Potato Stick Menu Simple, Senang Disediakan Dan Cukup Nutrisi Untuk Anak

Share

Hari-hari asyik makan makanan yang sama boleh buat anak cepat bosan dan tak mahu makan. Apa salahnya jika ubah sikit menu biasa kepada yang dapat tarik minat anak makan.

Paling penting semua khasiat lengkap dalam satu menu dan mudah nak disediakan.

Seperti yang dikongsikan oleh Puan Aza Arif, resipi potato stick ini memberi selera anaknya makan dan boleh jadi pengganti nasi.

Potato stick

➡️Kentang 2 biji
➡️Bwg putih 2 ulas ditumbuk
➡️carrot celur skjp
➡️daun bawang cincang halus
➡️Tepung jagung 4 sudu besar
➡️cream cheese
➡️garlic powder
➡️chicken powder

▶️rebus kentang bersama bwg putih tumbuk td sehingga lembut
▶️dh lmbut agkt kentang tggu sejuk dulu kemudian boleh lenyek
▶️carrot yg dicelur td dicincang halus

▶️next cmpur smua bhn2 & uli smpai kental / menjadi doh
▶️kemudian bntukkan adunan td menjadi bntuk stick
▶️boleh freeze skjp/ nk goreng terus pun boleh
▶️goreng guna pure olive oil / mnyk biasa, balik2kn, bila dh brown boleh agkt & tos
▶️ siap ! Dh boleh hidang

Ps: Adunan mstilah betul2 kental utk elak stick kentang pecah/hancur waktu menggoreng & kalau adunan lembik boleh tmbh tepung lg.

Sumber: Aza Arif via Geng Memasak Untuk Anak

 

IKLAN