Saya ingin pandangan doktor mengenai prosedur External Cephalic Version (ECV) untuk memperbetulkan kedudukan bayi semasa usia kandungan 36 minggu. Adakah prosedur ini jalan terbaik?
Jawapan:
ECV atau external cephalic version adalah satu prosedur untuk memusingkan bayi daripada kedudukan songsang atau melintang kepada kedudukan cephalic atau dikenali sebagai kedudukan kepala bayi di bawah. Tujuan ECV dilakukan adalah untuk mengurangkan insiden kelahiran bayi songsang atau melintang.
Bayi yang songsang biasanya dilahirkan melalui pembedahan LSCS. Bagi ibu-ibu yang mahu melahirkan bayi songsang melalui faraj, bayi mungkin mengalami masalah “terlekat” dan sukar untuk mengeluarkan kepala dari salur faraj ibu. Keadaan ini boleh mengakibatkan kekurangan oksigen ke otak bayi atau dia berisiko meninggal dunia. Doktor dan jururawat terlatih akan mengendalikan prosedur ECV ini di hospital-hospital yang mempunyai kelengkapan bagi:
• Memantau keselamatan ibu yang inginkan ECV.
• Memastikan bayi selamat semasa dan selepas ECV dilakukan.
• Mempunyai perkhidmatan dan alatan yang cukup jika apa-apa kesulitan timbul sewaktu dan setelah ECV dilakukan.
Ads
Adakah ECV dibuktikan berjaya menukar kedudukan bayi? Jawapannya, terpulang kepada kumpulan kakitangan yang terlibat. Peratus kejayaan dilaporkan setinggi 80%. Jika ECV berjaya dilakukan, 5% daripada bayi ini boleh pusing semula ke posisi songsang. Jika ECV tidak berjaya, puan perlu berbincang dengan doktor puan sama ada puan ingin:
1. Mencuba ECV sekali lagi.
2. Melahirkan anak melalui pembedahan LSCS jika anak masih songsang pada minggu yang ke-37.
Waktu yang disarankan melakukan ECV adalah pada 36 minggu. Jika puan sudah mempunyai anak sebelum ini, prosedur ECV ini boleh juga dilakukan ketika kehamilan minggu yang ke-37.
Puan ada bertanya adakah ia selamat. Jawapannya ya! Kebanyakan ECV tidak menyebabkan komplikasi tetapi puan hendaklah melakukan ECV setelah berbincang dengan doktor dan diterangkan tentang risiko-risiko yang berkaitan dengan ECV ini. Tiga komplikasi yang pernah dilaporkan adalah:
Ads
1. Abruptio placenta (Uri lekang dari dinding rahim).
2. Uterine rupture (Rahim pecah/luka).
3. Fetomaternal bleeding (Masalah pendarahan ketika hamil).
Dalam pada itu, tidak semua wanita sesuai untuk prosedur ECV. Wanita-wanita ini tidak dibenarkan melalui prosedur ECV:
1. Pernah mengalami pendarahan ketika hamil.
Ads
2. Sudah dikenal pasti memerlukan pembedahan LSCS dari awal lagi.
3. Bayi yang mempunyai corak CTG yang tidak normal sebelum ECV.
4. Bayi kembar.
5. Masalah kehamilan yang sudah pecah air ketuban.
6. Mempunyai bentuk rahim bicornuate dan sebagainya.
Oleh itu jika puan inginkan ECV, prosedur ini mestilah dilakukan di dalam hospital yang boleh memantau puan dan anak dalam kandungan. Hospital itu juga mestilah mempunyai kemudahan untuk pembedahan LSCS jika puan dan/atau bayi memerlukannya dengan segera.
Soalan ini dijawab oleh Dr Norintan Zainal Shah, Doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Medical centre, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pasangan suami isteri yang sudah berkahwin sudah tentunya menungggu kehadiran cahaya mata. Jadi, pasti ada dikalangan kita yang mencari cara cepat mengandung atau hamil supaya dapat menimang cahaya mata dengan segera.
