Kanak-kanak belajar dengan bermain tapi bermain yang macam mana? Pemilihan permainan yang tepat akan membolehkan kanak-kanak mempelajari skill yang sepatutnya.
Banyak skill yang boleh diajarkan melalui bermain seperti:
– Kemahiran berfikir
– Kemahiran menyelesaikan masalah
– Kemahiran motor
– Kemahiran sensori
– Kemahiran bahasa
– Kemahiran sosial
– Kemahiran berkomunikasi
– Keyakinan diri dan banyak lagi sebenarnya.
Mainan yang berbateri memang best sebab kita tak payah berusaha sangat untuk mainan itu bergerak dan hasilkan bunyi.
Ads
Tapi mainan yang mampunyai bateri akan menghadkan pembelajaran kanak-kanak sebabnya kanak-kanak hanya perlu lihat sahaja. Tak perlu buat bunyi, tak perlu gerakkan.
Tanpa bateri, kanak-kanak boleh belajar untuk menggerakkan mainan tersebut, seperti menolak, menekan, menarik, dan ini melatih kemahiran motor mereka.
Selain itu, mereka juga boleh buat bunyi seperti, brooomm, meow, pop, mooo dan lain-lain lagi.. ini boleh mnggalakkan mereka melatih kemahiran asas untuk bercakap iaitu buat bunyi dulu… nanti baru sebut perkataan.
Jika dah ada mainan yang ada bateri tak ada masalah.. cabut je bateri ni.. dan main secara manual.
Mainan biasa-biasa ni maksudnya kita tak perlukan mainan yang berteknologi tinggi, mainan terkini atau mahal… tapi mainan yang klasik yang kita biasa main boleh banyak membantu kanak-kanak.
Contohnya seperti mainan masak-masak, kereta, set haiwan, blocks, lego, malah barang rumah seperti kusyen, sudu, cawan pun boleh digunakan.
Ads
Ini kerana mainan seperti ini adalah jenis ‘open ended’.. maksudnya tiada kesudahan… ianya boleh dimainkan dengan pelbagai cara, bila-bila masa dan selama mana pun yang kita nak.
Contoh: Main kereta
Kereta tak semestinya kita tolak je kan.. kita blh buat naik bukit, turun bukit, letak orang atas kereta, boleh jalan laju/perlahan, boleh berhenti dan lain-lain.
Selain belajar banyak perkataan, kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan berfikir untuk cara bermain yang pelbagai… Kalau anak tak tau anda tunjukkan lah macam mana.
Galakkan anak untuk bergerak semasa bermain sebab ia boleh membantu minda mereka lebih aktif untuk berfikir. Tapi bergerak dengan ada hala tuju lah ya..
Tak perlu keluar rumah pun, dalam rumah pun boleh.. anda boleh main panjat kusyen, lalu bawah meja yang dijadikan terowong, duduk bawah selimut, lompat atas mat, dan macam-macam lagi.
Ads
Tal perlu spesifik mainan pun untuk buat semua ini.. Dan banyak yang boleh anda ajar seperti:
– Pergerakan dan koordinasi badan
– Boleh belajar berfikir dan selesaikan masalah
– Belajar bahasa spt nama aksi, kedudukan atas, bawah dll
Jadi bergerak bersama sama anak anda.
Memang kanak-kanak sangat gembira bila tengok banyak mainan. Tapi sedikit mainan lebih baik.
Maksudnya bukan tak boleh sediakan banyak mainan pada anak. Tapi keluarkan dan gunakan sedikit saja mainan pada 1 masa.
Jika mainan terlalu banyak, ia sebenarnya akan mengganggu fokus kanak-kanak terutama pada kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk fokus.
Mereka akan main mainan ni sekejap, lepas tu tukar mainan lain, dan belum sempat habis dah tukar mainan lagi. Jika ini terjadi, macam mana kanak-kanak nak belajar untuk fokus dan kekalkan fokus mereka untuk satu jangkamasa kan.
