Potato Churros Homemade Versi Bayi, Tak Ada Nozzel Pakai Piping Beg Pun Ok!

Share

Bagi menghasilkan satu-satu resipi untuk anak sebenarnya tidak perlukan kesempurnaan. Cukup lengkap nutrisi, kawal garam dan gulanya dan anak senang untuk makan, itu sudah memadai.

Jadi mama jangan terlampau stress hendak menghasilkan yang terbaik buat anak kecil kita. Anak sebenarnya tidak pandai memilih, kita yang tentukan apa anak perlu makan. Jadi jangan stress!

Resipi Potato Churros Homemade yang dihasilkan ibu ini, Puan Safwah Abd Sani tidaklah sama seperti rupa Churros sebenarnya tetapi rasanya amatlah enak dan sama. Paling penting anak-anak suka.

Potato Churros Homemade yang lembut dan gebu. Dah lama umi tak kongsikan resepi untuk Atiq kan? Kali ni umi buatkan Potato Churros yang gebu untuk Atiq. Percaya tak, hanya guna 3 bahan utama saja? Memang senang yakmat!

Bahan-bahan:
2 biji kentang sederhana besar
Chicken stock (homemade)
2 sudu besar tepung jagung

1. Kupas kentang, potong dadu. Rebuskan kentang bersama chicken stock. Rebus sehingga empuk.

2. Lenyekkan kentang sampai hancur.

3. Campurkan kentang dengan 2 sudu tepung jagung.

4. Masukkan dalam piping bag. Guntingkan di hujung piping bag, picitkan dan mula menggoreng.

5. Dah siap!


Umi tiada nozel untuk churros, jadi guna piping bag yang biasa saja. Rasanya memang sedap, sebab dah direbus bersama chicken stock.

Sesuai untuk dijadikan finger food, sebab ianya tak keras. Yang penting, boleh ketagih makan. Satu tak cukup.

IKLAN