Lambakan pil untuk minda dari pelbagai jenama yang dikatakan mampu membuatkan anak jadi pandai, baik dan taat semakin banyak di pasaran.
Ramai ibu bapa yang terpengaruh dengan pelbagai teknik promosi yang dilakukan sehingga berharapkan agar pil minda yang diberikan kepada anak mampu mengubah tingkah laku atau tahap kecerdikan si anak.
Ketahuilah wahai ibu ayah, tiada yang mudah di dalam dunia ini dengan berharapkan kepada sebutir pil untuk mencapai apa yang diimpikan. Tingkah laku anak dan rangsangan pada minda perlu dilakukan sendiri oleh ibu bapa jika mahu anak cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.
Sebagai pengamal perubatan, Dr Rusyainie Ramli yang terkenal seringkali membidas pelbagai mitos produk-produk yang menjanjikan bulan dan bintang kepada para pelanggan mereka supaya berpijak di bumi yang nyata.
Semoga peringatan yang dikongsi oleh beliau dapat dijadikan panduan berguna kepada semua ibu bapa.
PIL BAGI ANAK JADI MALAIKAT?
Ads
Cikgu-cikgu, saya sebagai mama nak minta tolong. Walaupun cikgu-cikgu di sekolah anak-anak saya tak jual produk nak bagi budak jadi malaikat, saya harap sangat cikgu-cikgu lain jangan lah tergolong dalam bani pil macam ni. Atau pun jangan benarkan bani suplemen minda ni jejakkan kaki pun ke sekolah.
Kebanyakan cikgu-cikgu yang saya kenal dan rapat tidak begini. Mereka pentingkan etika. Tapi kerana ada segelintir yang tamak haloba, habis terpalit nama cikgu-cikgu yang profesional.
Mama macam saya menghantar anak ke sekolah dengan harapan cikgu-cikgu bantu saya mendidik dan mengajar anak-anak saya bab pelajaran. Saya ni walaupun kerja profesional, tapi kalau tengok silibus anak-anak, saya pun boleh menangis. Memang mencabar betul tahap kehendak sistem pendidikan sekarang. Hanya cikgu-cikgu saja yang boleh tunjuk ajar yang betul supaya anak-anak saya mendapat ilmu seperti yang sepatutnya dan menjawab peperiksaan dengan baik.
Ads
Cikgu-cikgu, bukan semua mama mampu nak keluarkan duit nak beli produk macam ni. Mahal tu cikgu. Memang lah cikgu tak paksa, tapi kalau dah namanya yang menjual tu cikgu, mama mana-mana pun akan senang terpengaruh dan terpedaya.
Sedangkan jauh di sudut hati, cikgu-cikgu sendiri mengetahui yang tiada kejayaan itu datang bergolek, atau terbang melayang kalau tidak diiringi dengan usaha yang tidak mengenal jemu dan penat, sokongan dari mama dan papa itu, dan doa kepada Allah SWT. Saya seperti mama lain pun, mengharapkan cikgu-cikgu lah sumber rujukan anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
Saya minta maaf dari lubuk jiwa saya yang paling dalam. Saya sedar akan kekurangan dan kelemahan saya sebagai mama dalam membentuk sahsiah anak-anak sendiri sehinggakan cikgu-cikgu terpaksa menyuruh anak-anak saya mengambil pil minda ni. Alasan cikgu-cikgu, supaya anak-anak saya jadi lebih baik kelakuannya dan perangainya. Tapi cikgu-cikgu mesti menyedari yang produk yang begini mana mungkin boleh mengubah anak-anak saya menjadi taat dan patuh. Tak mungkin. Nak memperbaikinya mesti datang dari kita sama-sama untuk membimbing mereka.
Ads
Cikgu-cikgu, apa juga bahan yang ada dalam suplemen tu takkan sama dengan makanan yang saya sediakan untuk anak-anak. KKM dah siapkan garis panduan untuk pemakanan sihat dengan menggunakan makanan sebenar. Allah dah kurniakan gigi, mulut, lelangit, lidah semua tu untuk manusia menggigit dan mengunyah makanan. Bukan setakat telan terus untuk khasiat macam pesakit yang lumpuh. Itu namanya kufur nikmat tu ya cikgu-cikgu.
Duit dalam poket mama lain mungkin tak setebal mana. Duit belanja dapur cukup-cukup nak bagi makan pada anak-anak yang ada. Kalau cikgu-cikgu nak mama tu belikan produk konon magik ni, manalah nak korek duit lagi. Baik mama tu dapatkan makanan sebenar, satu keluarga boleh hadapnya.
Cikgu-cikgu tolonglah saya dan mama-mama lain di luar sana dengan bersama-sama membentuk anak-anak kami menjadi insan. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Anak-anak ini amanah Allah SWT dan saya tak mampu nak tunaikan tanggungjawab ni seorang. Cikgu-cikgulah tempat kami meminta bantuan. Tapi yang nyata, cikgu-cikgu ya, produk begini memang layaknya ke tong sampah saja. Bukan ke mulut anak-anak kami.
Kembung perut di kalangan bayi baru lahir adalah masalah biasa tapi ia paling dibimbangi oleh ramai ibu ayah. Masalah ini akan menyebabkan bayi kerap menangis tanpa henti dan menolak susu yang diberi.