Jadi keluarkan mainan secara berperingkat adalah lebih baik. Dah habis main, simpan dan keluarkan set yang baru.
Dan yang paling penting sekali adalah bukan mainan itu sendiri.. tapi dengan siapa kanak-kanak itu bermain.
Seperti yang diterangkan di atas, anda boleh gunakan macam-macam sebagai mainan. Pinggan, cawan, kertas, kotak, sudu, bantal, kerusi dan lain-lain pun boleh dijadikan mainan. Anda hanya perlu kreatif dan jadi seperti kanak-kanak. Dalam erti kata lain tak perlu ‘skema’ sangat bila bermain.
Bermain dan berinteraksi dengan anak adalah asas pembelajaran komunikasi yang paling berkesan.
Penjagaan gigi anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Seperti pengalaman yang dilalui pelakon Diana Amir di mana gigi anaknya pernah rosak tapi pelakon ini tidak berputus asa. Malah temu janji pergigian juga tidak pernah menjadi drama air mata.
Diana yang muncul dalam Pa&Ma TV Musim Kelima dalam episod “Mula Jaga Mulut & Gigi Anak Dari Kecil”. Dalam episod ini, Diana banyak berkongsi tentang anak sulungnya, Khawlah Al-Azwar, 6 tahun.
Menurut Diana, Khawlah seorang yang memilih untuk makanan. Buat masa ini Khawlah menyukai sajian-sajian ringkas seperti sup ayam. Tapi satu kegemaran yang tidak boleh dielakkan ialah makanan bergula yang manis.
MULA SUKA MAKANAN BERGULA
“Khawlah suka sugar. Kalau boleh kita taknak dia suka manis. Pernah semasa dia umur 8 bulan Diana kena outstation. Seminggu semasa duduk dengan family dia diberi candy & coklat walau pun Diana dah bagitahu keluarga hanya berikan dia makanan tak berkhasiat. Biskut pun jangan. Bila balik dia nak sugar-sugar sugar.
“Salah satu sebab lain gigi rosak ialah Khawlah menyusu sebelum tidur.Dia menyusu sehingga tertidur. Jadi gigi tak boleh nak dibersihkan,” kata Diana yang menyusukan Khawlah dengan susu ibu selama dua tahun.
DUA BATANG GIGI DIHADAPAN ROSAK
Selain itu, Diana berkata secara semula jadi gigi anak sulungnya ini tumbuh rapat antara setiap batang. Selepas tu menyusu sangat mudah terkesan. Dalam masa itu, 2 batang gigi depannya rosak.
“Walau pun giginya rosak Khawlah tak pernah sakit. Atau dia ada rasa sakit cuma dia tak pandai nak cakap. Macam doktor pun tanya sakit ke tak. Dia kata tak sakit tapi bila doktor periksa sebenarnya dia sakit & Cuma dia takt ahu nak terangkan,” kata Diana dalam Pa&Ma TV.
BUAT DENTAL CROWNING UNTUK KHAWLAH
Bertitik tolak dari itu Diana mula menjaga gigi Khawlah dengan lebih teliti. Dia kini memasang dental crown pada gigi hadapan anak sulungnya itu.
“Gigi depan Khawlah sebenarnya dah patah dan tak ada dah akar gigi tu. Semua tu dah dibuang. Crowing ni actually gigi yang ditampal sahaja untuk estetik supaya dia tak rasa malu. Problemnya ia cepat patah. Macam makan donut atau aiskrim “eh tiba-tiba gigi dia hilang.”
“Crowning (dental crown ) ni ada sesetengah makanan tak boleh makan. Makanan yang keras tak boleh nak makan. Tapi Khawlah berdisiplin juga lah dan pandai kalau makan gigit dia belakang sikit.
ANAK TIDAK TAKUT SEMASA PEMERIKSAAN DENGAN DOKTOR GIGI
Dalam rancangan ini juga, pelakon dan pengacara ini turut berkongsi bagaimana caranya dia memujuk anak-anak agar tidak menangis semasa pemeriksaan gigi.
