Keibubapaan

“Please lah Rindu Mak”, Pertama Kali Hantar Anak Pada Pengasuh, Syafa Nisa Rasa Hiba!

Share

Selepas selesai berpantang dan bila mana ibu terpaksa kembali masuk kerja adalah saat yang paling menyentuh hati buat ibu. Mana tidaknya, selepas dua hingga tiga bulan bersama bayi dan kini terpaksa menyerahkan tanggungjawab itu seketika kerana terpaksa bekerja bukanlah satu yang mudah. Walaupun tidak lama, tetapi tetap terasa kesannya.

Hal inilah yang dilalui oleh pengacara, Syafa Nisa bila mana terpaksa menghantar anaknya ke rumah pengasuh kerana terpaksa bekerja.

Syafa selamat melahirkan bayi sulungnya itu pada 18 Disember tahun lalu. Kata Syafa, walaupun tempoh menghantar anak itu tidak lama namun ia tidak mudah.

Menangis hiba di dalam hati, kata Syafa berkongsi rasanya menerusi satu hantarannya di Instagram.

“Perasaan kali pertama hantar anak pergi pengasuh ni sama macam perasaan bila kena paksa pergi PLKN.

“Harap Takwa tahu mak menangis hiba dalam hati,” luahnya.

Bagaimanapun kata Syafa lagi, bayinya yang diberi nama cukup indah itu, Takwa Idraki itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja tanpa dibawah jagaannya.

Tidak sabar untuk untuk menunggu petang hari, begitu kongsi Syafa di Instagramnya.

“Tapi ibu dia hantar mesej tadi bro dah tidur, nampak sangat tak sentimental langsung.

“Please lah rindu Mak. Tak sabar nya bila nak petanggggggg arghhhhhhh,” luahnya.

Terdahulu, Syafa Nisa berkahwin dengan suaminya, Elmirezza Shafee pada September 2018 dan pada tanggal 18 Disember 2020 yang lalu, Takwa Idraki menjadi pelengkap bahagia mereka.

Artikel berkaitan: Indahnya Nama! Syafa Nisa Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Nama Takwa Idraki Jadi Pilihan Buat Cahaya Mata Sulung

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @nnisa.mo

IKLAN