Pengacara dan penyampai radio, Hani Fadzil berkongsi khabar gembira memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat melahirkan bayi sulungnya pada pada 22 Oktober lalu.
Hani yang berkongsi cerita itu di instagramnya pada Khamis lalu turut meluahkan rasa syukurnya kerana kelahiran bayi ini dan dipermudahkan semua urusan kelahirannya.
“Alhamdulillah syukur, tujuh hari lalu pada 22 Oktober 2020 pukul 7.07 pagi, saya selamat melahirkan bayi seberat 3.42 kilogram yang memberi kegembiraan buat kami,” katanya berkongsi.
Kongsi Nama Indah
Ads
Malah penyampai radio yang kini sudah bergelar ibu ini rupanya sudah pun memberikan nama pada cahaya mata pertamanya. Cukup indah nama yang diberi. Malah penuh makna.
“Perkenalkan inilah cahaya mata kami, Faris Salazar.
“Faris bermaksud yang alim, manakala, Salazar diterbitkan daripada dua perkataan iaitu Salah bermaksud kebaikan dan Zahar bermakna bergemerlapan,”kata Hani lagi.
Ads
Dalam pada itu, Hani juga turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraannya dan bayi sulungnya itu. Malah Hani juga menitipkan doa buat putera sulungnya agar menjadi anak yang baik dan membesar dengan sihat.
“Terima kasih atas segala doa, semoga anak kami membesar sihat dan menjadi anak yang baik seperti ibu bapanya,” katanya.
Selamat berpantang buat Hani. Semoga ibu dan bayi cepat-cepat sihat.
Hani mendirikan rumah tangga bersama Wan Faiz pada 7 Julai 2017. April lalu, Hani berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Tahniah diucapkan buat Hani dan suaminya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudahpun bergelar bapa! Pereka fesyen terkenal dan pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.
Rizman mengumumkan berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi tadi. Puteri kesayangan ibu dan ayahnya ini diberi nama yang cukup indah, Princess Rizqaa.
Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam.
Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa.
Rizqaa: A blessing, gift from Almighty,” kongsi Rizman lagi.
Dalam pada itu Rizman turut memberitahu, puteri mereka dinamakan sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah SWT.
Titip doa buat anak
Bukan itu sahaja, malah Rizman turut mendoakan kelahiran cahayamata sulungnya itu semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan agamanya kelak.
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi.
Sementara itu, isterinya, Nurida Suraya turut berkongsi kegembiraan ini di instagram miliknya. Comel sungguh Princess Rizqaa. Moga terus membesar dengan sihat!
“Syukur Alhamdulillah . Welcome to the world my baby girl”, kongsinya ringkas.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut menitipkan ucapan tahniah disamping memuji kecomelan Rizqaa. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan artis dan selebriti tanahair yang mengucapkan tahniah sambil mendoakan agar kesejahteraan ibu dan baby Rizqaa.
Semoga baby Rizqaa terus menceriakan dan melengkapkan kehidupan mummy dan daddynya!
Rizman dan ahli perniagaan Nurida Suraya, sah bergelar suami isteri pada 13 September 2019.
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA MALAM INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Masalah perut menggeleber selepas bersalin tidak mungkin dapat dielakkan selepas bersalin, sungguhpun sesetengah wanita tidak menambah banyak berat badan ketika mengandung.
Menurut BabyCenter, perubahan hormon akan berlaku sebaik saja bayi dilahirkan, di mana rahim akan mula mengecut dan kembali kepada bentuk asalnya. Walaubagaimanapun, proses ini berlaku secara perlahan dan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu untuk menghilangkan perut menggeleber selepas bersalin.
Terdapat beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk membantu mengembalikan perut menggeleber selepas bersalin kepada bentuk asalnya dengan efisyen.
Seperti yang kita tahu, ada banyak manfaat penyusuan badan dari segi nutrisi yang dibekalkan kepada bayi. Namun, tahukah anda bahawa penyusuan badan juga membakar kalori tubuh ibu mengandung?
Menurut majalah Women’s Health, proses menyusu badan boleh membakar sekitar 300-500 kalori setiap hari.
Minumlah air kosong yang mencukupi, terutamanya jika anda menyusukan bayi. Air kosong bukan saja baik untuk kulit, tetapi ia juga boleh membantu menyingkirkan toksin serta membantu mengekalkan keanjalan kulit.