“Kanak-kanak bila cakap pasal doktor dia akan takut. Jadi apa yang Diana cakap Doktor ni semua fairies (pari-pari) jadi dia sendiri nak pergi kat doktor tu.
“Kita sebagai ibu bapa juga memilih klinik gigi kanak-kanak. Peralatan semua budak-budak suka. Jadi bila kanak-kanak ke sana dia happy sebab dia tahu doktor bantu dia dapat gigi yang lebih cantik. Dia tahu dan faham bila tengok orang lain ada gigi kenapa dia tak ada gigi.” Kata Diana.
Ingin tahu lebih lanjut tentang penjagaan mulut dan gigi anak daripada doktor dan ibu bapa lain, tonton siaran ulangan Pa&Ma dalam episod “Mula Jaga Mulut & Gigi Anak Dari Kecil” yang ke udara pada Sabtu, 10 Ogos 2019 jam 11 pagi di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Jihan & Ungku Haris.
Foto: @dianaamir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekejap masa berlalu, video terbaru anak keempat Dato’ Seri Eizlan Yusof, Zaelynn Rosa telah menarik perhatian ramai. Bila jarang-jarang kongsi, tahu-tahu dah besar si comel ini. Bulan April depan genaplah dua tahun usianya.
Zaelynn Rosa adalah anak kacukan Serani dan Melayu melalui perkahwinan kedua Eizlan Yusof dengan isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville yang berketurunan Serani.
Menerusi instagram Sasha Boudville, satu video yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Video tersebut memaparkan isteri Eizlan dan anak perempuannya di sebuah restoran sedang menikmati makanan.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Zaelynn yang semakin bijak dan comel serta dah mula faham arahan apabila disuruh oleh mommynya.
Tanpa kita sedar, waktu makan sebenarnya waktu yang sangat penting terutama dalam perkembangan motor anak-anak. Setiap suapan, sentuhan anak dengan makanan sebenarnya dia sedang belajar bau, rasa untuk melatih sensori, gerakan lidah sebagai persediaan untuk bercakap.
Sebenarnya banyak lagi yang anak belajar melalui aktiviti makan. Jadi jangan sia-siakan waktu makan anak dengan memberi gajet. Cuba luangkan masa untuk melatih semua deria anak-anak. Ikuti perkongsian penuh.
BAGI ANAK GADGET SEMASA MAKAN? JANGAN BIARKAN ANAK TERLEPAS KEMAHIRAN-KEMAHIRAN INI.
Adakah anda berikan gadget pada anak semasa makan? Ramai ibubapa yang merasakan penggunaan gadget semasa makan bagaikan memberi kesan yang “positif” pada anak mereka. Adakah anda pasti kesannya begitu? Ada banyak sangat alasan yang selalu ibubapa berikan apabila ditanya mengenai pemberian gadget pada anak ketika waktu makan. Antara alasan utama yang sering didengari adalah:
(i) “Anak saya makan banyak bila saya bagi gadget. Kalau saya tak bagi, sikit je lah yang anak saya akan makan dan dia macam geli dan tak nak makan makanan yang saya hidangkan tu. Tapi bila saya bagi dia gadget, boleh pula dia makan.”
(ii) “Anak saya akan duduk diam semasa makan kalau saya buka video kartun atau lagu kegemaran dia. Jadi anak saya tak akan lari merata-rata dan lebih mudah untuk saya nak suap makanan pada dia. Tak ada la bersepah makanan.”
(iii) “Anak saya mengamuk kalau saya tak bagi gadget semasa makan tu. Bila saya dah bagi baru dia senyap. Tenang sikit kami sekeluarga nak makan.”
Makan adalah salah satu aktiviti rutin. Anda tahu tak bahawa semasa makan, anak boleh belajar pelbagai jenis kemahiran. Kalau anda berikan anak gadget ketika waktu makan, banyak kemahiran yang anak boleh dapat dan belajar akan TERLEPAS.
