“Jasad kecil ini hanya ingin menumpang untuk dikebumikan di tanah milik tuhan, namun haknya dinafikan oleh orang kampung”
Menurut sumber, jenazah bayi ini tidak boleh di tanam di kampung tersebut malah pengurusan jenazah turut dilakukan di tempat lain hanya kerana bapanya bukan warganegara, tidak cukup duit dan dokumen.
Terpanggil untuk melaksanakan fardhu kifayah, pemilik page Abam botak yang menguruskan jenazah tampil menghulurkan bantuan dan melakukan segala urusan berkenaan jenazah dan segera melakukan pengebumian.
Sebenarnya tadi ada 1 jenazah bayi yang baru lahir meninggal dunia. Bayi tersebut dinafikan untuk dikebumikan di kampung itu
Berapa sangatlah ruang tanah yang digunakan untuk jenazah bayi ni
Ads
Alhamdulillah bayi tersebut dikebumikan di Sandakan, Terima kasih penjaga (TIP) Sim-Sim kerana terima jenazah ini
Ads
Rata-rata netizen memberikan reaksi sedih dan marah dengan sikap sesetengah masyarakat kampung tersebut yang masih tidak berhati perut dengan situasi yang dihadapi oleh bapa ini. Sepatutnya mereka perlu mempercepatkan proses pengebumian jenazah dan bukanya tidak menerima jenazah kecil itu.
Tak terduga dugaan yang datang apabila insan yang kita cintai akhirnya kembali kepada pencipta. Tiada siapa yang sangka, tiada siapa duga. Betulah kata pepatah, ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Illahi.
Hanya yang merasa yang tahu betapa penatnya melawan perasaan rindu, sedih dan harus kuat demi anak-anak. Begitulah kisah Puan Shahida apabila suaminya dijemput Illahi ketika dia sedang berpantang anak ke empat mereka.
TEMPAT YANG SAMA, CERITANYA KINI BERBEZA
Suami saya yang juga ayah kepada kembar yang pernah viral dulu, telah pergi menghadap Ilahi semasa saya berpantang 25 hari anak ke4.
(Video yang pernah viral di page Pa&Ma suatu ketika dahulu yang dikongsi oleh Puan Shahida, gelagat arwah suami beliau melayan kerenah si kembar mendapat perhatian netizen)
Hargailah suami atau isteri selagi masih ada. Bila dia telah pergi menghadap Ilahi, tiada lagi tempat meluah perasaan berkongsi suka dan duka. Segala perihal rumahtangga, anak dan kerjaya perlu dihadapi sendiri, ditelan sendiri.
Segala penat lelah terpaksa tanggung sendiri kerana tiada lagi tempat meluah rasa hati. Bersabarlah duhai hati. InsyaAllah ada hikmah yang menanti. Baru sahaja bertukar status kepada ibu tunggal anak empat.
HANYA TINGGAL KENANGAN
Suatu ketika dahulu, di mahligai inilah tempat kami sekeluarga meluangkan masa bersama bergelak ketawa berkongsi suka dan duka.
Di sinilah juga tempat yang menjadi saksi betapa manisnya hidup berumahtangga. Dan kini, rumah ini kosong sekosong kosongnya ibarat kosongnya hati ini tanpa insan yang paling rapat di hati.
Tiada sudah kedengaran hiruk piruk suara tangisan serta gelak tawa anak-anak tatkala bergurau senda bersama Ummi Abah.
Lenyap sudah segala gelagat dan gurauan manja Abg terhadap Syg dan anak-anak. Pupus segala kekalutan dari pandangan mata, bilamana Abg dan Syg menguruskan anak-anak dari hari ke hari. Yang tinggal hanyalah potret dan video Abg untuk ditatapi buat peneman harian pengubat kerinduan.
Setiap memori di rumah ini kekal bersemadi dalam hati. Tak pernah lekang dari fikiran terpahat utuh di ingatan. Terlalu banyak untuk diceritakan. Tak perlu dirungkaikan satu demi satu. Cukuplah ia terpateri kemas dalam hati. Terlalu mahal dan tak terhitung nilainya.
Tak sempat Syg lalui hari tua bersama Abg. Terkubur impian kita untuk sama-sama tengok anak4 membesar di depan mata. Niat hatiku nak kekal lama apakan daya jodoh kita hanyalah sementara di dunia yang fana ini. Semoga dipertemukan kembali di SyurgaNya yang kekal abadi.
Begitulah adat resam kehidupan. Teruskan melangkah menyusuri perjalanan yang dirancang Tuhan.
Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin di sini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada ku lupa Yang terpahit jua termanis Semuanya bagiku terindah Kuingati buat selama-lamanya
Doa dan alFatihah tak jemu ku kirimkan buat dirimu cintaku
Allah dah ambil sedikit kebahagiaan dalam hidup saya. Terpaksa terima walau hati tak rela. Terus bangkit demi anak empat.