Pun begitu, ia mungkin agak sukar bagi sesetengah pasangan untuk menimang anak. Paling menyedihkan setelah dua tahun masih belum dikurniakan anak. Jadi sudah tentu ada pasangan yang ingin mengetahui cara yang betul, tepat dan berkesan untuk hamil.
Salah satu cara adalah menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Rawatan ini memberi peluang selain harapan baharu kepada mana-mana pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan demi mendapatkan zuriat pengerat kasih sayang.
Apa itu IVF
Persenyawaan In Vitro (IVF) adalah rawatan kesuburan terkenal, asalnya dikenali sebagai “bayi tabung uji”. Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio. Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim.
Bagaimana IVF Berfungsi
Proses bermula melalui pemantauan suntikan yang berkala kepada wanita untuk menggalakkan pengeluaran telur dalam kadar yang tertentu. Setelah telur matang, tim perubatan diketuai oleh doktor kesuburan dan dibantu oleh pakar bius, embriologis dan jururawat akan melakukan prosedur untuk pengambilan telur. Setelah itu, telur tersebut akan disenyawakan dengan sperma di dalam makmal. Embrio yang terbentuk akan dinilai dan embrio yang sihat akan dipilih untuk dimasukkan semula ke rahim wanita. Proses ini dilakukan menerusi piawaian standard yang tinggi dalam memastikan kualiti penjagaan yang baik kepada pesakit yang mendapatkan rawatan kesuburan.
Setelah dua minggu, ujian kehamilan menerusi ujian darah dapat menentukan dengan lebih tepat jika wanita berjaya hamil menerusi rawatan kesuburan tersebut. Kadar kejayaan IVF di Malaysia adalah baik iaitu antara 65%-75%.
Siapa yang Menjalani IVF
IVF digunakan untuk merawat pelbagai isu kesuburan termasuk masalah sperma, masalah telur atau ovulasi, endometriosis, dan masalah rahim. Ia juga merupakan pilihan bagi pasangan yang tidak berjaya hamil selepas cubaan-cubaan lain.
Cabaran dan Kejayaan
IVF boleh menjadi perjalanan yang mencabar fizikal dan emosi. Pasangan perlu bersedia menghadapi ujian dan tribulasi sepanjang proses ini. Walaupun begitu, kejayaan IVF telah membawa kebahagiaan kepada keluarga dan berjuta-juta pasangan di seluruh dunia.
Impak Sosial dan Psikologi
Penerimaan masyarakat terhadap IVF telah meningkat, dan masyarakat semakin memahami perjuangan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Walaupun demikian, pasangan yang menjalani IVF mungkin perlu mencari sokongan psikologi untuk menguruskan tekanan dan emosi semasa proses ini.
Kewangan
Alternatif ini dilakukan apabila kaedah lain tidak berupaya untuk menghasilkan zuriat yang diinginkan. Kos IVF boleh menjadi faktor pembatas kepada beberapa pasangan. Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan kos serta aksesibiliti kaedah ini menerusi perbincangan mengenai perancangan keluarga.
Harapan
IVF memberikan harapan kepada pasangan yang sebelumnya tidak mempunyai pilihan untuk memiliki anak sendiri. Dengan kemajuan teknologi perubatan, IVF terus berkembang untuk memberikan peluang kebahagiaan keluarga kepada ramai pasangan yang berjuang untuk mendapatkan zuriat.
IVF RAHMAT RAKYAT PERKASA KELUARGA HARMONI MALAYSIA MADANI
Baru-baru ini sebuah majlis telah diadakan iaitu Perasmian Program IVF Rahmah Rakyat (IRR) bersempena Sambutan Ulangtahun Metro IVF yang ke-28, berlangsung di salah sebuah pusat perubatan kesuburan Metro IVF yang terletak di Setiawalk, Puchong.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor mewakili YAB Menteri Besar Selangor. Metro IVF Sdn Bhd (Metro IVF) mengadakan Program IVF Rahmah Rakyat yang berkonsepkan harga mampu milik khusus kepada pasangan yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak menerusi saringan kesihatan, promosi dan pendidikan kesihatan, kaunseling kesihatan dan khidmat rundingan pakar kesuburan.
