Peguam syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan akan memfailkan kes baharu berkaitan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
Fakhrul berkata, perkara itu perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
“Terma persetujuan juga sudah direkodkan termasuklah nafkah edah, anak dan apa-apa yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
“Hak penjagaan akan rekodkan di Mahkamah Tinggi Syariah sebab bukan bidang kuasa di Mahkamah Rendah.
Ads
“Kami kena failkan kes baharu di Mahkamah Tinggi untuk merekodkan persetujuan yang tercapai dalam perjanjian. Tarikh belum ditetapkan sebab baru boleh difailkan,” katanya ditemui pada prosiding kedua kes perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.
Sementara itu, Fattah berkata, biarpun Fazura mendapat hak jagaan ke atas Fatima, namun dia masih mempunyai peluang untuk bertemu dan bermalam dengan anaknya itu.
Ads
“Betul hak jagaan anak diberi kepada Fazura, tapi kami ada perjanjian yang perlu dipersetujui bersama.
“Antaranya saya dapat hak lawatan untuk berjumpa Fatima dan bermalam dengannya, Alhamdulillah,” katanya.
Kadang-kadang jadi mak ni rasa macam superhero tak pakai jubah. Mana taknya, pagi-pagi dah kena kejutkan anak, sediakan sarapan, sambung kerja rumah dan dalam masa yang sama, urus emosi sendiri supaya tak meletup! Tapi jangan risau mommies, ada cara yang lebih relaks (dan terbukti!) untuk urus semuanya.
Bangun awal 10 minit sebelum anak-anak boleh buat keajaiban! Gunakan masa tu untuk tarik nafas panjang, minum air suam, atau baca sedikit doa dan affirmasi positif. Kajian menunjukkan rutin pagi yang tenang membantu emosi ibu jadi lebih stabil sepanjang hari.
Bukan kena buat semua sendiri ya. Anak-anak boleh tolong lipat baju (walau lipatan tak sempurna, it’s okay!), siram pokok, atau susun kasut. Aktiviti ni bantu anak rasa bertanggungjawab dan dekat dengan ibu. Menurut American Academy of Pediatrics, aktiviti ini bantu perkembangan kemahiran sosial anak sejak awal lagi.
Daripada anak asyik minta jajan, apa kata mommy sediakan bekas khas berisi potongan buah, biskut gandum atau kekacang tanpa garam? Ini bukan saja jimat masa, tapi ajar anak buat pilihan makanan lebih bijak. Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyarankan amalan pemakanan sihat bermula dari rumah.
Bila anak mula buat perangai dan mommy dah mula rasa nak ‘meletup’, cuba pause, tarik nafas dalam-dalam, dan kira sampai lima. Ini bukan sekadar teori teknik ni dikenali sebagai mindful parenting, dan ia bantu kawal reaksi serta kurangkan rasa bersalah lepas marah anak.
Kadang-kadang kita rasa nak buat semua sendiri, tapi sokongan dari suami, keluarga, atau group mommy online boleh bantu sangat! Berkongsi rasa, gelak sama-sama dan dapat idea parenting baru tu sangat healing. Kajian juga membuktikan sokongan sosial antara faktor penting dalam kesejahteraan ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mempunyai keyakinan diri yang tinggi, bukan? Berikut merupakan lima tip untuk membina keyakinan diri anak kecil yang ‘pemalu tak bertempat’ ini.
1. Benarkan Anak Buat Perkara Yang Diingini
Pernahkah kita mengalami situasi anak kecil ingin melakukan sesuatu perkara sendiri seperti makan sendiri, menguruskan diri mereka sendiri, mengangkat pinggan dan cawan sendiri ke meja makan, atau membantu melakukan kerja-kerja rumah yang mudah? Sesetengah ibu bapa mungkin akan mengatakan ‘jangan’ atau ‘tidak boleh’ kerana tidak mahu keletihan mengemas sekiranya keadaan menjadi bersepah apabila anak kecil ini melakukan perkara tersebut.
Selagi perkara tersebut tidak berbahaya untuk anak kecil, apa salahnya benarkan mereka belajar melakukan perkara yang diingini itu? Ianya sudah pasti dapat membantu proses membina keyakinan diri anak kecil ini. Walaupun kita berasa penat untuk mengemas pada awalnya, tetapi kepenatan itu merupakan kepenatan yang berbaloi apabila kita melihat mereka semakin yakin diri kelak.
