Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja untuk anak agar mereka mendapat pendidikan terbaik untuk anak. Inilah yang dilakukan oleh Edry Abdul Halim & isteri untuk sanggup berpindah ke Manchester, United Kingdom bagi memberikan perhatian kepada anaknya Emery yang mengalami autisme.
Dalam perkembangan terbaru, Emery yang kini berusia 11 tahun mengalami Gangguan Spektrum Autisme (autism spectrum disorder) sudah pun memasuki sekolah menengah khas di sana.
Menurut Edry, guru memberitahu anak ketiganya itu juga pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Perkara itu dimaklumkan Edry menerusi posting terbaru di Instagram.
edryabdhalim Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son ❤️ #manchester#redwood#autism
Penyakit jantung sering terjadi kepada bayi kecil. Ia lazimnya kerana masalah kongenital yang terjadi sejak lahir lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai penyakit jantung pada bayi dan anak kecil serta kupasan daripada pakar dalam rancangan TV Pa&Ma Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Derita Jantung Si Kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika anak sedang aktif dan tengah melasak nak menerokai, masa shopping & makan di luar boleh terbantut. Dek kerana kerenah anak, suasana tenang sukar dirasai, malah boleh timbul konflik dan bermasam muka dengan pasangan pula bila anak-anak mengamuk kerana bosan.
Sebenarnya situasi ini boleh dielakkan dengan adanya persetujuan daripada pasangan anda. Puan Farhan, ibu kepada dua orang anak dan merupakan seorang kaunselor menceritakan pengalaman mengendalikan dua anak kecil dengan suaminya. Di saat dua anaknya sedang membesar teruja untuk menerokai ketika jalan-jalan di luar atau makan di luar, sistem giliran dengan suaminya untuk menjaga anak boleh membantu mengelakkan konflik. Berikut ialah perkongsian beliau;
Saya masih ingat, ketika anak sulung masih kecil, cabaran menjaganya kurang sedikit. Maklumlah, anak perempuan ni gayanya ayu sedikit.
Rezeki anak nombor dua ini lelaki. Memang berbeza wataknya dengan kakaknya.
Sangat aktif dan suka untuk explore sesuatu dengan sungguh-sungguh.
Masalah paling besar bila bawa dia ke pasar raya dan kedai makan.
Bila masuk ke kedai memang rasa penat.
Dia sentuh barang barang
Dia lari ke celah celah lorong.
Dia panjat kerusi dan meja.
Masuk kedai dengan seronok, keluar dengan muka monyok. Jadi, kami suami isteri berbincang untuk mengatasi masalah ini.
GUNAKAN SISTEM GILIRAN DENGAN PASANGAN
Jadi, cara utama untuk berhadapan dengan isu ini adalah menggunakan sistem giliran. Kami banyak bertolak ansur dalam melakukan setiap aktiviti.
Contohnya, bila kami ke kedai dan mahu shopping .Bila suami mahu beli barang saya jagakan anak dan dia shopping dengan tenang.
Saya bawa anak ke tempat yang lapang agar mereka boleh menyalurkan tenaga mereka.
Kemudian, apabila tiba giliran saya, suami akan ambil alih tugas dan saya pula memilih barang yang saya mahu.
Saya pernah melihat beberapa kali adegan di mana anak yang di dukung meronta ronta mahu turun dan berlari.
Anak yang didukung ibunya itu meronta ronta dan saya melihat kepenatan pada wajah si ibu itu. Saya faham betapa letihnya melawan dan menghadapi rontaan si anak.
Oleh kerana itu sejak ada anak kecil, kami jarang shopping bersama dan memilih barang bersama.
Biasanya seorang akan jaga anak dan seorang lagi menjalankan misi shopping.
Saya terima hakikat ini kerana saya faham ini lah harga yang harus dibayar apabila ada anak kecil yang aktif.
BOLEH ELAK ANAK MENGAMUK KERANA BORING/ BOSAN
Kadang kadang rasa tak seronok pula shopping bersama berdua, tetapi anak pula menangis dan mengamuk kerana boring.
Akhirnya kami suami isteri juga akan bermasam muka gara-gara anak.
Sedangkan hakikatnya situasi itu masih boleh diuruskan dengan baik jika masing masing ada kerjasama dan memahami situasi yang masing masing sedang lalui.
Begitu juga di kedai makan.
Biasanya kami akan makan mengikut giliran. Apabila giliran saya makan, suami akan bawa anak jalan jalan dan saya akan makan dengan senang dan lapang.
Makan bersama anak kecil biasalah, pinggan kita ditarik, tudung kita pun kadang di sapu makanan.
Jadi, pada saya kaedah giliran ini sangat membantu saya dan suami untuk lebih enjoy dan tenang.
Sistem giliran ini sebenarnya memang saya aplikasikan dalam setiap tugas, bukan sekadar di kedai makan.
Kadang kadang kami ada giliran mandikan anak, giliran buat susu untuk anak dan banyak lagi giliran lain agar kedua duanya berkongsi tanggungjawab.
Apabila kedua dua belah pihak faham dan terima tanggungjawab mereka, masing masing akan mengalah dan bekerjasama agar tempoh mencabar dalam membesarkan anak dapat dilalui dengan lebih baik dan tenang.
Suami dan isteri harus merasa dan berbahagi kesusahan dalam proses membesarkan anak agar masing masing akan terus menghargai peranan pasangan.
Kebanyakan ibu suka lakukan tabiat merasa makanan terlebih dahulu sebelum disuap ke dalam mulut. Niatnya nak merasa makanan tersebut tak panas dan selamat dimakan oleh si kecil.
