Popia Sira Sambal Manis, sesuai sangat untuk dijadikan menu minum petang ataupun sarapan untuk keluarga kita. Bagi memastikan hidangan popia sira terhidang kekal rangup, ada rahsia dan resipinya yang tersendiri. Nak tahu, ikut sahaja perkongsian resipi daripada Hazirah Zaihan ini untuk dijadikan sebagai panduan.
Ternyata, menu yang dikongsikan olehnya nampak begitu rangup dan menyelerakan!
1.Panaskan minyak tumis udang geragau sebentar lepastu tumis sekali dengan bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula. Goreng sekejap bagi sekata tutup api. Tos kan bagi kluar minyak dan air.
2.Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata masukkan gula. Tumis sampai berbuih letak bijan kacau-kacau. Tutup api biarkan sejuk.
3.Bila inti dah sejuk boleh la balut dengan kulit popia. Goreng dengan minyak banyak, api sederhana. Jangan terlalu kuat. Siap goreng. Sejukkan sebentar.
Akhir sekali gaul popia dengan sambal sira tadi. Tabur bawang goreng, siap untuk dihidangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lempeng adalah makanan tradisi kita sejak dulu. Bukan kita orang dewasa sahaja yang gemarkan lempeng ini, anak-anak juga jika kena pada seleranya, makan bertambahlah jawabnya. Buntu untuk menyediakan sarapan terbaik buat anak, apa kata mama cuba lempeng tradisi yang satu ini.
Lempeng tradisi yang disediakan oleh Puan Umairah Jamaah ini disediakan daripada tepung atta. Katanya penggunaan tepung atta ini lebih sedap berbanding tepung gandum biasa. Paling penting ia kaya dengan fiber atau serat yang baik untuk kita dan anak-anak. Tak perlukan tepung gandum, jom cuba gunakan tepung atta pula.
Menu sempoi tak lekang dek zaman. Anak-anak pun suka. (garam dan gula tidak perlu untuk anak-anak bawah 2 tahun). Menu legend dan sempoi untuk sarapan dan kudapan petang. Sesuai untuk seisi keluarga.
Kali ini Kak Mai gunakan tepung atta. Lagi sedap berbanding guna tepung gandum. Tepung atta bagi lempeng rasa lebih kick sebab tepung ini kaya dengan rasa. Banyak kelebihan tepung atta. Antaranya kaya dengan fiber. Bantu kita lebih kenyang. Sejenis tepung yang tiada agent peluntur.
Ini bahan-bahan yang Kak Mai gunakan. Kita guna bahan yang mudah saja.
2 cawan tepung atta
1 cawan kelapa (nak letak extra pun boleh saja)
Sedikit garam (anak usia bawah 2 tahun tidak perlu)
1-2 cawan air.
Jom kita ke dapur. Inilah tepung atta, kelapa, dan sedikit garam.
Gaul sekejap bagi rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit. Ini Muhaimin yang tolong tuang. Dia tuang sekali gus terus. Tak sempat suruh stop. Dah siap bancuh. Tebar atas kuali pemanggang / kuali ajaib kalau ada. Kak Mai letak dua sudu minyak kat dalam bancuhan sesiap. Sebelum masak atas kuali.
Beginilah dia bila dah siap. Letak pisang pun awesome tau. Buat tau nanti. Kejadian bila dah siap. Tabur gula merah / madu pun sedap. Anak-anak suka makan begitu saja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masuk hari keenam kita beraya pastinya kita sudah mula jemu dengan juadah raya. Apa kata kita cuba resipi Ayam Geprek oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini pula untuk ubah selera.
Paling menarik pastinya cara pembuatan ayam geprek yang buat ayam lebih rangup daripada biasa. Sedap dan mudah. Jom cuba!
Hari ni masih cuti, tapi tak mahu makan lauk Raya dah. Masak lauk yang mudah, yang tak leceh. Ayam Geprek sahaja dah lah. Lagipun, hidangan ni kira hidangan lengkap, siap ada sayur lagi.
Ayam Geprek by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (2 orang makan)
2 bahagian peha serta pinggul ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 keping tempe
2 keping tauhu
2 biji limau kasturi
2 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 genggam kacang gajus/tanah
1 sudu kecil minyak bijan
1-2 batang kacang panjang
Gula dan dan garam secukupnya
Ayam ni bahagian pinggul dan paha. Saya dah buang tulang sebab nak elakkan ayam tak masak. Kalau pergi pasar, boleh minta penjual ayam tu buangkan. Cakap pada dia potong potongan chicken chop.
Ni bahan-bahan untuk saluran tepung. Saya guna tepung gandum, tepung jagung, paprika, kunyit jintan, dan garam. Kalau nak tambah rempah lain seperti lada hitam, serbuk jintan dan sebagainya, silakan.
Letak ayam atas campuran bahan salutan tepung yang telah digaul sebati.
Kemudian kambus ayam tu! Tepuk-tepuk sikit. Urut-urut ayam bersama tepung. Dan angkat ayam keluar.
Sekarang celup sekilas dalam air sejuk. Ada orang guna telur. Saya pakai air je. Terpulang kalian nak ikut yang mana. Proses ni untuk dapatkan salutan tepung yang lebih tebal.
Golek lagi atas tepung tadi. Tepuk lagi. Urut lagi. Nanti akan dapat salutan tepung yang tebal.
Ni kira dah OK. Kalau nak tebal lagi, boleh celup air lagi, kemudian salut lagi tepung ni.
Dah puas bedakkan ayam. Masuk dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng 5 minit setiap sisi, atau sampai kau orang yakin ayam dah masak.
Nampak ni! Gebu dan rangup. Warna pun cantik. Ada sikit macam ayam KFC. Yang ori, bukan yang spicy. Apapun, jangan tunjuk anak-anak! Nanti tak sempat jadi ayam geprek!
OK ni bahan nak buat sambal dia. Cantik tak cobek ni? Bilangan cili terpulang pada citarasa masing-masing. Nak pedas berapi letak banyak. Bahan ni kita potong dan goreng sekejap.
Lepas tu kita ulek-ulek lah bahan-bahan tadi dah nampak lumat sikit, letaklah garam, gula (atau gula melaka), dan sedikit minyak bijan. Seimbangkan semuanya.
Akhir sekali perah jus limau kasturi! OK dah siap sambalnya. Sekarang dah boleh hidang!
Potong ayam. Lumur sambal. Susun tempe goreng dan kacang panjang yang telah dicelur. Perah limau kasturi sebagai pembangkit selera. Mencurah air liur dah ni. Ayam rangup, sambal pedas, limau masam. Syurga!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang pernah mencuba gabungan kek pisang coklat pasti amat merindukan rasanya yang cukup enak. Gabungan yang cukup sebati. Terasa-rasa coklat dan kemanisan pisang yang membuatkan rasa kek lebih bangkit. Apa lagi kala dimakan ketika waktu panas.
Kek Pisang Dua Benua ini juga nampak cukup sedap. Masih digabungkan tetapi dipisahkan di dalam satu acuan. Cukup unik tapi rasanya cukup enak. Nak cuba? Jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Pn Afieyza Isahak ini. Terbaik!
Alhamdulillah. Sedap makan panas-panas. Sebelum ni biasa buat yang original dan nestum. Belum pernah campur serbuk koko. Bagi Cik Fieyza, rasanya lebih sedap. Untuk permukaan atas, memang tambah masa untuk bagi lebih garing. Suka. Cik Fieyza kongsi resipi di bawah andai ada yang belum pernah cuba buat.
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang berangan yg telah dilecek
Bahan C:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder Ayak dulu.
Pukul hingga kembang bahan A.
Sebatikan bahan B dan kemudian masukkan ke dalam adunan bahan A. Kacau sebati.
Ayak bahan C dan kaup balikkan hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian biarkan plain, 1 bahagian lagi campurkan 2 sudu besar serbuk koko dan biskut oreo yang telah dihancurkan.
Loyang 8″X8″ alas dengan baking paper. Tuang adunan dalam loyang. Hias ikut suka.
Bakar suhu 180 api atas bawah 45 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.