Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Anugerah Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan dengan penuh makna.

Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu PTPTN kerana kesungguhan jenama ini Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan.

PTPTN Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan Di Top Educator Pa&Ma 2025

Buat Simpanan, Jangan Jadikan Pilihan Tapi Keperluan Masa Hadapan

Dalam dunia moden yang semakin mencabar, menabung untuk pendidikan bukan lagi pilihan sampingan tetapi ia adalah satu keperluan penting bagi perancangan kewangan untuk menjamin masa depan anak-anak. Inisiatif Simpan SSPN di bawah PTPTN wujud sebagai langkah awal bagi membantu ibu bapa menyediakan pelan kewangan sebelum anak-anak melangkah ke alam universiti.

PTPTN berperanan sebagai tabung pendidikan negara sejak 1997 terus komited dalam melaksanakan fungsi iaitu menyediakan kemudahan pinjaman, menguruskan bayaran balik serta membudayakan amalan penabungan. Simpan SSPN yang diperkenalkan pada tahun 2004 menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit telah menjadi produk simpanan utama untuk membantu keluarga Malaysia mengurus kewangan pendidikan dengan lebih terancang dari seawal usia.

Dengan dua pilihan produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, ibu bapa boleh memilih pelan yang sesuai mengikut kemampuan dan matlamat kewangan keluarga.

PTPTN Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan Di Top Educator Pa&Ma 2025

Simpan SSPN Prime: Banyak Manfaat, Tak Rugi Menyimpan

Simpan SSPN Prime menawarkan pakej simpanan menyeluruh yang digemari ramai kerana manfaatnya yang benar-benar membantu ibu bapa. Antaranya termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah, simpanan dijamin kerajaan dan layak memohon pinjaman PTPTN. Semua ini bertujuan memudahkan bukan membebankan.

Ads

PTPTN Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan Di Top Educator Pa&Ma 2025

Simpan SSPN Plus: Perlindungan Lebih Luas Untuk Keluarga

Bagi ibu bapa yang mahukan lebih perlindungan, Simpan SSPN Plus menyediakan manfaat perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta tertakluk pada syarikat pengendali takaful yang dipilih iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful dan Takaful Ikhlas Family Berhad. Dengan komitmen serendah RM30 sebulan, pendeposit mendapat pelbagai perlindungan tambahan seperti manfaat penyakit kritikal, elaun kemasukkan hospital, khairat kematian dan pelbagai lagi manfaat.

Apabila Menabung Memberi Makna dalam Saat Sukar

Simpan SSPN bukan sekadar angka dalam akaun bahkan menjadi penyambung harapan apabila keluarga diuji. Kisah pendeposit yang menerima manfaat takaful, termasuk kes kemalangan dan penyakit kritikal, membuktikan bahawa simpanan ini memberi kelegaan kewangan ketika keluarga paling memerlukan. Nilai ini tidak mampu menggantikan kasih sayang, namun mampu menjaga kesinambungan pendidikan anak-anak.

 

Ads

Geran Sepadan: Rezeki Tambahan Untuk Keluarga Layak

Salah satu keistimewaan Simpan SSPN Prime ialah Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak iaitu ibu bapa yang mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000. Melalui Bajet 2025, kerajaan juga bersetuju kriteria pemberian Geran Sepadan ke atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN Prime bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) turut diperluas kepada keluarga berpendapatan RM4,001 sehingga RM6,000 bagi tempoh dua (2) tahun di bawah Inisiatif Geran Padanan Ihsan (GAPAI). Pendeposit yang layak boleh memohon Geran Sepadan sehingga RM5,000 untuk satu keluarga. Ini membantu keluarga yang mungkin tidak menyangka simpanan kecil mereka mampu membuka pintu rezeki tambahan untuk pendidikan anak-anak.

PTPTN Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan Di Top Educator Pa&Ma 2025

Keuntungan Dividen & Pelepasan Taksiran Cukai yang Berbaloi

Keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan dividen yang kompetitif, dengan kadar terkini dividen Simpan SSPN tahun 2024 sebanyak 4.05% iaitu yang tertinggi dalam 10 tahun. Maka tak hairanlah simpanan ini lebih berbaloi sebagai pilihan ibu bapa dalam menyediakan masa depan terjamin untuk anak-anak tersayang. Ia membuktikan pengurusan dana PTPTN yang berintegriti dan strategik demi memastikan pendeposit sentiasa menerima pulangan optimum.

Mencorak Mindset Baharu, Mula Menabung Sekarang

PTPTN kini lebih fokus membina budaya menyimpan dari awal, bukan menunggu saat terdesak. Statistik menunjukkan ramai masyarakat Malaysia masih belum mempunyai simpanan kecemasan. Mendidik masyarakat supaya memahami pentingnya “mula sekarang, bukan nanti” adalah langkah penting bagi memastikan generasi akan datang bebas daripada beban kewangan.

Ads

Pendidikan Adalah Warisan Paling Bernilai

Pendidikan ialah hadiah yang paling besar nilainya dan Simpan SSPN menjadi jambatan penting untuk mencapai cita-cita tersebut. Dengan kos pendidikan yang meningkat setiap tahun, ibu bapa perlu membina persediaan yang kukuh. Simpan SSPN wujud sebagai instrumen yang mudah, selamat dan konsisten untuk memastikan masa depan pendidikan anak-anak lebih terjamin.

Melibatkan Anak Dalam Perancangan Kewangan

Salah satu langkah penting yang digalakkan ialah melibatkan anak-anak dalam proses menabung. Ini bukan sahaja mendidik mereka tentang kewangan sejak kecil, tetapi juga membina rasa tanggungjawab dan kesedaran tentang nilai usaha untuk masa depan.

En. Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, sempat menitipkan pesanan tentang kepentingan membuat simpanan di Simpan SSPN:

“Saya menyeru seluruh masyarakat Malaysia, khususnya para ibu bapa, agar menjadikan Simpan SSPN sebagai instrumen utama dalam merancang dan menyediakan dana pendidikan anak-anak. Dengan kelebihan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan, perlindungan takaful, Geran Sepadan percuma, pulangan dividen yang kompetitif, patuh syariah dan dijamin kerajaan, Simpan SSPN bukan sahaja satu pelaburan kewangan, tetapi juga satu pelaburan masa depan anak-anak kita.”

Langkah Kecil, Impak Besar

PTPTN komited memastikan setiap keluarga mempunyai akses kepada simpanan pendidikan yang stabil dan mudah. Dengan kempen-kempen menarik seperti Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 serta kemudahan membuka akaun melalui aplikasi myPTPTN, ibu bapa kini boleh memulakan simpanan dengan lebih mudah dan efisien.

Tahniah sekali lagi buat PTPTN yang telah terpilih sebagai Top Educator Pa&Ma 2025 kerana komitmen jenama ini Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan!

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads