keluarga yang sangat memerlukan pertolongan. Bantuan boleh disalurkan terus ke Bank Simpanan Nasional 0211341100006135 atas nama Annur Syakirah Binti Mahazir.
Pelakon, Johan Ariff telah memuatnaik dua buah video di instagramnya. Video tersebut memaparkan seorang pelakon terkenal, Que Haidar sedang memujuk anak Syria di tepi jalan di Turki untuk makan bersamanya. Video kedua dimuatnaik semasa anak-anak tersebut sedang menikmati makanan.
Difahamkan Que Haidar bersama Johan datang ke Turki untuk bercuti dan ketika berjalan di suatu tempat mereka terserempak dengan anak-anak Syria. Que Haidar mendekati mereka dan memujuk anak Syria untuk makan bersama.
Sungguh Kaya Hati Mu, Bergenang Air Mata Anak Syria Dapat Makan
sungguh kaya hati mu yang mulia @the_haidars abang ku sayang. anak syria itu bergenang air matanya bila abang Que beri sedekah. antara kenangan manis kami semasa bermusafir di Istanbul tempoh hari.
Oh ya… Abang Que sempat belanja dia dan seorang lagi anak kecil makan, dan mereka berkongsi makanan kerana bahagian makanan yang seorang ini dia minta bungkus untuk beri makan kepada emaknya.
Jom Kita Lakukan Sebanyak Mungkin Untuk Bantu Pelarian Syria
Kenangan yang mulia abang que ku sayang @the_haidars makan bersama dengan anak-anak Syria di Beyazit, Istanbul. “Ya benar, mereka adalah anak-anak pelarian Syria”, kata salah seorang pekerja restoran di situ. Alhamdulillah.. sobat-sobat ku yang dikasihi, jom kita lakukan sebanyak mungkin untuk membantu pelarian Syria
Pelakon, Anzalna Nasir menerusi akaun instagramnya memuatnaik gambar beserta kepsyen agar menghentikan soalan-soalan mengenai zuriat kepada pasangan yang telah berkahwin kerana soalan tersebut boleh mengguris hati ramai.
Anzalna akhirnya hamil setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohammad Hanif Zaki.
Never ever question a married couple about having a baby. Some people do family planning and some dont. We never know. It is not our job to question others marriage life. We must respect people’s feelings.
Just doa and wish them all the best. Anzalna doakan semua pasangan di luar sana dikurniakan cahaya mata. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal. Bukanlah kerja manusia untuk menentukan kehidupan kita. Ini semua rezeki dari Allah. Paling penting kita bahagia.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Anzalna, Tak semua dikurniakan rezeki awal dan jagalah hati pasangan yang lama inginkan cahaya mata namun masih belum dikurniakan zuriat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehilangan seorang wanita berumur 38 tahun dan juga ibu kepada dua anak berusia tiga dan empat tahun yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Saujana Kota Tinggi sejak Isnin lalu, terjawab dengan penemuan mayat mangsa di dalam tong air biru di kawasan ladang serai di Bandar Penawar, Johor.
Lebih menyayat hati, anak-anak kehilangan ibu mereka atas tindakan tidak bertanggungjawab bapa sendiri yang dipercayai menembak ketika sedang tidur dengan menggunakan senapang angin.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kes tersebut bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di rumah mereka.
Jelasnya, susulan daripada laporan kehilangan wanita berkenaan yang dibuat oleh jirannya, suami wanita terbabit berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dan rakannya berumur 32 tahun ditahan pada Selasa.
“Siasatan awal yang dijalankan ke atas suami mangsa, mendedahkan berlaku perselisihan faham antara mereka pada Isnin lalu sebelum mangsa keluar rumah pada Isnin lalu kira-kira jam 2 pagi.
“Berdasarkan siasatan, suami mangsa telah mengaku membunuh isterinya di rumah mereka dengan menembak menggunakan senapang angin dan selepas itu mayat isterinya dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor.
“Suspek memberitahu mayat isterinya yang diletakkan di dalam tong biru telah dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
“Suspek juga menggunakan jengkaut untuk menggali tanah bagi menanam mayat isterinya sedalam kira- kira 2 meter,” katanya.
Ayob Khan berkata turut dirampas selaras senapang angin, selaras senapang patah dan 54 butir peluru penabor 12 “bore” dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero bersama kunci dan sebuah jengkaut.
“Siasatan mendapati suspek tidak memiliki dokumen pemilikan senjata api terbabit dan polis masih menjalankan siasatan dari mana suspek mendapatkan senjata api tersebut.
“Suami mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan pemilikan senjata dan mendatangkan kecederaan,” katanya.
Jelasnya, proses bedah siasat masih berjalan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula Khamis sehingga 10 Mac.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
“Sementara anak mangsa hasil perkahwinan yang didirikan selama lapan tahun itu akan dijaga oleh keluarga mangsa terbabit,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, agihan bermula 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.