2. Buat Perkara Baru Dengan Anak
Sesekali, lakukan perkara atau aktiviti baru yang tiada dalam rutin harian anak kecil. Sikap ingin tahu dan suka meneroka pasti akan membuatkan anak kecil ini berasa teruja untuk melakukan perkara tersebut bersama-sama kita.
3. Benarkan Anak Buat Keputusan
Pada kebiasaannya, kita sebagai ibu bapa yang akan membuat keputusan untuk anak kecil. Dalam hal-hal tertentu yang tidak memberi impak yang besar, benarkan anak untuk membuat pilihan dan keputusan. Ibu bapa boleh membantu anak untuk membuat keputusan dengan cara menjelaskan kepada mereka tentang apakah yang akan berlaku sekiranya mereka mengambil keputusan tersebut.
Anak kecil akan belajar tentang kesan daripada pilihan atau keputusan yang dibuat itu. Pada awalnya, mungkin anak sekecil ini agak sukar untuk memahami kesan dan akibat daripada pilihan yang dibuat. Tetapi, lama kelamaan, pasti anak kecil ini akan dapat berfikir dengan baik, lebih memahami dan berasa lebih yakin apabila keputusan yang dibuat itu memberikan hasil yang positif.
4. Sokong Minat Anak
Setiap individu mempunyai minat dan kegemaran yang tersendiri. Begitu juga dengan anak yang pemalu ini. Beri sokongan kepada anak terhadap perkara yang diminatinya itu.
Sebagai contoh, sekiranya anak minat mewarna, belikan mereka buku mewarna serta bahan-bahan untuk mewarna seperti krayon, pensel warna atau warna air. Luangkan masa untuk mewarna bersama mereka serta ajarkan mereka teknik-teknik mewarna dengan cantik untuk menghasilkan lukisan yang menarik.
Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa seperti ini akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri mereka untuk melakukan yang terbaik dalam perkara yang diminatinya.
5. Pujian Buat Anak
Kejayaan anak kecil dalam melakukan sesuatu perkara seharusnya diraikan dengan pujian. Pujian dapat meningkatkan lagi penghargaan kendiri (self esteem) anak yang pemalu, membuatkan mereka berasa lebih gembira dan dihargai.
Jangan pernah berasa jemu dan bosan untuk memuji kejayaan anak kecil. Selepas ini, pasti mereka semakin bersemangat dan lebih yakin untuk melakukan lebih banyak lagi perkara baru!
Percaya Pada Anak Kecil
Tanamkan rasa percaya terhadap kebolehan si kecil untuk melakukan sesuatu perkara. Usah memandang rendah terhadap kemampuan mereka. Walaupun mereka masih kecil dan bersikap pemalu, mereka tetap mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba perkara-perkara baru bagi membina keyakinan diri mereka.
Semoga dengan didikan awal untuk melakukan berbagai-bagai tugasan, anak kecil ini bukan sahaja akan membesar menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani, malah berfikiran cerdas dan matang dalam menguruskan pelbagai perkara apabila dewasa kelak.
Dengan pendekatan yang betul, sifat pemalu seorang anak boleh berubah menjadi keberanian dan keyakinan. Peranan ibu bapa adalah amat penting untuk membantu mereka melangkah keluar dari rasa malu dan meneroka potensi sebenar mereka.
Ingat, setiap anak adalah unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Berikan masa dan sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang menjadi individu yang yakin dan berani.
Zalif Sidek timang anak kedua, isteri selamat bersalin bayi lelaki, dah dapat sepasang. Pelakon Zalif Sidek berita gembira, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki. Genap sepasang sudah anak pelakon Daddyku Gangster ini.
Terdahulu, Zalif sudah memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia 1 tahun 6 bulan. Sebelum ini Zalif ada berkongsi berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada bulan Ogos.
Berikut berita gembira yang dikongsikan oleh Zalif di laman Instagramnya.
Jahitan Selepas Bersalin memerlukan penjagaan yang betul untuk mempercepatkan pemulihan. Ketahui punca koyakan perineum, episiotomi, tempoh penyembuhan, tanda jangkitan dan tip penjagaan selepas melahirkan anak.