
Sarapan pagi sememangnya cukup penting buat anak-anak kita bagi memulakan hari aktifnya. Tanpa makanan, anak-anak boleh jadi tidak aktif, sama seperti kita. Bukan hanya segelas susu, makanan penguat dan pembekal tenaga dan nutrisi perlu dibekalkan seawal mungkin.
Apa menu sarapan anak-anak anda? Selain sandwich, coco crunch bersama susu, cuma variasikan menu menarik buat anak-anak kita. Barulah anak tak jemu.
Selain menu berat seperti nasi goreng, roti dan aneka mi, mama boleh sajikan menu lebih kreatif seperti yang dikongsikan ibu ini, Puan Safwah Abd Sani. Kentang dan bawang merah sahaja kemudiannya digoreng garing. Sedap.

Kadang-kadang umi dah habis idea nak masak apa untuk breakfast Atiq. So tadaaa, jadilah breakfast simple-simple dan jimat masa umi. Boleh makan sekali harung anak beranak. Buat banyak-banyak umi boleh join makan sekali.
Crispy Potato Fritters
Bahan-bahan:
Kentang -disagat atau potong nipis-nipis. Umi potong je, kurang rajin nak sagat
Bawang merah -cincang halus atau potong dadu
1 biji telur
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
Sedikit white pepper


1) Gaulkan kesemuanya dalam mangkuk besar.
2) Goreng dengan minyak sederhana dan dah panas betul. Kalau tak panas sangat nanti dia tak rangup.

Siap untuk dimakan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!















Ni la bubble rice tu yang selalu orang guna buat coklat jar tu, beli yang plain. Guna terus tau jangan mandai-mandai nak bakar pulak.
Gaul bubble rice dengan coklat kemudian letak dekat acuan.
Kemudian tuang baki coklat sampai paras acuan tu bagi nampak padat. (Step ni ikut kreativiti masing-masing guna acuan apa). Tuang coklat bagi penuh sikit tutup bubble rice tu bagi adunan ni jadi elok bila mengeras nampak rata sket bar tu.
Tekan pembahagi loyang tu bagi terpisah semua adunan jadi bar. Kemudian simpan sekejap dalam peti ais bagi coklat mengeras.
Ni selepas masuk peti ais. Dah mengeras elok boleh angkat pembahagi tu. Tanggalkan loyang bar tu perlahan-lahan. Kemudian simpan biskut dalam balang. Senang je pun.
Sexy kan? Tergoda iman tau tengok ni bulan puasa.

