Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Ads
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Ads
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Ads
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
Sebut sahaja mengenai proses melahirkan anak, pasti ada yang mula terimbau dan mula teringat akan trauma proses ketika melahirkan anak pertama.
Tanpa pengalaman malah hanya berbekalkan ilmu dari pembacaan semata-mata ibu berjaya melaluinya dengan tenang.
Penulis buku 9 Bulan 10 Hari, Pn Nazira Nazir berkongsi mengenai tip proses kelahiran dan paling utama bagaimana untuk bersalin tanpa koyakan. Jom ikuti perkongsian beliau.
“Apa yang kita fikir, apa yang kita doa benda itulah yang akan kita alami.
“Kalau kita rasa kita tak ada ilmu nak beranak, kita carilah ilmu berkenaannya supaya kita bersedia nak hadapi detik indah itu.
“Kita sebagai ibu kena berani bertanya pada doktor untuk bantu doktor yang memeriksa kita. Kita bantu doktor untuk bantu masalah kita. Kita mudahkan kerja doktor yang memeriksa kita sebab kita lebih tahu bayi yang berada di dalam perut kita. Kita boleh rasa baby bergerak-gerak jadi kita beritahulah pada doktor.
Tip bersalin tanpa koyak
1. Kuasa doa paling mujarab. Setiap pagi selepas solat subuh, mummy buatlah tabung sedekah subuh dan doalah. Masa nak masukkan duit, sebutlah “Ya Allah Ya Tuhanku, dengan sedekah subuhku ini ku mohon padamu Ya Allah agar proses bersalinku ini tanpa koyak tanpa jahit. Ku niatkan sedekahku ini untuk anak-anak yatim yang susah. Lepas sebulan sedekahkanlah duit itu pada anak-anak yatim.
2. Mummy juga perlu ada ilmu. Contohnya jangan angkat pinggul dan sebagainya, ini penting.
3. Untuk suami, bersamalah isteri sekerap mungkin dihujung-hujung kehamilan agar proses bersalin lebih lancar. Bantu isteri buatkan urutan perinium setiap hari agar mudah bersalin tanpa koyak.
4. Jangan lupa beritahu doktor bahawa anda nak bersalin tanpa koyak. Beritahu pada doktor dan doktor akan cuba bantu kita.
5. Masa kita nak meneran tu jangan lupa doakan doktor yang menyambut kelahiran anak kita dan jururawat yang membantu melancarkan proses kita ketika itu kerana inilah detik yang Allah mudah makbulkan doa kita.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Dr. Halina menerusi perkongsian Instagram sangat teruja apabila anak kembarnya, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia (11 bulan) akhirnya dapat bertatih beberapa langkah.
Isteri kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan pertama negara ini mengakui ianya satu momen paling indah apabila anak mula belajar berjalan. Baginya momen seperti ini patut diraikan kerana ianya sangat pantas berlalu.
Beberapa gambar dan video E&E yang belajar berjalan. Saya berusaha mendapatkan video mereka belajar berjalan. Saya paling suka tahap ini. Bayi yang gemar belajar berjalan adalah yang paling comel.
Sayangnya fasa ini tidak akan bertahan lama .. setelah mereka pandai berjalan, there’s no turning back.
Eusoff telah berjalan sejauh 6 langkah .. Tasha melihatnya kemudian dia menjerit .. ketika itulah Eusoff terkejut dan jatuh. Hahah .. Emelia melangkah 2 langkah secara mandiri setakat ini … not bad lah bagi Emelia yang tak suka ‘Tummy time’
Masa betul-betul berlalu dengan kedua-duanya .. Bulan depan mereka akan berusia satu tahun !!! Why God whyyy???
Rata-rata warga maya memuji kecomelan si kembar, tak kurang juga ada yang berpendapat masa sangat pantas berlalu dan masih terasa seperti si kembar ini baru sahaja dilahirkan.
Si kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia merupakan anak kelima dan keenam Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina yang lahir pada November tahun lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Kejadian tidak diingini kepada bayi memang banyak terjadi akhir-akhir ini. Saranan yang diutarakan oleh bapa ini elok dijadikan panduan untuk mama papa yang bercadang mencarikan pengasuh untuk anak.
Akhir-akhir ini pelbagai kes dera bayi yang terjadi di rumah pengasuh atau ketika dalam jagaan pengasuh. Tersayat hati membaca kisah-kisah penderaan fizikal dan seksual yang dilakukan oleh pelaku yang tidak bertanggungjawab.
Tidak dinafikan pengasuh mempunyai jasa yang sangat besar membantu ibu bapa dengan menjaga anak-anak sementara ibu bapa keluar bekerja. Malah ada yang penyayang dan menjaga anak asuhan seperti anak sendiri.
Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk dan tidak semuanya elok. Apa yang terjadi sudah pun terjadi. Ambil iktibar daripada apa yang terjadi dalam kes penderaan bayi sebelum ini & berusaha untuk mengelakkan perkara yang buruk terjadi di masa hadapan.
Perkongsian daripada bapa ini , Mohd Fadli Salleh tentang pemilihan pengasuh boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang lain.