Cinta sampai Syurga
Kau himpunkanlah kami di JannahMu tanpa terhakis sedikit pun rasa cinta dan kasih sayang di antara kami semua
Rindu Yang Mendalam
Abg. Malam tadi Syg mimpi.
Dalam mimpi tu Syg melilau mencari Abg di celahan orang ramai. Syg perhatikan wajah seorang demi seorang. Namun hampa, wajah insan yang paling Syg rindu pada saat dan ketika ini tetap tak kunjung tiba.
Tapi Syg terus berusaha mencari dan mencari lagi tanpa mengenal erti putus asa. Merata-rata Syg berkeliaran dalam himpunan puluhan manusia.
Syg rindu nak genggam tangan Abg, cium pipi Abg. Dakap erat-erat tubuh gagah Abg tanpa melepaskan Abg sampailah di helaan nafas Syg yang terakhir.
Sehinggalah tiba suatu saat Syg tersedar dari lena. Berdegup kencang jantung ini mungkin terlalu penat lelah berlari-lari di alam mimpi, mengharap pada yang tak pasti. Syg toleh kiri dan kanan, Abg tetap jua tiada di sisi.
Sejurus itu juga Syg terhenti dari lamunan dan angan-angan. Ternyata, Abg benar-benar tiada lagi dunia ini. Bukan hanya di dalam mimpi, malah di dunia realiti. Pedih hati, sebaknya jiwa ini hanya Dia yang mengerti. Ibarat ada peluru kecil yang menembusi dada. Lukanya mungkin terlalu sukar untuk dirawati.
Benarlah. Rindu itu suatu kemanisan, sakitnya itu apabila merindui tapi tiada balasan
Hanya Allah yang tahu bagaimana leganya hati seorang lelaki bernama Shuib setelah bayi pramatang mereka yang selamat dilahirkan semalam kini menunjukkan perkembangan yang cukup positif.
Kata Shuib menerusi Instagramnya sebentar tadi, anak keempatnya yang dilahirkan tidak cukup bulan itu sudah menunjukkan perkembangan yang baik dan kini dalam keadaan yang stabil.
Pun begitu menanti perkembangan yang lebih baik buat isteri tercintanya, Sarah sudah semestinya dinantikannya dari semasa ke semasa. Malah menerusi Instagramnya sebentar tadi, Shuib memohon agar semua terus mendoakan isterinya.
Kata Shuib, dia dan anak-anak cukup rindukan Sarah. Rintihan dari seorang suami yang mengharapkan isterinya terus kuat, begitu menyentuh hati kita.
“Rindu ini menyakitkan, Allahuakhbar,” tulis Shuib di Insta Storynya.
Malah menerusi Instagramnya petang ini, Shuib turut memohon agar mendoakan keadaan Sarah.
“Sayang, I tau you dah buat yang terbaik, You dah fight sampai anak kita dah selamat pun dilahirkan.
“Ayash Affan dah bukak mata, kaki dah tendang-tendang, tangan dah gerak, syukur alhamdulillah,” tulisnya.
“Jangan tidur lama-lama sayang”
Pun begitu Shuib terus mengharapkan moga Sarah terus berjuang dan kuat untuk kembali bersamanya dan anak-anak.
“Sekarang you penat dan sedang tidur. Tapi jangan tidur lama-lama eh sayang, I, anak-anak dan family semua rindu you. Semua menunggu you dekat rumah sayang. Jangan tidur lama sangat.
” Kuatkan semangat dan buka mata ok. Love you sayang @sitisarahraissuddin. Mohon semua terus mendoakan Sarah ya,” luah Shuib.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Niat seorang bapa meninggalkan anak perempuan berseorangan di rumah tanpa pengawasan bertukar menjadi tragedi yang tak disangka-sangka apabila anaknya ditemui meninggal dunia selepas terjatuh daripada kediamannya di tingkat 29 di sebuah kondominium di Jalan Ipoh petang Selasa (16 November)
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata mayat kanak-kanak malang berusia empat tahun itu, ditemui oleh pekerja pengurusan kondominium berkenaan di tingkat lapan.
Beliau berkata pihaknya telah menerima maklumat daripada Mers 999 pada pukul 2.41 petang tadi berkenaan seorang kanak-kanak perempuan telah terjatuh dari tingkat 29 ke tingkat lapan, di sebuah kondominium.
“Polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati mangsa telah ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan di rumah oleh bapanya dalam keadaan pintu berkunci, kerana telah keluar untuk membeli barang.
“Bapa mangsa pulang ke rumah, mendapati anaknya tiada di dalam rumah dan kemudian meminta bantuan dari pihak pengurusan untuk mencari anaknya,” katanya dalam satu kenyataan.
Tingkap bilik terbuka, ada kerusi tepi tingkap
Beh berkata mangsa telah ditemui oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa.
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tingkap di bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat sebuah kerusi berada di tepi tingkap bilik berkenaan, yang tidak mempunyai jeriji.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Selayang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!