Kehamilan

Prank Menjadi! Uyaina & Suami Bakal Timang Anak Lelaki Kedua!

Share

Sarat hamil anak kedua, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengumumkan dia dan suaminya Raja Syahiran bakal menimang cahaya mata lelaki kedua tidak lama lagi.

Menerusi sebuah majlis pelancaran produk, Uyaina turut mengumumkan jantina anak keduanya itu dalam majlis serba ringkas.

Namun apa yang menarik perhatian pastinya perancangan untuk mengenakan Uyaina ketika sesi pengumuman jantina itu berlangsung.

“Gender Reveal Gone Wrong.

“Kena prank kat event sendiri. Patutnya dah boleh agak. Bila ada @aliffarhan_jr mesti akan ada prank. But Alhamdullilah, syukur,” tulisnya berkongsi.

Raja Syahiran yang pada awalnya memegang belon berisi belon bewarna biru itu secara tiba-tiba terlepas dari pegangannya.

Kelihatan hampa dan terkejut, Uyaina yang berada di sisinya seakan reda dengan momen itu namun terpaksa akur bila mana perancangan itu berjaya diselesaikan rakan pengacaraan pada malam itu.

Dalam pada itu, pasangan selebriti ini turut mengucapkan rasa syukur kerana bakal menyambut anak kedua mereka yang dijangkakan lahir pada Mei nanti.

“Saya sangat bersyukur. Saya sebagai ibu sebenarnya saya hanya berharap anak saya sihat, sempurna akal dan fikirannya.

“Syukur Alhamdulillah, lelaki atau perempuan saya terima seadanya. Mana-mana ibu bapa pun kalau dapat sepasang (anak) mereka mesti akan suka. Macam kami, kami dapat kedua-duanya lelaki pun Alhamdulillah. Mungkin dia boleh jaga adik-adik yang lain, jaga maknya dan neneknya,” katanya berkongsi.

Untuk info, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun lima bulan.

 

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

 

IKLAN