Program ini merupakan inisiatif bagi menyokong aspirasi kerajaan membentuk Malaysia Madani iaitu ke arah mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih maju dan makmur berteraskan 6 nilai teras termasuk aspek ‘kesejahteraan’ dan ‘ihsan’ iaitu menerusi penganjuran aktiviti yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan kepada masyarakat.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Dr Tee Swi Peng, Pengasas Metro IVF yang juga merupakan Pengerusi Metro Healthcare Berhad turut menjelaskan, “Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran orang awam mengenai isu kesuburan yang semakin meruncing dan dijangka mampu mengurangkan beban segelintir warga awam khususnya kumpulan B40 bagi menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas cerminan kepada masyarakat yang stabil dan sejahtera.”
MENGENAI METRO IVF
Metro IVF adalah salah sebuah perintis pusat kesuburan IVF di Malaysia sejak tahun 1999 dan mempunyai rangkaian di seluruh Semenanjung Malaysia. Metro IVF menggunakan teknologi IVF terkini dengan kadar kejayaan yang tinggi secara konsisten untuk setiap kitaran IVF. Jalinan usahasama pertama bersama Hospital Tengku Ampuah Rahimah (HTAR) adalah dari kumpulan B40. Untuk maklumat lanjut, layari www.metro.com.my
Tahniah Metro IVF kerana merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Konsultasi Kesuburan & IVF PilihanPAKAR PILIHAN PA&MA
Seiring kemajuan teknologi perubatan, kini terdapat beberapa pilihan dalam rawatan kesuburan untuk memperoleh zuriat dan satu daripadanya adalah In Vitro Fertilisation (IVF).
Bagi memberikan perkhidmatan rawatan kesuburan kepada yang mengalami masalah infertiliti, Metro IVF diasaskan pada tahun 1996 antara salah satu pusat rawatan kesuburan yang menjadi pilihan.
Sebagai pusat rawatan kesuburan unggul, Metro IVF menawarkan penyelesaian ketidaksuburan yang komprehensif kepada pesakit.
Selain rawatan yang diberikan oleh Perunding Kesuburan yang berpengalaman, Metro IVF menggunakan teknologi terkini dengan makmal serba lengkap. Metro IVF memberikan konsultasi kesuburan, rawatan Permanian Berhadas (IUI), Persenyawaan in vitro (IVF), Preimplantation Genetic Screening (PGS), Pengambilan Telur (OPU), rawatan susulan kesuburan, rawatan kepada pasangan yang mengalami keguguran berulang dan kegagalan IVF berulang. Metro IVF juga turut diiktiraf oleh RTAC, institusi bebas menepati piawaian antarabangsa.
Bagi mendapatkan informasi terkini, boleh layari laman web layari laman sesawang Metro IVF di https://www.metro.com.my/ juga di facebook https://www.facebook.com/MetroIVF untuk melihat pelbagai kemudahan perkhidmatan dan panduan untuk anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mengumumkan mengenai kehamilan bayi sulung mereka, akhirnya isteri kepada pemain bola sepak negera, Safawi Rashid, Syifa Melvin tampil berkongsi gambar terbarunya ketika hamil.
Menerusi Instagramnya, Syifa memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan baby bumpnya bersama suami ketika beraya semalam.
Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan zuriat dan memohon agar kehamilannya dipermudahkan.
“Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini.
“Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah,” tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Syifa dan suami tampil cantik dengan temu warna ungu di pagi raya semalam namun apa menarik pastinya baby bump yang berusia enam bulan.
Malah bakal ibu ini dilihat makin cantik dan berseri-seri ketika hamil. Benarlah seri ibu mengandung.
Malah adik kepada Syatilla Melvin ini juga turut mendoakan ibu yang menanti zuriat dipermudahkan untuk menanti kehadiran cahaya mata mereka.
“Tak lama lagi yang menanti zuriat dari Allah swt akan mendapatkannya.
“Allah pasti makbulkan segala permintaan hambaNya yang selalu yakin dalam berdoa Aamin Ya Mujib.
“Kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaranMu, Aamin❤,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syifa dan Safawi Rashid mendirikan rumahtangga pada 28 November tahun lalu. Safawi mengumumkan isterinya hamil ketika memenangi perlawanan bola sepak baru-baru ini.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/