Selepas selesai tempoh berpantang, anda boleh memulakan sesi senaman berimpak rendah. Antaranya berjalan atau melakukan senaman lantai. Senaman berimpak rendah ini bukan saja membantu anda membakar lebihan lemak, tetapi ia turut mengurangkan masalah yang selalu berlaku selepas bersalin seperti sakit belakang, kekejangan kaki, atau lenguh badan.
Jika anda suka bersukan dan ingin melakukan aktiviti yang lebih aktif, dapatkan kepastian daripada doktor anda.
Menguruskan bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Kita seringkali rasa kesempitan masa sehingga ia boleh menyebabkan stres.
Bawalah bayi bersiar-siar di halaman rumah dan hiruplah udara segar setiap pagi. Mendukung atau menolak bayi di dalam stroller juga boleh membantu anda kekal aktif. Malah, secara tidak langsung dapat juga mengurangkan stres serta merapatkan hubungan ibu dan anak.
Berbengkung adalah salah satu amalan masyarakat kita untuk menghilangkan perut menggeleber selepas bersalin. Sebenarnya, ia juga diamalkan dalam sesetengah budaya masyarakat lain.
Selain mengempiskan perut bengkung yang sesuai dipercayai dapat membantu memberi postur tubuh yang baik selain mengecutkan rahim bengkak serta merapatkan faraj. Tapi, jika anda bersalin secara Caesar, pastikan anda memilih bengkung khusus dan dapatkan kepastian doktor untuk menggunakannya.
Pengambilan makanan yang berzat dan kaya dengan nutrisi adalah amat penting untuk mengembalikan perut menggeleber selepas bersalin kepada bentuk asalnya.
Sungguhpun anda tidak berkelapangan seperti sebelum ini, pastikan anda memenuhi keperluan diet harian. Paling penting, elakkan daripada selalu memakan makanan segera, berlemak, bergoreng serta minuman manis. Semua makanan tidak berkhasiat ini boleh memperlahankan proses mengempiskan perut.
Ingatkan diri bahawa tubuh anda mengambil masa 9 bulan untuk mengandungkan bayi. Oleh itu, ia juga memerlukan masa yang hampir sama untuk kembali kepada bentuk asalnya.
Jadi, sentiasalah berfikiran positif dan jangan cepat berasa putus asa atau kecewa apabila melihat tubuh anda dalam cermin.
Kesabaran adalah kuncinya untuk anda mengatasi masalah perut menggeleber selepas bersalin. Jangan terlalu memikirkan tentangnya. Manfaatkanlah masa cuti bersalin anda dengan berehat, menguruskan diri, dan bonding bersama bayi.
Memiliki anak yang mempunyai alergi memanglah satu cabaran. Mama dan papa perlulah memahami dan mengetahui cara untuk menghadapinya. Umumnya, alergi ditandai dengan simptom seperti cirit-cirit, bengkak pada bahagian tubuh serta muntah-muntah. Bagi mengetahui dengan tepat alergi yang dihadapi oleh si kecil ujian khas akan dilakukan.
Kira-kira 15% bayi dan kanak-kanak di Malaysia mengalami alergi seawal usia dan angka ini meningkat saban tahun. Hal ini tidak boleh diambil mudah kerana ia memberikan kesan fizikal dan emosi kepada si manja.
Alahan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang luaran dan pemakanan. Mari kita kenali 5 pencetus alergi yang biasa di kalangan anak kecil.
1)Susu lembu
Susu lembu mengandungi protein yang asing buat si kecil. Sebaik-baiknya diperkenalkan selepas mencecah usia setahun. Sebarang produk yang dihasilkan menggunakan susu lembu seperti yogurt, keju, aiskrim dan dadih boleh menyebabkan si manja cirit birit dan muntah.
2)Telur Telur mengandungi protein yang menyebabkan si manja menunjukkan reaksi alergi seperti kegatalan dan tumbuhnya gegata. Si kecil yang alah telur turut alah kepada daging ayam dan spesies unggas.
3)Kekacang
Ada juga si kecil yang alah terhadap kekacang . Ia akan menyebabkan kegatalan sehingga rasa tidak selesa.
4)Ikan dan makanan laut
Bagi si alergi makanan laut, simptom yang terjadi ialah seperti sesak nafas, muntah dan bengkak pada bibir. Makanan laut seperti udang, ketam dan spesies ikan tertentu perlu dielakkan baginya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.