Memang didikan yang baik! Perkongsian seorang bapa yang menerima mesej anaknya yang mahu elaun belanja hariannya dipotong semata-mata menggantikan duit ibunya yang terlebih belanja ini sememangnya harus diberikan pujian.
Bimbang menggunakan duit ibunya, anak kecil itu dengan rasa bersalah sanggup menyekat belanja harianya demi ibunya.
Melalui Facebooknya, seorang bapa yang dikenali sebagai Edi Arjuna Pencerita berkongsi cerita. Baginya bukan untuk bermegah atau berbangga jauh sekali mengharapkan pujian namun hati kecil seorang ayah cukup berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh seorang anak.
Anak-anak kita juga seharusnya diajar sebegitu. Biar mereka tahu bahawa betapa sukarnya untuk kita berjuang demi membesarkan mereka.
Anak aku yang sulong ni dah 2 hari ada di Bukit Jalil, jadi wakil sekolah dia untuk pertandingan Techlympic peringkat kebangsaan. Dia mintak ibu dia pi tengok pertandingan tu, nak ada semangat ibu. Aku pula kena jadi wakil dia di anugerah kecemerlangan kat sekolah dia kelmarin.
Semalam, masa tengah bina model, banyak barang yang tak cukup. Penganjur sediakan yang asas ja, yang lain-lain peserta kena usahakan sendiri. Pihak sekolah cuma sponsor transport, makan dan penginapan. Mujoq jugak ibu dia ada sana boleh tolong belikan barang.
Dah habis beli, dia terkejut tengok kos dah melebihi budget yang aku bagi kat dia. Memang terpaksa guna duit ibu dia la. Duit yang ibu dia guna tu aku bagi untuk ibu dia buat belanja.
Ads
Jadi, dia wasap aku dengan penuh rasa bersalah. Suruh aku ganti duit ibu dengan duit sekolah dia selama 2 bulan 😅. Adoi laa…
Macam lawak pun ada budak ni, tapi terasa sebak juga dada seorang ayah. Bila anak cakap macam ni, ertinya anak tu faham susah payah ibu dan ayah dia. Anak tu tahu ayahnya bukan orang senang, anak tu mengerti betapa susahnya nak cari duit demi kejayaan anak anak. Ayah-ayah kita dulu pun macam ni.
Pernah kita nampak ayah melengung sebab tak ada duit? Pernah kita nampak ayah pening fikirkan duit sekolah anak? Pernah kita nampak ayah tak tidur memikirkan esok nak bagi anak makan apa? Pernah kita nampak keringat ayah jatuh ke tanah? Pernah kita sedar ayah menangis atas sejadah memohon rezeki dari Allah?
Jarang jarang kita nampak semua tu. Ayah pandai sorok kesusahan dia. Yang kita tahu, mintak ja ayah bagi, sebut ja ayah hulur. Ketat macam mana pun ayah usahakan juga. Ayah letak keperluan dia pada carta paling belakang, keperluan dan kejayaan anak mesti letak di depan.
Ads
Anak… Ayah dan ibu tak minta ganti dengan wang ringgit. Ayah dan ibu cuma nak kamu ganti dengan berusaha bersungguh sungguh. Berjaya atau tidak, itu perkara nombor dua. Kesungguhan kamu yang perlu dibuktikan dulu. Kerana pengorbanan ayah dan ibu bukan untuk diri kami sendiri, tapi untuk masa depan kamu.
Jangan risaukan rezeki ayah ibu. Kerana Tuhan dah janjikan rezeki kami, begitu juga Tuhan dah janjikan rezeki kamu. Moga beroleh kejayaan buat anak anak kita semua 🤲
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Pada hari Isnin yang lepas, Datin Sri Nur Shahida telah memuat hantaran untuk berkongsi berita kelahiran bayinya yang keenam. Bersalin secara normal, dia turut berkongsi pengalaman yang sedikit berbeza berbanding anak-anaknya yang lain.
Sumber foto: Instagram Datin Nur Shahida
Menurut isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Sri Aliff Syukri ini, kehamilan kali ini banyak dugaannya. Pernah mengalami pendarahan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital namun Datin Shahida dan bayinya kuat menempuh tempoh kehamilan sehingga tiba waktu bersalin.
Datin Shahida berkongsi tentang kelahiran kali ini agak sukar kerana doktor terpaksa berdepan dengan situasi bayinya yang keluar bahagian tangan terlebih dahulu. Biarpun sudah berusaha untuk cuba memasukkan kembali, tetapi keadaan tetap sama.
Sumber foto: Instagram Datin Nur Shahida
Syukur selepas menempuh proses kelahiran yang agak rumit, kedua-dua ibu dan bayi sihat bahkan Datin Shahida kelihatan masih bertenaga untuk berkongsi tentang pengalamannya itu. Bayinya itu telah dilahirkan pada jam 2.40 petang selepas Datin Shahida menahan sakit sehingga tujuh jam.
Terbaharu, Datin Shahida telah berkongsi foto anaknya beserta kapsyen untuk mengumumkan nama anak keenam dia dan suami. Untuk pengetahuan, nama anak keenama pasangan bahagia ini adalah Luqman Al-Hakim bin Aliff Syukri.
Antara komen yang ada;
Pilihan nama sangat indah dan membawa pengertian yang baik. Semoga Datin Shahida segera pulih selepas melahirkan bayinya itu dan Luqman pula membesar dengan sihat.
Di sebuah apartmen kecil di Mumbai, India terdapat seorang lelaki berusia 55 tahun, Anup Kumar Nair, ditemui dalam keadaan menyayat hati. Rambutnya kusut panjang, kulit menggelap, kakinya dijangkiti, dan rumah yang dipenuhi longgokan sampah. Selama tiga tahun, dia tidak pernah keluar rumah. Tidak jumpa sesiapa. Tidak sentuh dunia luar. Hanya dirinya dan kesunyian yang menjerut jiwa.
Punca? Kehilangan tiga insan paling dekat dalam hidupnya iaitu ibu, bapa dan abang. Sejak mereka meninggal dunia pada tahun 2022, Anup tidak pernah sembuh. Kesedihan yang tak terluah itu perlahan-lahan membina dinding yang mengurungnya dari dunia. Dinding itu bukan dari batu bata, tapi dari emosi yang menyesakkan.
Anup, seorang bekas juruteknik komputer, hidup sepenuhnya dalam pengasingan. Setiap hari, dia hanya berurusan dengan penghantar makanan yang menghantar pesanan ke depan pintu. Itulah satu-satunya interaksi dengan manusia. Dia tidak mandi, tidak membersihkan rumah, malah tidak tidur di katil yang sudah lama rosak sebaliknya lena di kerusi yang sama setiap malam.
Baru-baru ini, setelah hampir tiga tahun ‘menghilang’, Anup akhirnya dijumpai oleh NGO SEAL. Mereka datang selepas menerima laporan dan terkejut melihat keadaan beliau yang uzur dan terabai. Pasukan itu mengambil masa untuk memujuk, membersihkan tubuhnya, dan membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan fizikal dan mental.
Kes Anup membongkar satu realiti pedih yang jarang dibicarakan seperti bagaimana kemurungan selepas kehilangan boleh menghancurkan seseorang secara perlahan dan senyap. Ia bukan sekadar ‘sedih biasa’. Ia sebuah trauma dalaman yang mampu melumpuhkan seluruh fungsi hidup seperti makan, tidur, bergaul, malah menjaga diri sendiri pun terasa mustahil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka bakat anak kecil yang dulunya mempunyai masalah speech delay punya bakat luar biasa menghasilkan tulisan kaligrafi seperti pakar.
Tulisan kaligrafi indah seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mencuri perhatian ramai apabila hasil tangan halusnya dalam menyalin ayat-ayat suci al-Quran tular di media sosial.
Menurut perkongsian ibunya, Syina Hakim, bakat anak kecilnya, Aiman untuk menulis tulisan-tulisan kaligrafi bermula sejak kecil lagi.
“Alhamdulillah, anak soleh abah dan mama memang minat tulis ayat-ayat suci al-Quran sejak mengenal alif ba ta…sekarang suka salin ayat al-Quran,” tulisnya ringkas.
Keistimewaan Aiman bukan hanya pada minatnya yang mendalam terhadap ayat-ayat suci, tetapi juga pada kehalusan dan ketelitian tulisan tangannya yang membuatkan ramai terpesona.
Tulisan Jawi yang disalin olehnya kelihatan seakan ditulis oleh seorang pakar khat profesional, malah ramai orang dewasa mengakui tidak mampu menghasilkan tulisan seindah itu.
Tidak hairanlah warga maya yang tidak putus-putus meluahkan rasa kagum dan mendoakan kejayaannya.
Diuji speech delay waktu kecil
Aiman bukanlah anak yang ‘biasa-biasa’. Menurut perkongsian ibunya, Aiman pernah mengalami masalah speech delay dan hanya mula bercakap ketika berusia enam tahun.
Namun, daripada ujian itulah muncul bakat muncul anugerah Allah yang tidak disangka-sangka iaitu seni menyalin ayat al-Quran dengan penuh kasih dan ketelitian.
Menurut Syina, minat Aiman sebenarnya datang sendiri. Bermula daripada kecintaan terhadap melukis, kemudian berkembang kepada menyalin ayat al-Quran yang dilihat di YouTube.
“Dia suka tengok video kaligrafi dan terus tiru. Kami cuma sokong minat dia,” ujar Syina ringkas sambil merendah diri walaupun anaknya kini menjadi inspirasi buat ribuan orang.
Dalam ruangan komen, warga maya tidak henti-henti mendoakan kejayaan Aiman dan berkongsi rasa kagum mereka.
Moga Aiman membesar jadi anak yang soleh, cinta pada al-Quran dan jadi sinar kebanggaan buat keluarga dan ummah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...