Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:
Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Ads
Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.
Negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum. KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.
Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
Ads
Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.
Kredit Foto: Bernama
Sekatan jalan raya mulai Rabu
Ads
Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.
Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.
Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.
Kredit Foto: Bernama & Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika berada di kediaman mereka di tingkat satu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan awal.
“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.
“Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri terbabit menggunakan serbuk soda yang dibeli secara dalam talian bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip sinki rumahnya yang tersumbat.
Katanya, siasatan masih dijalankan termasuk merekod keterangan ibu mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.
Anak perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra yang kini berusia 8 tahun meluahkan rasa rindu yang tiada penghujung buat arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin melalui sebuah nota ringkas.
Dalam nota tersebut tertera tulisan Talita “I Miss You Mummy”, saya rindukan mummy dan difahamkan nota tersebut ditulis di atas kertas ketika mereka sedang bercuti di sebuah pusat peranginan.
Talita kelihatan menahan sebak kerana terlalu rindukan arwah ibunya. Arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam jam 5.13 pagi, Ogos lalu.
Selepas menulis nota rindu tersebut, Talita kelihatan termenung dan kemudian mencium tudung milik arwah ibunya bagi melepaskan rindu.
Tambah nenek Talita, cucunya meninggalkan nota tersebut mungkin merasakan percutian kali ini tidak lengkap tanpa ibunya disisi.
“Ternampak Dekta tulis ayat ni 🥺 Ya Allah, luluh hati. Sebak. Mungkin dia rasa ralat bercuti kali ni tanpa ibu. Nampak dari cara pandangan talita sangat-sangat kerinduan.
Terima kasih pada yang mendoakan utk talita dan yang menhadiahkan Al-fatihah utk ibu (siti sarah raissuddin)”
Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut tidak dapat menahan sebak membayangkan satu-satunya anak perempuan Shuib merindui arwah ibunya.
Sedih tengok, moga terus kuat
Moga kuat sayang, mama tunggu dekat syurga
Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan 3 bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga beradik berusia antara lima hingga satu tahun kini mencari ibu kandung. Difahamkan ibu kandung yang bekerja sebagai jururawat itu di salah sebuah pusat perubatan swasta meninggalkan anak di rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja.
Bagaimanapun ibu kandung kanak-kanak tersebut gagal dihubungi walaupun berjanji untuk mengambil selepas selesai urusan bekerja.
Menerusi kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pencarian waris tiga beradik kandung bagi membantu anak-anak ini berjumpa semula ahli keluarganya.
PENCARIAN WARIS TIGA ORANG ADIK-BERADIK KANDUNG NAMA KANAK-KANAK: IAN EUSOFF BIN ABDULLAH (5 TAHUN) IMAAN ISABELA BINTI ABDULLAH (4 TAHUN) QASEH MARYAM INARA (1 TAHUN) PEGAWAI PELINDUNG : ENCIK SHUKOR SALLEH BIN LASLILE
Tiga kanak-kanak adik-beradik di atas telah dirujuk oleh pengasuh kanak-kanak yang dikenali dengan Puan Bibe yang tinggal di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.
Ibu kandung kanak-kanak telah meninggalkan 3 kanak-kanak sejak Mac 2022 dan telah gagal dihubungi selepas ibu kandung kanak-kanak berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas sahaja urusan pekerjaannya selesai.
Menurut pengasuh, ibu kandung dikenali dengan nama Aishah Irene, berusia 38 tahun dan pernah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta.
Tiga kanak-kanak ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri dan menyukarkan pengasuh untuk menguruskan kanak-kanak terutama berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak sehinggalah pengasuh membuat laporan polis perihal mengenai penyerahan kanak-kanak ke JKM untuk diberi perlindungan.
Sehubungan itu, Jabatan memohon agar ibu kandung kanak-kanak atau waris tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Encik Shukor Salleh bin Laslile di talian 03-26124000 atau e-mel shukor@jkm.gov.my bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.