Kadang geram je bila tengok bekas gula dimasuki semut. Sedangkan bekas dah cukup rapat dan ketat. Kadang-kadang, pek gula yang baru dibeli dan belum dibuka pun boleh dimasuki semut.
Ada sesetengah individu, semata-mata nak mengelak gula dihurung semut, terpaksalah letakkannya dalam peti sejuk.
BOLEH KE MAKAN GULA YANG DIMASUKI SEMUT?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.)
Ads
Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
PETUA MUDAH HALAU SEMUT DALAM GULA
Cara-caranya:
Ads
1. Letak beberapa batang kulit kayu manis. (Semut tak suka bau kulit kayu manis ni, laju dia lari ajak geng)
2.Selepas 1 jam semut semut tadi hilang dari radar. Selamat mencuba!
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Bab nak lipat kain, biasanya ramai ibu perlu ambil mood untuk selesaikan kain yang bertimbun dalam bakul. Lagi-lagi bila ada ramai penghuni dalam rumah, maka bertambah masa nak melipat kain.
Sebenarnya ada macam-macam idea yang ibu buat untuk mengelakkan kain bertimbun ini. Ada ibu yang angkat kain dari ampaian terus lipat, siapkan bakul untuk setiap ahli keluarga letakkan baju masing-masing atau terus je sangkut semua baju dan susun dalam almari.
Apa cara sekalipun, semua itu dibuat untuk memastikan rumah kemas dan bila nak pakai senang nak cari. Bagaimanapun, idea Puan Hidayah Salim mungkin boleh membantu ibu-ibu yang nak nampak ruang tempat letak pakaian tersusun. Dengan menggunakan open wardrobe lagi mudah ibu nak urus dan nak uruskan baju-baju yang dah tak pakai.
Kalau ada bilik kosong tak guna, eloklah buat open wardrobe macam ini sebab kaum mak-mak ni hobinya suka membeli baju. Setiap bulan hobinya beli pakaian, tak baju sendiri mungkin baju anak.
Tetapi mungkin ada di kalangan anda yang masih ragu-ragu nak guna cara ini sebab takut berhabuk kan? Haa jangan risau sebab jika betul cara kita uruskan, semuanya tak ada masalah.
Pilih Guna Open Wardrobe
Open wardrobe in progress. Tunggu shelf tak sampai lagi untuk letak kat atas sekali. Semua dari IKEA (Mulig, Lennart & Algot). Kat tengah tu letak cermin, dah beli tapi nanti drill sekali dengan shelves. Untuk shelves nanti guna Algot. Pastu setentang dengan yang ni akan ada satu lagi algot shelves & rods untuk jubah & baju kurung. Tak sabar nak siapkan.
2 GAMBAR TERAKHIR SETELAH TAMBAH SHELVES DAN SATU SET ALGOT LAGI UNTUK JUBAH & KURUNG SETENTANG
1. Tak berhabuk ke?
In my case baju yang gantung tak sempat nak berhabuk sebab memang selalu pakai, I do laundry almost everyday, memang baju-baju ni pakaian harian gi kerja dan keluar. Lagipun nanti atas ni akan ade para untuk cover baju2. Yang jarang pakai atau baju tidur saya simpan dalam boxes, sebab tak perlu nak pilih-pilih.
Yang memang tak pakai saya letgo atau bagi orang sebab memang saya tak suka simpan baju-baju yang tak pakai. Begitu jugak baju anak saya, saya bagi anak-anak saudara yang lagi kecil. Atas algot tu ada la habuk sikit-sikit, sama juga kesnya kalau pakai almari, tetap berhabuk kan? Solution = Lap dan mop seminggu atau 2 minggu sekali.
2. Nak pakai langsir tak untuk cover?
Memang tak ada dalam perancangan sebab bilik ni memang khas untuk wardrobe. Semua berkaitan baju buat dalam ni kecuali laundry. Kira one stop centre la untuk baju-baju, tak payah selongkar bilik lain dah kalau tak jumpa stokin ke apa. Salah satu sebab nak buat begini sebab saya nak latih diri jadi rajin tengok benda kemas,selain daripada senang saya nak pilih baju nak keluar, terus nampak.