Walaupun anda nampak tindakkan anda memberi anak gadget semasa makan seperti ada kesan yang “positif” kerana anak dapat duduk diam dan makan dengan banyak, tetapi anda perlu tahu bahawa diam tersebut tak semestinya bererti anak anda ada fokus dan perhatian yang baik. Adakah anak anda sedar dengan keadaan sekelilingnya? Adakah anak tahu apa makanan yang dimakan olehnya? Dia respond tak apabila nama dia dipanggil?
Walaupun anak makan banyak bila diberi gadget, ia tak bererti mereka berselera. Mungkin anak tidak sedar dengan makanan yang masuk ke dalam mulutnya kerana tumpuan anak pada masa itu tertumpu kepada gadget. Jadi anak hanya buka mulut tanpa melihat makanan yang dimakan. Sebab itu la apabila anda cuba tak bagi anak gadget, anda akan nampak mereka makan sikit je. Jangan putus asa ya. Mula-mula memang akan jadi macam tu sebab anak dah lama terdedah dengan gadget dan dia tak sedar dengan apa yang sedang terjadi pada diri dia serta sekelilingnya.
Sekiranya anda perhatikan betul-betul, kebanyakkan kanak-kanak yang makan bersama gadget selalunya akan ada masalah memilih makanan, ada masalah tingkahlaku dan ada juga yang lambat bercakap. Ini kerana kemahiran-kemahiran yang sepatutnya anak anda pelajari dan dapat ketika melakukan rutin makan ini telah terganggu dengan adanya penggunaan gadget ini.
Antara kemahiran yang anak boleh pelajari ketika makan adalah:
1. Kemahiran oral motor
– Anak dapat melatih fungsi lidah, bibir, pipi dan rahang ketika makan makanan dari pelbagai jenis tekstur. Ianya dapat membantu untuk merangsang bahagian oral motor mereka untuk bercakap serta dapat mengelakkan anak dari memilih makanan.
2. Kemahiran sensori
– Anak dapat belajar untuk merangsang bahagian sensori mereka ketika waktu makan. Contohnya anak memegang buah tembikai. Buah tembikai kan berair dan apabila semakin kering, tangan akan melekit. Jadi, anak akan belajar untuk merangsang deria sentuhan mereka. Selain itu juga, semasa makan, anak dapat merangsang deria-deria yang lain seperti bau, rasa, penglihatan, pendengaran dan lain-lain. Kalau anak kurang rangsangan deria-deria ini, anak berpotensi untuk memilih makanan, tak suka disentuh, tak dapat fokus pada sesuatu perkara yang dibuat dan sebagainya.
3. Kemahiran sosial & komunikasi
– Anak dapat berinteraksi dua hala dengan ibubapa ketika makan dan ibubapa dapat tambahkan input bahasa pada anak. Ketika waktu makan, macam-macam perkataan yang anda boleh ajarkan pada anak. Contohnya “Emmph! Manisnya BUAH ni!”, “Adik makan nasi”.
4. Kemahiran koordinasi mata & tangan
– Anak dapat belajar cara mengawal pergerakkan tangan. Sebagai contoh, mereka dapat belajar bagaimana tangan membawa makanan masuk ke dalam mulut, nampak dan kutip makanan yang jatuh, ambik cawan yang berada dihadapannya, meneguk air dari cawan dan lain-lain. Kemahiran ini penting dalam membantu anak anda untuk menulis nanti.
5. Fokus
– Anak akan belajar untuk fokus pada makanan yang dia makan. Maksudnya anak anda sedar tentang makanan yang dimasukkan dimulutnya, bagaimana rasa tekstur makanan tu, bagaimana cara dia gigit, kunyah dan telan makanan tu. Fokus dan sedar dengan setiap perkara yang berlaku ni sangat penting. Kalau tak ada fokus dan tak sedar, anak tenggelam dengan dunianya sendiri.
