Ramai ibu bapa tertanya-tanya bila waktu sesuai nak pisahkan tempat tidur anak. Alasan yang selalu diberi anak tak mahu tidur kalau tak ada teman dan risau anak tidur sendirian.

Memang betul jika ibu bapa rasa risau tapi jika dah sampai umur yang sesuai, nak tak nak ibu bapa kena berkeras dan biasakan agar tak timbul perkara lain yang mungkin akan memberi kesan tak elok pada perkembangan anak.

Perkongsian dari Nieza Termizi mengenai bila waktu sesuai pisahkan tempat tidur dan bagaimana nak pastikan ia berjaya boleh ibu bapa praktikkan bermula dari sekarang.

Haritu ada seorang ibu tanya kat group fb, “Perlu ke pisahkan tempat tidur parents dengan anak-anak? Anak saya dah besar masih takut tidur sorang-sorang”

Lepas tu scroll baca komen. Ya allah.. ramainya mak mak belum pisahkan tempat tidur antara ibu bapa dan anak walaupun anak dah masuk sekolah rendah. Bukan sebab tak cukup bilik tapi belum ready, susah, fed up, anak takut, dah terbiasa, tak jadi hal tidur sekali sebab bilik besar dan macam-macam lagi.

Ada lagi parah, mak dah cuba nak pisahkan tempat tidur tapi ayah pulak hati tisu tak sampai hati. Siap angkat anak tidur atas katil sekali. Anak berumur 4-5 tahun.

Pisahkan Tempat Tidur Anak Seawal 3 Tahun. Bukan Kejam Tapi Jaga Aib Mak Ayah

Rupa-rupanya kesedaran kita untuk pisahkan tempat tidur dengan anak-anak masih rendah.

IKLAN

Risau sangat bila baca fakta yang didedahkan dan dikongsi di FB. Kanak-kanak tadika mula buat aksi seks dengan kawan sekelas. Bila ditanya puncanya, meniru aksi ibu bapa dalam bilik tidur. Allahuakbar! Kita sangka mereka tidur, tapi sebenarnya memerhati. Please ibu bapa. Tolong la ada common sense.

Ramai parents yang masih tercari-cari cara nak pisahkan tempat tidur dengan anak. Saya nak share sedikit berdasarkan pembacaan dan pengalaman.

1. Kerjasama mak dan ayah
Macam biasa, mak dan ayah kena ada persetujuan bersama sebab usaha ni apa yang penting? Yesss kerjasama! Janganlah ayah nak try, mak pula tak sampai hati. Halahaii..

2. Mulakan dengan tidur di bawah
Untuk bilik yang ada katil, mula-mula kita biasakan anak tidur di bawah. Bukan sama-sama dengan kita di atas katil. Bentang la toto ke, tilam ke dan mula latih mereka tidur. Yes, memang masih dalam bilik yang sama.

Pisahkan Tempat Tidur Anak Seawal 3 Tahun. Bukan Kejam Tapi Jaga Aib Mak Ayah

IKLAN

3. Hias bilik anak
Kanak-kanak ni biasanya excited bila ada bilik sendiri. Mungkin kita tak mampu nak deco bilik secantik bilik pameran IKEA. Memadailah kalau kita belikan katil kecil dengan tilam yang dibalut cadar superhero kegemaran mereka. Boleh tampal gambar dan hiasan bersesuaian di dinding.

Masukkan gambar comel mereka dalam frame. Susun baju dalam almari mereka sendiri, rak buku dan meja kecil. Di situlah mereka mula belajar untuk tidak masuk lagi bilik ibu bapa. Beraktiviti di bilik sendiri sampailah waktu tidur.

4. Bed time story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!

Pisahkan Tempat Tidur Anak Seawal 3 Tahun. Bukan Kejam Tapi Jaga Aib Mak Ayah

IKLAN

 

5. Teman mereka tidur kemudian…
Tutuplah lampu dan tidur bersama di bilik mereka. Tapi awas, tidur tidur ayam je. Bila anak dah mula lena, tinggalkan mereka dan kembali ke bilik anda. Keesokan harinya, kejut anak. Bila mereka sedar yang mereka tidur di bilik sendiri, lama kelamaan keyakinan diri mereka untuk tidur sendiri mula meningkat.

Ada juga kes, anak terjaga di tengah malam dan mula mengetuk pintu bilik kita. Jangan benarkan mereka tidur bersama. Again, kembali temani mereka di bilik mereka. Dan kembali semula ke bilik anda selepas mereka lena. Fuhhh..nampak macam complicated semacam kan. Itulah pengorbanan.

6. Didik anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.

Sebenarnya, usaha ni jadi lebih mudah jika anak-anak dah ada kakak atau abang yang lebih besar. Share room dari kecil, mereka lebih mudah berpisah tempat tidur dengan kita. Jangan lupa juga pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan yaa..

Sumber: Nieza Termizi

Kredit gambar: Google

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI