Tidur meniarap sebenarnya bukan posisi tidur yang sesuai untuk bayi kecil anda. Tetapi ia menjadi satu kebiasaan apabila ramai ibu yang mengiayakan perkara ini kerana berpendapat bayi akan tidur lebih lena.
Perlu diketahui seperti yang dibincangkan dalam zuriat.my jika waktu anda tidak sedar, bayi berisiko untuk mengalami situasi yang sukar dijangka. Antaranya adalah:
Muka bayi boleh tersembam
Biasanya bayi yang tidur meniarap, kedudukan kepalanya akan berubah-ubah. Tidak mustahil untuk bayi tertutup muka sendiri. Pada umur yang baru sahaja beberapa bulan, tulang mereka masih belum kuat dan tidak berupaya untuk mengangkat kepala semula andai mukanya tersembam.
Apabila tersembam, bayi tidak boleh minta tolong kerana mereka masih belum dapat bercakap. Sekiranya tersembam dan tiada orang terdekat berhampiran dengannya untuk membetulkan kepala, adalah sangat bahaya dan boleh menyukarkan pernafasan.
Ads
Bayi susah bernafas
Apabila bayi tidur meniarap, akan berlaku tekanan di bahagian rahang bayi. Keadaan ini boleh menyempitkan saluran pernafasan dan menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi juga boleh mengalami kesukaran untuk bernafas sekiranya mereka tersembam semasa tidur.
Risiko Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Bagi kes seperti ini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda sakit ataupun tidak sihat. Bagaimanapun posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian seperti ini.
Ads
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Untuk kes sebegini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit ataupun tidak sihat. Posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian bayi sebegini.
Bagi mengatasi kerisauan berkenaan tidur bayi ini, Akademi Pediatrik Amerika telah mencadangkan posisi tidur telentang sebagai posisi tidur yang terbaik bagi bayi pada tahun 1992. Semenjak posisi tidur telentang dicadangkan, kes kematian bayi secara mengejut (SIDS) direkodkan berkurang sehingga 50%.
Ads
Bagi kes-kes bayi tertentu seperti yang mempunyai masalah kecacatan di bahagian kepala ataupun mempunyai risiko pernafasan tersekat disebabkan oleh lidah yang besar, posisi tidur telentang ini dikecualikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan kesibukkan kita membuatkan kita memilih makanan proses seperti nugget dan sosej untuk anak tanpa kita ketahui makanan yang diproses ini cukup bahaya pada anak kita. Sibuk macam mana pun elakkan beri sosej. Kenapa?
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, anak-anak yang kerap kali diberikan makanan dengan daging yang diproses ini cenderung untuk berdepan dengan risiko kanser usus! Bukan main-main, ini fakta yang dikongsikan olehnya.
Punyalah seronok tengok si kecil tu duk kunyah-kunyah sosej. Lepas habis telan sebatang sosej, dia mintak sebatang lagi.
Nampak kemain berselera. Tapi rupanya yang kita suap tu makanan berisiko tinggi untuk akibatkan dia dapat penyakit kanser usus. Saya faham je ramai parents yang rasa tu antara yang paling mudah nak prepare. Kita kan sibuk.
Kadang pagi-pagi tu bila nak cepat sampai kat tempat kerja, kita pun rebus, tak pun goreng je hotdog atau sosej ni masuk dalam bekal breakfast anak kita tu.
Padahal The International Agency for Research on Cancer (IARC), salah satu agency kat bawah WHO, dah pernah keluarkan amaran tentang bahaya daging yang diproses macam ni.
Ikutkan kajian yang mereka jumpa, jika anak kita tu makan 50 gram processed meat setiap hari, risiko untuk diserang masalah kanser usus sampaikan berak berdarah, berak jadi tak menentu, kerap sakit perut dan sembelit ni akan meningkat sebanyak 18%.
Tahu tak 50 gram tu banyak mana? 50 gram tu sebenarnya bersamaan dengan sebatang sosej tu je. Dan selalunya si kecil tu tak kan cukup kalau setakat dapat makan sebatang. Mesti nak lagi. Saya beritahu info ni supaya kita semua pakat beringat.
Risau kalau kita terlepas pandang untuk jaga betul-betul bab makan anak kita tu sebab kebelakangan ni saya perasan yang saya jumpa makin ramai orang muda yang disahkan menghidap kanser masa bertugas kat hospital.