6. Kemahiran motor halus dan motor kasar
– Kedua-dua kemahiran ini melibatkan pergerakkan. Semasa makan, anda boleh latih anak untuk meningkatkan kekuatan motor halus & motor kasar mereka. Ianya penting bagi membantu anak untuk melakukan aktiviti rutin dan menulis nanti. Contohnya, anda boleh ajak anak sama-sama sediakan makanan seperti mengacau air, tuang tepung, seduk nasi, cubit isi ayam dan lain-lain.
7. Kemahiran mendengar dan faham arahan
– Semasa waktu makan, ibubapa berpeluang mengajar anak untuk mendengar arahan yang diberikan kepadanya. Contohnya, anda minta anak untuk letakkan buah atas pinggan, letak cawan atas meja dan sebagainya. Ajar anak untuk ikut arahan anda. Kemahiran ini juga penting untuk membantu anak bercakap.
8. Kemahiran meniru
– Meniru adalah salah satu kemahiran asas dalam pra pertuturan. Tetapi ianya ada langkah tersendiri. Mula-mula tiru aksi, kemudian tiru bunyi, selepas itu meniru perkataan dan kemudian barulah meniru ayat. Jadi, anda sedar tak yang mana ketika makan pun anda boleh ajar anak bercakap. Ajar anak tiru aksi anda dulu. Contohnya anda kacau air dalam cawan, ajak anak sama-sama kacau air dalam cawannya.
9. Kemahiran meminta
– Apabila anda ajar anak kemahiran meminta ketika waktu makan ini, secara tidak langsung anda ajar anak untuk beri eye contact pada anda. Contohnya anak nak ayam. Ajar anak untuk sebut perkataan nak. “Adik NAK ayam”
10. Kemahiran menunjuk
– Anak dapat belajar untuk berkomunikasi bersama ibubapa dengan cara menggunakan gerak badan (gesture). Ini kerana, menunjuk adalah sejenis bentuk komunikasi. Ketika makan, anda boleh ajar anak untuk tunjukkan makanan atau minuman yang anak mahukan.
11. Melatih kognitif anak
– Apabila makan, anak dapat melatih kognitif mereka. Contohnya sekiranya air tertumpah, apa reaksi mereka? Sekiranya mereka tak berjaya nak ceduk nasi menggunakan sudu, apa yang mereka akan buat? Adakah mereka akan memanggil anda? Adakah mereka akan menjerit? Perkara ini melatih anak untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah.
12. Kemahiran tingkahlaku
– Anda dapat ajar anak adab ketika dimeja makan. Contohnya basuh tangan dahulu sebelum makan, tutup mulut semasa kunyah makanan, tidak meludah makanan, tidak menganggu orang lain yang sedang makan bersamanya.
13. Kemahiran survival
– Ibubapa perlu sedar bahawa apabila anak dah masuk ke tadika atau sekolah, tak ada orang akan pantau sama ada anak makan banyak atau sikit. Anak anda perlu berdikari. Mereka kena makan sendiri dan tak ada orang yang akan suapkan makanan kepada mereka. Oleh itu, sewaktu makan, anda boleh ajar pada anak untuk makan sendiri tanpa bersuap.
Jadi rugi sangat sekiranya anda melepaskan peluang untuk anak belajar dan dapatkan kemahiran-kemahiran ini. Hentikan pengunaan gadget pada anak ketika makan. Yang merumitkan lagi keadaan adalah apabila anak didedahkan dengan gadget dari usia muda yang mana sepatutnya kemahiran-kemahiran mereka berkembang ketika itu. Sayang sangat tau kalau anak tak dapat belajar semua ni ketika makan. Sebab makan tu adalah rutin harian. Jadi ia adalah perkara yang kita akan buat setiap hari. Apa-apa pun, saya harap semoga anda dapat faham dan nampak kenapa gadget tidak disarankan untuk anda berikan pada anak ketika waktu makan ya. Kita nak anak dapatkan kesemua kemahiran-kemahiran yang telah saya terangkan di atas. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