Program Jom Mengaji Sebelum Tidur: Surah Al-Sajdah yang berlangsung secara dalam talian semalam berlangsung dengan jayanya malah mencapai hala tuju.
Banyak perkongsian menarik yang dikupas oleh panel-panel terpilih melalui perkongsian Surah Al-Sajdah semalam.
Program yang berlangsung tepat jam 9 malam melalui platform Zoom dan Facebook TickTalk TV, QuranHour dan Sinar Harian semalam itu banyak mendekatkan peserta dengan perkongsian kehidupan yang cukup bermakna kita bersama anak-anak.
Program itu dikendalikan moderator, Muhammad Iqbal Rosdi yang juga Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas turut membariskan panel-panel berpengalaman yang berkongsi pelbagai ilmu.
Program dimulakan dengan bacaan surah As-Sajadah, perkongsian tadabur makna surah serta perkongsian dari Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf berkata, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Ads
Juga tidak ketinggalan perkongsian Konsultan Psikologi Organisasi, Dr Azizi Alias yang turut berkongsi mengenai dalil dan hadis Surah Al-Sajadah yang begitu dekat dengan kita.
Covid-19 tahap lima, hargai nikmat Allah
Paling menarik pastinya kupasan Surah Al-Sajadah yang begitu dekat dengan Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang mana pernah berdepan dengan ujian bertarung nyawa kerana menghidap Covid-19 tahap lima.
Pengalaman ini membuatkan beliau lebih menghargai dan mensyukuri nikmat nyawa yang diberikan Ilahi.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf berkata, berada 16 hari di hospital, termasuk lima hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) menyebabkannya pasrah bahawa semua kebergantungan adalah kepada ALLAH SWT.
Ads
“Apabila saya mendengar tadabbur Surah Al-Sajdah, saya rasakan ia dekat apabila mendengar tentang pinjaman nyawa dan bersyukur. Sebagai alumni Covid-19 tahap lima, saya melalui satu proses, yang mana saya betul-betul menghargai nyawa yang dipinjamkan dan saya bersyukur dengan apa jua nikmat yang diberikan ALLAH kepada saya.
“Paras oksigen pada satu tahap sampai 40 peratus dan dengan bantuan pernafasan, saya sudah pasrah. Kalau Tuhan ambil nyawa, saya reda dan kalau diberi peluang kedua, saya bersyukur.
“Apa yang telah berlaku menyebabkan saya lebih menilai erti syukur dan menghargai, menerima serta memahami kita adalah ciptaan Tuhan dan setiap benda kita harus bersyukur. Apabila ada peluang, kita harus buat yang terbaik,” katanya.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 30 bayi daripada 2 kategori telah mencetuskan suasana penuh ceria di One Kiddie & Mom Fair, Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini. Aksi lincah dan ceria ini telah dapat disaksikan dalam Pertandingan Bayi Pa&Ma 2014 sempena One Kiddie & Mom Fair, Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat hingga Ahad. Pertandingan Bayi Pa&Ma 2014 merupakan pertandingan kali ke 13 dianjurkan oleh Majalah Pa&Ma.
Pencarian yang bermula sejak bulan Februari sehingga Ogos lepas telah melibatkan empat zon iaitu zon utara, selatan, timur dan tengah. Pada masa yang sama penyertaan turut dibuka dalam majalah Pa&Ma bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri sesi pencarian di zon terbabit.
Pencarian yang mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih satu ribu penyertaan daripada pembaca Pa&Ma ini berakhir pada petang hari Sabtu lepas. Para peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu A (bawah setahun) dan B (bawah dua tahun) bagi 30 bayi yang terpilih ke peringkat separuh akhir. Manakala 16 daripada terpilih untuk ke peringkat akhir.
Walaupun kesemua bayi yang terpilih comel belaka tetapi hanya satu pemenang bagi setiap kategori perlu dipilih berdasarkan penilaian dari segi personaliti, kecerdasan minda dan kecergasan fizikal. Siapakah bayi-bayi yang bertuah tersebut? Untuk mengetahui lebih lanjut nama pemenang Bayi Pa&Ma 2014 bagi kedua kategori A & B dapatkan majalah PA&MA isu November yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
Menyedari pentingya aspek ini dalam kekeluargaan, justeru, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Superhero Jr Gader di Shah Alam Convention Centre (SACC) 4 Ogos yang lalu. Penganjuran ini adalah sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula 2,3 dan 4 Ogos 2016.
BERPAKAIAN WATAK SUPERHERO
Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga 12 tahun berpakaian watak-watak superhero antaranya Spiderman, Thor, Supergirl, Batman dan Hulk. Lebih manis, acara ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya majalah Keluarga setelah berjaya mengumpulkan kanak-kanak seramai 100 orang!