Baru-baru ni pun satu dunia terkejut dan tak sangka langsung bila seorang pelakon popular Black Panther, meninggal dunia akibat diserang penyakit kanser usus ni.
Tolong #share info penting ni pada pasangan dan pengasuh yang jaga anak kita jugak ye. Tak semua makanan yang nampak sedap tu selamat untuk keluarga kita.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Detik yang sungguh bermakna! Mungkin inilah ungkapan yang bersesuaian apabila melihat seorang bayi yang mengalami masalah pendengaran mendengar suara ibunya buat kali pertama.
Tersenyum lebar saat namanya dipanggil ibu, itulah Harrison Rex di dalam video tular semasa usianya enam minggu.
Menurut Daily Mail, keluarga kanak-kanak itu mengetahui keadaan bayi berkenaan ketika usianya baru 14 jam selepas kelahiran.
Pasangan Eisha-Marie Stone dan suaminya, Chris Rex dari Perth telah bekerja keras untuk mencari rawatan buat bayi berkenaan. Usaha mereka berhasil apabila kanak-kanak itu menerima alat pendengaran pertamanya pada usia enam minggu, tulis portal itu.
Dalam video dikongsikan, Marie memanggil nama anaknya, sejurus selepas itu kelihatan reaksi Harrison yang tersenyum lebar.
“Saya tidak sangka reaksi emosi yang cukup besar dari seorang bayi berusia enam minggu setengah,” katanya.
“Sejujurnya, saya masih dalam penafian mengenai kekurangannya, sehinggalah saat ini. Kebahagiaan hakiki yang lahir dari si kecil ini adalah satu pengalaman menakjubkan,” tambah wanita itu.
VIDEO:
Jelasnya, dia gigih mencari bantuan buat Harrison melalui Google dan Facebook sebelum akhirnya dia menemui sebuah program untuk belajar mendengar dan bercakap, iaitu Telethon Speech and Hearing.
Pada usia empat bulan, kanak-kanak itu mula menjalani terapi dan kini pada usianya dua tahun, Harrison sudah boleh menghasilkan ayat dan bercakap seperti kanak-kanak seusianya, tulis portal itu.
Air selusuh diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu. Benarkah akar fatimah mempercepatkan proses kelahiran?
SELUSUH YANG MELIBATKAN HANYA AIR KOSONG DENGAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN DAN DOA, SEPATUTNYA TIADA MASALAH UNTUK DIAMALKAN. ADA BEZA TU, DOA DAN JAMPI YANG BUKAN-BUKAN. JANGAN KELIRU!
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang mungkin tidak saya ketahui.
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim.
Ia merbahaya kerana jumlah dos untuk menggalakkan kontraksi ini tidak dapat diketahui berbanding hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dosnya dan diubah mengikut keperluan pesakit. Ia juga tidak diberikan kepada si ibu sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.
Ikuti penerangan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kehamilan & Kesihatan Wanita, tentang isu ini.
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini sepanjang berkhidmat di bidang ini yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya TIDAK menggalakkan penggunaan air selusuh yg menggunakan bahan-ibu seperti yang saya nyatakan tadi. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menggalakkan penggunaannya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
IBU BERPUASA
PERTAMA : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada ibu.
AIR SELUSUH ‘PAKSA’ PINTU RAHIM
KEDUA : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Bukan kepalang sakitnya. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa.
Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat, berjam jam lamanya.
KONTRAKSI YANG KERAP KETIKA BERSALIN AKIBAT AIR SELUSUH INI KADANGKALA MENYEBABKAN PEREDARAN DARAH PADA BAYI TERGANGGU DAN BOLEH MENGAKIBATKAN BAYI LEMAS SECARA TIDAK SEMENA-MENA.
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut.
Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ADA untuk kita.
KONTRAKSI ‘TERPAKSA’, SAKITNYA BUKAN MAIN!
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.
SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN.
Semoga dengan penerangan dari Dr Izzat ini dapat memberi penjelasan kepada para ibu yang sedang ‘menunggu hari’ tentang penggunaan air selusuh untuk melancarkan proses kelahiran. Elakkan meminumnya untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan. Sebaiknya apabila datang kontraksi atau sebarang tanda untuk melahirkan, segeralah ke hospital untuk pemerhatian doktor dan jururawat berpengalaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...