10 perkara yang mustahak ini perlu diteliti sebelum mengambil keputusan untuk mengupah pengasuh. Berikut ialah perkongsiannya.
Negara kecoh lagi bila seorang bayi berusia 11 bulan mati didera dan dirogol bangsat yang tidak berperikemanusiaan.
Aku cuba mengelak menulis hal ini kerana tak sanggup nak membayangkan penderitaan anak kecil usia 11 bulan didera sebegitu rupa.
Cuma, sangat perlu aku berkongsi tips yang betul untuk mengelakkan kejadian ini dari berulang di masa hadapan. Ini tips yang aku syorkan.
Pilih adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan rapat terlebih dahulu untuk dijadikan pengasuh. Kita kenal peribadi mereka, kita tahu bagaimana mereka jaga anak-anak kita.
Paling tidak, pilih pengasuh yang disyorkan oleh adik-beradik atau kawan-kawan kita.
Elakkan hantar ke rumah pengasuh yang mempunyai suami tidak bekerja atau ada rekod dadah/jenayah.
Kebanyakan kes dera/rogol dari suami pengasuh yang ada rekod dadah/jenayah atau kerja tidak tetap.
Ini menyebabkan mereka punya masa luang dengan anak kita dan kadangkala pengasuh tinggalkan anak kita bersama suami bila nak mandi, solat atau ke klinik mahupun ke pasar.
Saat ini risiko besar terutama jika suami pengasuh dibawah pengaruh dadah. Anak kecil kita mereka mungkin pandang sebagai satu alat yang boleh memuaskan nafsu atau satu alat melepaskan geram bila anak itu meragam, berak dan sebagainya.
Elakkan memilih pengasuh yang ada anak lelaki remaja. Seboleh-bolehnya cuba elak.
Banyak sangat kes berlaku anak lelaki remaja pengasuh merogol budak perempuan usia 4-10 tahun.
Budak-budak itu anggap anak pengasuh bagai abang mereka, pengasuh pula biarkan anaknya bermain dengan anak jagaannya hingga ke bilik. Pernah dilaporkan anak usia 5 tahun dirogol anak pengasuh berusia 15 tahun.
“Abang(anak pengasuh) ajak main tidur-tidur. Kemudian dia buka seluar adik dan suruh pejam mata.”
Lepas itu berlaku peristiwa hitam dan terus berulang dan berulang jika tiada orang perasan dan tiada laporan dibuat.
Siasat latar belakang pengasuh. Sangat penting kita tahu latar belakang pengasuh. Jumpa juga ibubapa yang pernah hantar anak mereka untuk diasuh pengasuh tersebut. Tanya pengalaman ibubapa yang pernah hantar anak ke sana.
Bagitahu secara jelas kepada pengasuh DO and DON’T. Apa peraturan kita, bagaimana perlu anak kita dijaga, siapa yang boleh tukar lampin/mandikan anak kita.
Masa ini kena bertegas, anak perempuan kita hanya pengasuh yang mandikan dan tukar lampin. Jangan benarkan anak kita dimandikan/tukar lampin oleh anak lelaki pengasuh atau suaminya.
Lawatan mengejut. Sangat penting sesekali buat lawatan mengejut. Kalau biasa hantar jam 7 pagi dab ambil pukul 5 petang, lawat sahaja jam 10 pagi, sesekali singgah tengahari.
Bila buat lawatan mengejut, masuk dan lihat situasi rumah juga. Tempat tidur anak, bilik air, dapur dan ruang tamu.
Selalu berkomunikasi dengan anak (bagi anak yang pandai bercakap). Tanya mereka bagaimana mereka dijaga, siapa yang selalu main dengan mereka, dengan siapa mereka mandi, dengan siapa mereka tidur.
Kena alert setiap perubahan sikap anak-anak kita. Jika makin mendiam atau sakit ketika buang air, lebih baik menanam curiga. Check, siasat, bawa jumpa doktor jika perlu.
Periksa tubuh badan anak selalu. Jika ada kesan lebam, calar dan sebagainya tolong siasat betul-betul. Jangan percaya 100% pada alasan pengasuh.
Jika ada tanda-tanda anak didera, dirogol dan sebagainya, tolong buat laporan polis dengan segera.
Ramai yang terkena tidak buat laporan polis kerana kasihan dan simpati dengan rayuan keluarga pengasuh. Mereka hanya selamatkan anak-anak mereka sahaja.
Dan akhirnya, anak orang lain pula menjadi mangsa. Tolong jangan penting diri dan selamatkan anak-anak sendiri saja ya!
Jangan tangkap muat cari pengasuh kat Fb sahaja. Jika pun cari di Fb, wajib siasat betul-betul sebelum hantar anak.
Sebaiknya, hantarlah anak kat taska yang berdaftar. Itu yang sebaiknya.
Jika ada orang kata cerewet cara kita pilih pengasuh, biar sahaja mereka terus berkata begitu.
Kerana itu anak-anak yang sangat kita sayangi dan kita berhak sepenuhnya memberi yang terbaik buat mereka.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.