10 KUMPULAN KANAK-KANAK MEMERIAHKAN ACARA
Setiap kanak-kanak di bahagikan menjadi 10 kumpulan untuk membentuk satu kumpulan yang dianggotai seramai 10 orang kanak-kanak. Kumpulan berkenaan diberi nama mengikut abjad seperti A,B,C,D,E,F,G,H,I dan J yang diketuai oleh seorang ketua kumpuan membantu kanak-kanak membuat aksi superhero secara serentak.
Terdahulu sebelum acara, peserta perlu bergaya di booth Pa&Ma dengan sesi fotografi. Acara bermula dengan perarakan masuk kumpulan mengikut urutan abjad ke pentas utama. Kemudian disusuli juga perarakan dengan persembahan Percussion dari Kidzania, Kuala Lumpur yang diiringi oleh 10 orang kanak-kanak superhero. Acara seterusnya memperlihatkan 100 orang kanak-kanak naik ke atas pentas dengan gaya superhero tersendiri.
PERSEMBAHAN SILAP MATA
Dalam pada itu, acara menarik ialah persembahan silap mata dari Kidzania Kuala Lumpur, permainan paper dance dan tiup belon. Dalam pada itu, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Majlis meriah didiserikan dengan kehadiran Timbalan Pengurusan Nu Ideaktif, Puan Ani Nadila tanda sokongan program kekeluargaan ini.
KING & QUEEN TERPILIH MENJUARAI
Acara kemuncak program ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang Juara Superhero Jr Gader iaitu dengan gelaran King dimenangi oleh Muhammad Rayyan Rifqi dan Queen: Delisya Dayana. Manakala 10 pemenang paling bergaya dan 10 pemenang paling sporting serta pemenang paper dance dan tiup belon.Majlis diserikan dengan acara potong kek Superhero dengan disusuli laungan ‘We Are The Superhero’.
TERIMA KASIH BUAT PENAJA
Terima kasih kepada penaja seperti Style Charming, Chewies, Dora The Movie, Homepop Corn, SuperPark Malaysia, Kidzania Kuala Lumpur, Restoran Hersha, Kek Lili Jamaluddin dan roti Gardenia. Semoga berjumpa lagi di program Keluarga Gader seterusnya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, Karnival Karangkraf 2015 kembali lagi dengan acara yang lebih gempak, lebih hangat! Dianggarkan lebih 150,000 bakal berkunjung ke acara tahunan Kumpulan Media Karangkraf ini yang akan bermula dari 30 Januari hingga 2 Februari depan. Selain diskaun hebat untuk pelbagai judul buku, novel, majalah dan Al Quran serta lain-lain terbitan Kumpulan Media Karangkraf, para pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara yang pastinya sangat menarik!
Antaranya “The Largest Frozen Kids Gathering@Karnival Karangkraf” yang bakal menghimpunkan kanak-kanak yang menggayakan pakaian bertemakan filem animasi hebat ‘Frozen’.
Sudah tentu masing-masing akan bergaya cantik ala Princess Elsa dan Princess Anna. Pakaian tercantik bakal memenangi hadiah berbentuk wang tunai. Jadi, kepada anda yang berkelapangan boleh hadir beramai-ramai membawa anak-anak ke acara ini.
Berikut tentang himpunan tersebut:
TARIKH : 1 FEBRUARI 2015
MASA PENDAFTARAN : 10.00 PAGI
MASA AKTIVITI : 11.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
Pendaftaran bermula jam 10.00 pagi
Terbuka kepada kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas (kanak-kanak di bawah umur 4 tahun boleh hadir tetapi tidak boleh ambil bahagian atas faktor-faktor keselamatan).
Goodies bags istimewa untuk 300 penyertaan pertama
Berpakaian gaya Elsa dan Anna
Masuk adalah PERCUMA
Jangan lupa singgah ke booth PA&MA kerana ada beberapa aktiviti menarik untuk anda:
Peraduan PA&MA SMILEY SEARCH @ Karnival Karangkraf yang menawarkan hadiah sehingga RM8,000 termasuklah kerusi keselamatan dan pakej fotografi tajaan Camora Arts.
GENIUS PA&MA CUBE PUZZLE CHALLENGE mencari ibu atau bapa bersama anak yang terpantas melengkapkan cube puzzle.
BELI & MENANG HADIAH juga bakal menghangatkan booth Pa&Ma.
Selain itu, Karnival Karangkraf juga dimeriahkan dengan penampilan istimewa maskot Upin & Ipin, Chichi Chacha, BoBoiBoy dan Super Squad. Pelbagai program lain juga bakal berlangsung antaranya pelancaran Kempen Save Your Dara anjuran majalah Dara.com, program bersama Ustaz Kazim, pelancaran 100 Buku Kanak-kanak dan lain-lain lagi.
MOHON SHARE DENGAN RAKAN-RAKAN LAIN JUGA YA..Terima kasih semua!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...