Tanpa sedar, rupanya tabiat tersebut boleh menyebabkan berlakuk pemindahan bakteria ke dalam mulut anak dan lagi teruk menyebabkan masalah kerosakan gigi. Itu antara punca mengapa ada ibu yang pelik kerana anaknya minum susu ibu tapi tetap ada masalah gigi rosak.
Baca lebih lanjut penjelasan yang dikongsikan oleh doktor pergigian, Dr Iqbal Rosli seperti dikongsi di laman facebooknya.
“Anak saya tidak minum dari botol susu. Cuma susu badan. Kenapa gigi rosak juga?”
Pertama, mari kita bezakan bagaimana mekanisme keduanya ketika anak minum susu. Semasa menyusu badan, anak akan memasukkan puting hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya. Tindakan itu akan meletakkan puting dan susu yang keluar jauh ke dalam mulut. Anak akan terus telan.
Berbeza dengan botol susu, tidak perlu memasukkan semua puting, susu sudah keluar. Walaupun tak dihisap, susu tetap akan menitik dan berpotensi untuk berkumpul di dalam mulut jika tak ditelan terutamanya sewaktu tidur.
Kedua, mari kita fahami bagaimana gigi rosak terjadi. Ada 4 faktor utama terjadinya karies gigi.
Gigi- gigi susu adalah lebih rapuh berbanding gigi kekal kerana lapisan enamelnya yang lebih nipis
Makanan- apa-apa sahaja yang masuk ke dalam mulut termasuklah susu
Bakteria- bakteria dari banyak sumber. Barang mainan yang dimasukkan ke dalam mulut, puting tiruan, tangan ibu bapa
Masa- jika gigi lama tak dibersihkan, perlahan-lahan proses karies akan berlaku
Ketiga, penting untuk kita fahami juga, susu ibu semata-mata tidak menyebabkan karies. Ada kajian menunjukkan kandungan dalam susu ibu baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi. Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang masih menyusu ibu selepas umur 2 tahun berpotensi mengalami kerosakan gigi lebih serius.
Seperti dalam point kedua, ada lagi faktor lain menyebabkan karies. Ibu-ibu bolehlah muhasabah dan re-check aktiviti seharian yang mungkin berkaitan dengan penjagaan gigi anak masing-masing.
Antara yang selalu terlepas ialah, apabila ibu-ibu merasa makanan dahulu sebelum menyuapkan ke dalam mulut si anak. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan menyumbang kepada kerosakan gigi.
Selain itu, bergantung semata-mata kepada susu ibu, dan tidak menggalakan pemakanan selepas umur 6 bulan, juga adalah tidak betul. Malah tidak baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi, dan juga perkembangan kesihatan anak secara amnya.
Keempat, sebab itu, hal paling utama dalam mengelakkan gigi rosak adalah penjagaan kesihatan gigi. Bagilah anak-anak susu ibu atau susu formula. Tapi sekiranya kebersihan gigi tak dititikberatkan, gigi tetap akan rosak juga.
Kelima, ketahuilah Puan-puan sekalian, komuniti doktor gigi tidak pernah menyalahkan penyusuan anak-anak sehingga menyebabkan gigi rosak. Sebaliknya, apabila tiada keseimbangan di antara penyusuan/pemakanan dan penjagaan kebersihan gigi, itulah punca utama gigi mudah dan cepat rosak.
Betul ke anak nombor dua selalu diabaikan? Tiba-tiba je entah kenapa hati saya jadi sebak teringatkan anak kedua saya ni, Muhammad Solahuddin.
Saya perasan sesuatu. Dia agak ‘ rebellious’ akhir akhir ini. Ye, memberontak! Bila saya kaji kaji balik, bukan sebab tak cukup kasih sayang tapi sebab kasih sayang yang diberikan tu tak seimbang.
Solahuddin ni anak kedua. Di atas ada kakak, di bawah ada adik. Perhatian dan kasih sayang saya mungkin ada 100% untuk mereka tapi 34% pada si kakak, 34% kepada si adik tapi pada anak yang di tengah cuma 32% je lah!
Rupanya betul, ada kajian yang dipanggil Birth Order and Delinquency : Evidence from Denmark and Florida pun menyebut bahawa anak kedua ni mungkin akan bersifat REBELLIOUS!
Mengikut kajian tu lagi, anak kedua ni akan mengalami masalah di sekolah 25% – 40% melebihi anak yang sulung!
Kenapa? Sebab anak kedua ni biasanya akan dapat KURANG PERHATIAN ( less attention) dibandingkan kakak dan adiknya yang lain!
Sebak!
Ya Allah. Ampuni lah kekhilafan hambaMu ni Ya Allah.
Bila dah sedar, insyaAllah kita boleh topup balik emosi anak yang sedang lopong tersebut. Caranya adalah:
+ Banyakkan kembali eye contact dengan anak kedua
+ Banyakkan kembali sentuhan seperti pelukan dan ciuman. Paling berkesan, gosok ubun ubun anak tu sebelum dia tidur
+ Bagitahu anak kita dengan jelas kalimat I LOVE U ataupun MAMA SAYANG KAMU
+ Kalau bergurau dengan anak sulung, kena bergurau sekali anak kedua dan adik adiknya
+ Ajar la ilmu ni pada suami sekali sebab suami la ketua dan kapten rumahtangga. Kalau isteri je bersungguh tak menjadi juga
p/s : Fuh. Kesilapan ni nampak je sederhana tapi efek pada anak boleh bawak sampai ke usia dewasa!