Ia boleh memberi kesan psikologi kepada ibu yang tidak dapat rehat yang cukup akibat tertekan bayi kerap menangis dan meragam sehingga tengah malam. Oleh itu bila bergelar ibu ayah, anda wajib tahu punca berlakunya kembung perut di kalangan bayi supaya dapat mengelakkannya.
Jika anak terkena kembung perut, ibu ayah juga wajib tahu cara mengatasinya. Baca penjelasan daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad sebagai panduan yang berguna.
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Kekembungan perut biasa berlaku seawal bayi berusia kurang dari enam bulan. Banyak puncanya, selalunya disebabkan oleh jenis susu yang diberikan.
Susu ibu sangat jarang memberikan masalah kekembungan.
Jika berlaku selalunya hanya disebabkan apabila bayi menghisap susu dari puting payudara ibunya, ia menelan sekali udara sehingga masuk ke dalam perut. Ini menyebabkan perut bayi menjadi kembung.
Jika bayi diberikan susu formula dengan botol, selalunya punca kekembungan akibat udara yang terperangkap dalam perut adalah apabila penyusuan dilakukan dengan teknik yang tidak betul. Botol susu diberikan secara terlalu condong atau lubang pada botol terlalu kecil sehingga lebih banyak udara yang ditelan dan menyebabkan kekembungan.
Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.
CARA MEMBANTU MASALAH KEMBUNG PADA BAYI
1) Mendukung bayi anda semasa menangis, dan berada dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap.
2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu. Beri ikut dos yang ditetapkan.
3) Mengurut abdomen bagi menggunakan ‘essential oil’, minyak zaitun atau minyak kelapa.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Blogger dan insta famous, Yuyu Zulaikha melalui posting di instagramnya memberitahu bahawa tak perlu dibandingkan rasa sakit bersalin walau apapun kaedah yang digunakan kerana akhirnya tetap akan merasai kesakitan itu.
Dia yang baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiga berkongsi pengalaman kali ketiga melahirkan anak secara pembedahan.
Ni kali ke tiga yuyu bersalin secara caesarean (czer), dan Alhamdulillah, yuyu tak rasa sikit pun “kurang jadi ibu” bila bersalin secara czer ni.
Ada yang cakap, bersalin normal tu baru rasa betul-betul bersalin, baru betul rasa pengorbanan jadi ibu, tapi, bagi yuyu, mana-mana cara pun tetap sama. Tetap ada pengorbanan masing-masing
Untuk kali ketiga ni, yuyu rasa sakit dia lebih dari masa 1st & 2nd czer. Ya Allah, sampai sekarang jalan masih tertunduk, kalau tegak je rasa nak tercabut nyawa (ok over, tapi sakit lah). Kalau boleh nak makan pain killer every hour. Belum lagi sakit seluruh badan sebab naik kereta check kuning anak. Sakit lepas bersalin tu, bukan biasa-biasa tau
Please stop compare bersalin cara mana lebih rasa pengorbanan jadi ibu. Dua-dua cara sakit, dua-dua cara tetap tak luak jadi ibu.
Rata-rata warganet memberikan pandangan masing-masing. Ada yang pernah merasai kedua-dua kaedah bersalin dan mengakui kedua-dua kaedah tersebut memang sakit. Setiap kesakitan juga berbeza.
Baby Lee dikatakan nak bermanja dalam rahim ibunya lagi apabila isterinya tidak jadi dibedah. Isteri kepada pelakon Adam Corrie Lee hampir bersalin awal daripada tarikh jangkaan semalam. Diharapkan baby Lee bertahan hingga lahir cukup bulan.
Isteri Adam Corrie Lee, Fazi Fuad hampir bersalin awal daripada jangkaan melalui pembedahan Caesarean. Harap bayi dalam kandungan boleh bertahan didalam kandungan sehingga cukup bulan sebelum dilahirkan.
Berikut kenyataan beliau di Instagram;
TAK JADI DIBEDAH
Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital.
TAK CUKUP BULAN KALAU LAHIR SEMALAM Kalau bidadari sy bersalin smlm (30 Julai 2018), baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee ?.
DOKTOR NASIHATKAN BEREHAT
Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya Darah Tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak?.
Baby Lee nak bermanja lagi dlm rahim mak tu ?…
Saya wakil bidadari sy ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dpt menjawab sebarang panggilan. Hp dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat.
Sebelum itu, Adam telah memberitahu isterinya dimasukkan hospital pada 30 Jun 2018 untuk bersalin dan hari ini kemaskini terkini di Instagram mengatakan isterinya belum melahirkan lagi.
NETIZEN DOAKAN ISTERI BELIAU SIHAT & BAYI LAHIR CUKUP BULAN
Rakan artis dan netizen memberikan komen positif agar isteri Adam sihat dan pulih daripada tekanan darah tinggi dan baby Lee dapat dilahirkan cukup bulan.
Semoga Adam & isteri selamat menyambut cahaya mata dengan selamat dan cukup bulan tidak lama lagi.
Anak Hebat Bermula Dari Rumah: Kisah Izmi & Hakim, Dua Pemanah Cilik yang Menginspirasikan
Setiap anak membawa potensi luar biasa yang menunggu untuk digilap —...