Bayi baru lahir kena jaundis memang perkara normal. Jangan panik atau takut tetapi ikut sahaja nasihat dari doktor dan jururawat.
Jaundis terjadi pada bayi yang normal apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.
Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan kadangkala buah pinggang mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.
Jangan ikut sembarangan petua tradisional kerana dibimbangi ada kesan buruk pada tahap kesihatan bayi. Sebaiknya ibu ayah terutama yang baru bergelar ibu bapa rujuk kepada doktor dan jururawat untuk nasihat yang betul.
Sebenarnya cara paling terbaik dan mudah untuk turunkan tahap jaundis anak iaitu ibu kena menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya tanpa had.
Dr Ahmad Firdaus berkongsi pengalamannya sebagai doktor perubatan dan bapa tentang petua untuk turunkan jaundis bayi baru lahir.
Ads
Dari Diari Kelab Bapa Berpantang.
Saya kongsikan petua untuk turunkan kuning bayi (jaundice).
Ads
1. Tiap kali ibu menyusukan anak, sertakan dengan doa supaya bayi sihat sentiasa.
2. Apabila jururawat masyarakat (JM) datang ke rumah untuk memeriksa bayi, ucapkan kata – kata yang baik. Raikan mereka sebagai tetamu.
Ads
3. Apabila bayi diminta untuk ke klinik untuk ambil darah (TSB), doakan agar supaya bayi tidak kuning dan kekal sihat.
4. Jika diminta ke hospital untuk ‘phototherapy’ doa lagi. Pada masa yang sama berikan susu secukupnya kepada bayi.
Gambar hiasan
Kesimpulannya DOA, DOA, DOA.
Pada masa yang sama, ikut nasihat doktor dan jururawat. Niat mereka adalah untuk memastikan ibu dan anak sihat.
Tak perlu ditampal tuala wanita diatas kepala bayi. Tak perlu lumurkan badan bayi dengan kunyit. Tak perlu calit calit, sapu sapu.
*Gambar hiasan adalah seorang bapa mithali yang penat berjaga di tengah malam tukar lampin bayi.
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Medical Mythbusters Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasut ‘squeaky’ memang nampak comel bila anak pakai tapi ganggu proses belajar berjalan. Kasut ‘squeaky’ atau kasut berbunyi sering kali menjadi pilihan ibu bapa kerana bunyinya yang comel dan menghiburkan.
Setiap kali anak melangkah, kasut ini akan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian. Di sebalik kecomelannya, kasut ‘squeaky’ sebenarnya boleh memberikan kesan negatif terhadap proses pembelajaran berjalan semula jadi anak.
Menurut Public Health Malaysia kasut berbunyi ini boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak. Ini kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Mungkin anda rasa ia comel dan kanak kanak sukakannya, namun ia bukan pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian.
Kasut berbunyi boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.
Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur
Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat.
Dari segi kebaikan, kasut jenis ini memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan. Ia membantu ibu bapa untuk peka kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak.
Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.
Alternatif Kasut untuk Anak Kecil
Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memilih kasut yang lembut, fleksibel, dan tanpa bunyi untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan. Kasut yang sesuai untuk belajar berjalan sepatutnya memberi sokongan yang baik tanpa menghalang pergerakan semula jadi kaki.
Kasut dengan tapak yang nipis dan lembut juga membantu anak merasakan permukaan lantai dengan lebih baik, yang penting untuk keseimbangan dan koordinasi.
Kesimpulannya walaupun kasut ‘squeaky’ mungkin kelihatan comel dan menyeronokkan, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka.
Pembelajaran berjalan adalah proses penting dalam perkembangan motor kasar anak, dan adalah penting untuk memberikan mereka persekitaran dan alat yang terbaik untuk menyokong proses ini.
Memilih kasut yang sesuai tanpa gangguan bunyi adalah langkah yang bijak untuk memastikan anak-anak dapat belajar berjalan dengan betul dan semula jadi.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi beberapa keping foto anaknya, Siti Aafiyah di akaun Instagram (IG) dengan memakai tudung.
Menerusi entri tersebut, ramai yang geram melihat kecomelan Aafiyah dengan mimik mukanya tersenyum mengada dan nampak dua batang gigi baru nak tumbuh.
“Anak bertuah ibu ni laaaaa. #hijabista #ibuhatihatigigiaafiyahnaktumbuh,” tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan Aafiyah malah ada juga yang mengatakan raut wajahnya sama seperti Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memakai tudung.
Comelnya Aafiyah
Sumber: ig ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu yang obses mahu memekatkan susu ibu kerana percaya susu yang pekat berupaya menjadikan si menja kenyang lebih lama. Tapi tahukah anda susu pekat atau cair bukan menjadi penentuan si kecil kekenyangan si manja. Ikuti penerangan daripada kaunselor laktasi ini.
Menurut Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang susu pekat mengenyangkan bayi lebih lama adalah sesuatu yang tidak benar.
Semua ibu mahukan susu PEKAT kerana terlalu dibayangi dgn fizikal susu formula yg biasanya mmg pekat. Ini kerana, susu lembu memang mengandungi % protein dan lemak yg jauh lebih tinggi dr susu ibu kerana anak lembu sememangnya perlukan lebih protien untuk pertumbuhan yang lebih cepat.