Kalau dalam almari mungkin saya main sumbat je. Saya tak ada masalah bab susun tak ikut kod warna, warna-warni kehidupan gituu..hihi. Cuma, bab hanger saya tak boleh campur, untuk saya dark green, belah suami maroon. hehehe.
3. Kos
Saya duduk di Terengganu, memang saya beli dengan PS. Macam yang dalam pic ni sya guna 4 Mulig Bar, 2 Set Algot frame/meshbasket dan 1 unit Lennart, saya habis approx RM605. Harga sebenar dalam lingkungan 530 macam tu. Dan saya dah order shelves, rods, wall uprights & brackets untuk lengkapkan open wardrobe saya ni, anggaran habis lagi rm700 termasuk untuk hang jubah & baju kurung saya yang tak siap kemas lagi.
Kenapa tak beli Algot System terus? lagi cantik. Sebab saya beli sikit-sikit ikut bajet saya, bulan ni sikit, bulan depan sikit. Kenapa tak beli almari? Harga tu mungkin dapat satu almari, dan tak mampu tampung baju-baju saya ni semua. Open wardrobe macam ni bantu saya jimat space sebab saya guna wall semaksimum mungkin.
**Nak dapatkan palang penyidai pakaian (mulig bar) boleh beli je di sini.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak-anak. Kita juga mahu anak mendapat kasih sayang yang secukupnya supaya mereka tahu, kita sebagai ibu ayah sentiasa ada dengan mereka. Untuk menunjukkan rasa kasih pada anak-anak, ibu ayah sanggup berbuat apa sahaja!
Salah satu cara adalah dengan memenuhi kehendak anak. Kadang-kadang anak tak minta pun, kita yang akan beli. Contohnya mainan. Sampai penuh bakul kita belikan untuk mereka. Sebenarnya, mainan yang banyak bukan saja akan menyebabkan rumah bersepah, tetapi daya fokus anak juga terganggu.
Memetik perkongsian Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist melalui laman Facebooknya, membelikan mainan yang banyak atau berjenama untuk anak bukanlah cara menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Ikuti penerangan beliau ini:
Cara nak tunjuk kasih sayang kita pada anak bawah 2 tahun, bukan dengan membeli mainan berbakul-bakul atau membeli barangan bayi berjenama. Sebab anak tak tahu pun harga atau jenama yang kita beli untuk mereka. Kita cakap “I love you” pun masa ini anak tak faham pun maknanya. Jadi macam mana nak “beritahu” anak yang kita sayang mereka? ❤
Tak susah pun, mudah sahaja nak menambat hati anak bawah 2 tahun disebabkan perkembangan berfikir mereka bergantung kepada rangsangan deria dan mereka masih belum pandai manipulate dan faham maksud “I love You”, kita baca puisi membebel panjang yang kita sayang anak pun mereka tak faham.
Masa dimana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau comment di Facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan? Hehe 😅
Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak 👏
Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.
Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak. 😘
Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis disamping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.
Kalau nak anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan 😉
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Ada kajian tentang kesan urutan untuk anak pramatang selepas lahir, terbukti bayi yang kerap diurut akan keluar hospital cepat berbanding bayi yang tidak diurut. Kalau nak anak sayang kita lebih, urutlah anak selalu 😍
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.
Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun. 👶
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan berkembangan yang baik dari segala aspek.
Selamat “menunjukkan” kasih sayang! ❤❤❤
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah yang mempunyai anak di bawah usia dua tahun tentang bagaimana caranya menunjukkan kasih sayang kepada mereka tanpa memanjakan dengan mainan atau kemewahan yang lain. Hanya keberadaan ibu ayah di sisi anak-anak sambil melakukan aktiviti berkualiti bersama sudah cukup untuk merangsang tumbesaran mereka secara sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hanya manusia biasa, tak ada yang sempurna. Termarah anak dalam keadaan emosi tak stabil itu normal. Kadang bila dah jadi macam ni, terus rasa menyesal kan?
Walaupun terjadi situasi sebegini, sebagai orang kepercayaan anak, ibu bapa kena turunkan ego kita. Tak rugi pun kita minta maaf dan beritahu kenapa terpaksa marah dan buat macam tu. Bila dapat jawapan ini, anak pun dengan hati terbuka memahaminya.
Situasi ini dikongsikan oleh Puan Wawa Shauqi yang merupakan Influencer Parenting dan tak terlepas dari kelemahan dalam diri sendiri. Moga sama-sama dapat manfaat.
Hari tu saya geram betul dengan anak sulung. Saya tengah drive. Anak-anak bergaduh kat seat belakang. Cakap tenang-tenang tak jalan. Terus saya jadi geram.
Saya punya geram tu sampai mulut tak boleh berhenti bebel marahkan diorang. Paling teruk kena bebel, si sulung. Sebab dia punca.
Bebel punya bebel. Sampai terkeluar label ‘degil’ dan ‘susah dengar kata’ dari mulut saya. Ya Allah.
Kadang bila emosi sangat, penulis sendiri pun tak ingat apa yang ditulis. Shut down terus otak rasional.
Begitulah. Penulis pun manusia biasa. Ada masanya terlajak buat salah juga. Tengah saya bebel tu, tiba-tiba, azan berkumandang. Terus bebel saya terhenti. Berkali-kali saya istighfar untuk habiskan sisa marah.
Dah hilang marah, baru timbul sesal dalam hati. Saya pandang anak dari cermin pandang belakang. Nampak muka si sulung sugul betul.
Saya pun cari parking untuk keluar dari kereta. Dan dapatkan anak-anak di seat belakang. Saya minta maaf pada mereka sebab ikut emosi.
Saya ambik tangan si sulung. Dari mata dia, boleh nampak dia terkesan dengan label ‘degil’ yang terkeluar dari mulut saya.
Saya pegang mukanya. Dan pandang matanya. “Ammar, sorry mama cakap Ammar degil. Ammar bukan degil. Mama baru teringat Ammar memang macam ni.
Kalau nak something tu, nak jugak-jugak. Mama boleh rasa besar nanti, perangai Ammar ni boleh buat Ammar senang berjaya.
Cuma, kalau boleh nak minta Ammar tolerate sikit. Bila Ammar tolerate, hati Ammar jadi lembut. Mama pun akan lembut dengan Ammar. Orang lain pun sayang sangat Ammar.”
Terus longgar ketegangan yang saya dapat rasa tadi. Kami berpelukan seminit dua. Saya tau. Ammar ni macam saya. Kalau dia simpan terasa tu, efeknya lama. Susah nak move on.
Boleh nampak reflected pada tingkah laku dia. Jadi makin keras. Cakap dengan orang lain pun macam nak cari gaduh. Kadang tengok saya pun pakai ekor mata je.
Tapi bila saya setelkan ketegangan waktu tu juga, insya Allah ok. Percakapannya lebih lembut. Lagi mudah dengar kata. Dengan orang pun dia jadi lagi mesra. Saya sedar. Kata-kata ibu ni kena jaga.
Sebab ia tak ada hijab. Direct terus sampai kat Allah. Dan jadi doa. Tu sebab kita mak-mak kena waspada. Jangan selalu kalah dengan emosi. Nanti laju je mulut cakap benda tak sepatutnya.
Risau-risau, apa yang keluar dari mulut kita ni terus jadi label kat diri anak. Dan label tu, terus jadi kepercayaan dalam diri anak,
‘Yelah, aku kan degil.’
‘Yelah, aku kan bodoh.’
Dan kepercayaan sebegitulah jadi setting untuk bentuk keperibadian dia. Seterusnya memberi kesan pada nasib dan siapa diri dia di masa akan datang.
Kalau terlajak kata, undur cepat-cepat. Anak ni memang Allah hadirkan sebagai ujian. Mana ada automatik jadi baik. Kita yang bertanggungjawab membentuk.
Ujian perangai tu tak lain tak bukan untuk tagih doa yang baik-baik dari mulut kita. Juga untuk membentuk kita jadi mak bapak yang lebih baik.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!