Kalau sebelum ni, kita buat tauhu bergedil ini kita ganti dengan kulit popia. Rangup kulit popia rasa inti daging memang puas bila makan. Kalau cicah sambal kicap pun sedap kan. Jom cuba resipi ni!
Resipi kek viral, Thai Premium Butter Cake yang satu ini anda perlu cuba. Mana taknya, sekali makan terus cair di mulut. Nikmat dan mewah sekali. Sedap terlebih.
Nak tahu macam mana caranya? Jom cuba resipi perkongsian Norizan Abdullah ini. Memang sedap!
Ini antara Thai Premium Butter Cake yang saya buat. Saya masih belajar lagi, pelan-pelan saya kayuh.
Resepi Thai Premium Butter Cake
Bahan-bahannya :
250gram Butter Lurpak (salted)
265gram Tepung Superfine – diayak
140gram Gula Kastor (nak guna Gula Icing pun ok je)
1 sudu teh Creamy Vanilla Essence
310gram Telor saiz A – kocak semua macam nak buat telor dadar, lepas tu timbang
½ sudu besar Baking Powder – diayak
30gram Ovallete special (nak guna Ovallete biasa ok je)
105gram susu segar FULL CREAM KOTAK
Untuk perisa pandan Coconut : 1 sudu teh Pandan Coconut Emulco. Titiskan pewarna hijau sedikit. Gantikan susu full cream kepada santan. Timbang 105gram santan ye. Saya guna santan S&P Santan Pandan Kelapa.
Mix butter, gula kastor dan ovallete selama 10 minit atau sehingga putih gebu. Pastikan rajin scrap gula dan butter dalam proses mix 3 bahan ni ye supaya sebati.
Lepas adunan putih gebu, masukkan telur ke dalam adunan tadi sikit demi sedikit. Mix sekejap adunan telor tadi.
Satukan bahan-bahan yang telah diayak tadi ke dalam mangkuk.
Saya masukkan Creamy Vanilla essence, pandan coconut emulco dan pewarna Hijau hanya guna whisker sahaja.
Dengan menggunakan whisker, masukkan tepung superfinem, baking powder berselang seli dengan susu full cream/santan ke dalam bancuhan yang telah di-mix tadi.
Bila semua dah sebati, masukkan bancuhan ke dalam loyang saiz 8inc. Hentak-hentakkan loyang untuk buang bubble yang ada.
Cara bakar Thai Premium Butter Cake Ambil tuala bersih, basahkan dan perah kain tadi agak-agak air tidak menitis. Letakkan di atas tray. Lepas tu letakkan loyang ke atas tray yang dilapik kain basah tadi.
Cara ke dua : Letakkan tisu dalam 8 keping ke dalam tray dan basahkan dengan air. Tekap tisu supaya semua tisu basah dengan air. Buang lebihan air jika terdapat lebihan air.
Lepas tu letakkan loyang ke atas tray yang dilapik tisu basah tadi.
Suhu saya api atas bawah 150° – 60 minit. Lepas tu saya rotate kan tray dan turunkan suhu ke 140° dan sambung bakar lagi 30 minit. Off kipas oven.
Bakar kek ikut kesesuaian oven masing-masing ye. Bila kek dah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan sebentar.
Lepas tu wrap dengan cling wrap dan masukkan dalam chiller semalaman atau 6 jam. Esoknya baru potong.
Untuk potongan yang cantik, potong cake masa sedang sejuk ye. Siap potong, wrap semula dengan cling wrap dan simpan dalam chiller semula.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Esok kita semua akan menyambut hari raya pertama Syawal. Terujanya! Biarpun terpaksa beraya di bandar, tak boleh pulang ke kampung kerana ujian COVID-19, kita masih boleh memeriahkan suasana berhari raya dengan cara sendiri. Kalau difikirkan secara positif, rupanya kita akan ada lebih banyak masa dengan keluarga sendiri.
Menu wajib yang perlu ada untuk beraya adalah rendang. Tak kisahlah rendang ayam atau rendang daging, tapi mesti ada! Resipi rendang negeri Perak ini dikongsikan oleh Ameera. Tak perlu tumis-tumis guna minyak, leburkan saja semua bahan dalam kuali. Sesuai untuk orang yang baru nak belajar ‘merendang’.
Ikuti perkongsian resipinya ini:
RENDANG AYAM ORANG PERAK
Rendang ayam maveles by ibu
Special nya rendang ayam ibu ni, ibu masak tanpa menggunakan minyak masak.
Masuk sahaja kesemua bahan dan masak terus.
Cepat dan sedap!
Bahan bahan dan caranya semua digambar ye.
Sedap pasti nak lagi. Pekena pula dengan lemang. Pergghhhhh
Selamat mencuba gais.
Rendang orang Perak.
Bahan-bahan: 2 ekor ayam } cuci bersih 5 batang serai 1 labu bawang putih 4 biji bawang besar Halia, kunyit hidup dan lengkuas } rujuk gambar
Cili kering kisar 3 keping asam keping Sedikit kerisik 2 sudu besar gula Garam Daun limau purut
Cara Membuat: 1. Kisar semua bahan.
2. Letakkan semua ayam ke dalam kuali.
3. Tuangkan semua bahan kisar tadi ke dalam kuali.
4. Masukkan dua sudu cili kering kisar (nak pedas letak 3 atau 4 sudu. 2 sudu sukatan ni ngam ngam dah, anak pun boleh makan).
5. Masukkan pula 3 keping asam keping.
6. Biarkan masak selama 20 minit.
7. Bila ayam dah nampak masak, perlahankan sekejap apinya.
8. Tambahkan kerisik ke dalam rendang (pastikan kerisik tak berbau hapak ye, nanti tak sedap rendang ayam).
9. Gaul sebati, kemudian tambahkan 2 sudu gula dan 1 sudu garam.
10. Masukkan pula santan.
11. Dah nampak kering sikit, masukkan daun limau purut 2 helai (buang urat tengah pada daun supaya tak pahit). Kemudian masukkan pula daun kunyit yang diracik halus.
12. Biarkan rendang atas api perlahan selama 10 minit untuk masak sepenuhnya.
Bosan menikmati air bancuhan biasa untuk berbuka puasa, apa kata cuba kopi ais pula untuk berbuka nanti. Menikmati secawan kopi ais yang kaw-kaw rupanya memerlukan teknik dan cara bancuhan yang tepat. Barulah rasanya sedap, likat dan padu.
Nak tahu cara sukatan yang betul dan rasa terbaik, Ben Safwan kongsikan resipi paling ringkas dengan sukatan yang tepat untuk dapatkan rasa kaw-kaw. Ini sukatannya! Jom cuba!
Nampaknya banyak jasa jug Ben tu. Hee serbuk kopi premium Ben guna tu warna hitam dia tak terlalu terang. Sebab pilih yang roasted sederhana.
2 sudu makan serbuk kopi
1/2 cawan air mendidih
1 cawan susu cair
1/2 tin susu pekat
Ais secukupnya
Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.
Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.
Isi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh.
Simpan dalam freezer. Sukatan untuk 1.6 liter.
Sedap kaw kaw.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.