Kebanyakan ibu bayangkan susu yang fizikalnya pekat pasti mengandungi LEMAK yg banyak berbanding susu yg npk cair..kebanyakan ibu pikir benda yg sama dan makin tertekan dan menjadi ‘BARAH’ bile tgok iklan si polan dan si polan yg katanya mkn benda alah ni susu boleh pekat..telan benda alah ni anak akan cpt kenyang!!!
TIPU..PEMBOHONG..JANGAN NAK TEMBERANG!!!..Sebagai penjual tak kire supplement, produk, ubat apa sekali pun anda sepatutnya bertanggungjawab dan punya pengetahuan yg cukup sblm ambil kesempatan!!! Terangkan pd semua ibu perkara sebenar tentang kelainan warna susu jika mengambil vitamin tersebut.
Ianya bukan disebabkan kandungan lemak dalam susu meningkat dan jauh lebih tinggi dari ibu yg dietnya tanpa supplement sebaliknya itu semua merupakan kesan RIVOFLAVIN dalam vitamin yg mereka ambil. Kesan ini bukan hanya memberi kelainan warna pada susu tapi juga pada air kencing si ibu yg memakannya. Sebagai seorang ibu bekerjaya yg punya impian menyusukan anak dgn susu ibu, anda perlu belajar dan ambil tau tentang semua ini.
Anda sepatutnya perlu tahu dan faham tentang komponen dlm susu ibu yang terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Boleh baca berkenaannya di sini https://www.facebook.com/photo.php?fbid=318655278157923&set=a.205546426135476.50307.100000403605981&type=3&theater. Untuk pengetahuan anda kepekatan susu dan kandungan lemak dalam susu ibu dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya keperluan anak itu sendiri dan faktor iklim / cuaca.
Untuk kita yang tinggal di kawasan iklim Khatulistiwa yang agak panas sememangnya susu yang terhasil tidak sepekat ibu yang tinggal di kawasan beriklim sejuk kerana anak mereka memerlukan lemak yg lebih untuk menstabilkan suhu badan.
Sebab itu jika anda peka, susu yang dipam waktu siang jauh lebih cair dari susu di waktu malam. Kerana suhu waktu siang lebih panas dan manusia perlukan lebih air untuk menghilangkan haus. Sebab itulah, sebelum melatah melihat susu yang kurang pekat, hayatilah hikmah yang Allah swt sampaikan terlebih dahulu.
AMARAN!!!!
JANGAN SESEKALI BANDINGKAN HASIL / KUALITI DAN KUANTITI susu anda dengan ibu lain kerana ajaibnya susu ibu ALLAH cipta kandungannya tersangat sempurna dgn nisbah nutrien, lemak, antibodi, sel Limfosit, Makrofaj, Prostaglandin PGE1, PGE2, Lisozim juga mengandungi lebih dari 100 jenis ‘Oligosacharides’.
Susu ibu juga mengandungi sel-sel hidup yang mampu melawan segala jenis penyakit dan mengandungi enzim (Kolesistokinin, Kortisol, Leptin, Amilase, ) Selain itu, susu ibu juga mengandungi Lactoferin yang hebat..semua ini Allah swt cipta seimbang mengikut keperluan anak..ALLAH beri berapa banyak yang kita perlukan bukan berapa banyak yang kita mahukan..
Gambar yang saya share merupakan gambar hasil perahan saya sewaktu outstation..ini bkn satu penipuan sebaliknya kebenaran..susu sy masih nampak pekat dan syukur dengan jumlah kuantitinya walaupun TANPA SEBARANG SUPPLEMENT atau apa saja jenis UBAT..
Ini hasil kerana saya komited pam mengikut jadual, bangun tengah malam untuk mengepam kerana tiada anak di sisi..so utk ibu yang tak mampu beli supplement jgn risau lagi. Kalau saya mampu menyusukan anak selama 40 bulan tanpa SUPPLEMENT kenapa tidak anda??
Nak susu pekat mudah saja kerapkan mengepam..bile kerap pam jumlah susu cair (foremilk) menjadi sedikit membuatkan jumlah hindmilk (susu yg tinggi dgn lemak) jadi lebih banyak..barulah susu akan jadi pekat..Untuk yang mampu teruskan lah jika anda rasa memang anda perlukan makanan tambahan sepanjang anda menyusukan anak..tahap kemampuan setiap orang berbeza dan keperluan setiap orang juga berbeza..tepuk dada tanya iman!
Kejayaan dalam PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU bukanlah bergantung pada supplement, ubat-ubatan, coklat, minuman atau apa saja milk booster semata-mata. Hanya dengan komitmen, disiplin, keyakinan, sifat positif, semangat yang sentiasa membara dengan izin dr Allah swt semua ibu mampu menjayakannya. Teruskan berdoa bukan hanya untuk mendapatkan susu yang cukup tetapi berdoalah semoga perjalanan penyusuan anak anda hingga cukup tempoh yang disyariatkan dimudahkan Allah swt.
Apa saja bentuk fizikal susu ibu tidak perlu lah dipertikaikan kerana mempertikaikan kualiti SUSU IBU sama semerti mempertikaikan tugas Tuhan kerana sesungguhnya susu ibu merupakan ciptaan Tuhan yang Maha Hebat yang perlu disampaikan kepada anak anda. Ambil dan gunakanlah peluang yg diberi untuk melahir dan membesarkan anak anda dengan memberikan sepenuh khasiat susu ibu kepada mereka sepanjang 2 tahun pertama kehidupan mereka!