Sebut sahaja makanan berasaskan milo, anak-anaklah orang yang paling suka. Mana tidaknya, rasa manis ditambah pula milo yang bersifat mengenyangkan ini cukup sesuai untuk anak.
Resipi Puding Roti Coklat Milo ini mama mesti cuba di hujung minggu ini. Sekali letak pasti anak-anak berebut suka. Jom cuba!
Kalau sebelum ini anda hanya pernah mencuba resepi puding roti biasa, kali ini anda boleh cuba resepi puding roti coklat milo yang dikongsi Iedaa Jahaya ini.
1 paket agar-agar serbuk bahagi kepada dua. Untuk lapis atas bawah. Loyang 6 inci. Nak guna acuan pun boleh.
1. Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak. Api sederhana, kacau hingga membuak-buak. Tutup api.
Ads
2. Ambil 1 sd adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika.
Bahan Adunan Milo:
1/2paket agar-agar
2sdb milo 1sdk serbuk koko van houten. Bancuh dengan air suam tuang masuk dalam blender
2keping roti potong-potong atau carik je pun boleh
3sdb susu pekat
5sdb gula kurang manis tambah je lagi
450ml susu cair atau susu segar
Ads
1. Blend semua bahan. Tapis masuk periuk dan masak hingga mendidih. Tutup api.
2. Tuang ke dalam loyang yang dititis adunan coklat tadi.
3. Biarkan mengeras sekejap. Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.
4. Kacau-kacau hingga adunan mencair.
Ads
5. Bila cair tutup api. Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo. Masuk dalam peti sejuk.
6. Bila dah keras keluarkan perlahan-lahan dari loyang. Potong. Sedia untuk dinikmati.
Cucur jagung rangup memang sedap dihidang bersama sos untuk makan petang. Tapi bagaimana nak jadikan cucur jagung lebih rangup? Jom ikuti resipi mudah ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR JAGUNG MAMA KRUP-KRUP
Bahan-bahan:
2 gelas tepung gandum
1 biji bawang besar (potong hiris)
1 gelas tepung beras
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu garam ( adjust lah ikut nak masin sikit boleh letak lebih sikit)
2 biji jagung
Segenggam Ikan bilis ( yang ni bole tumbuk tapi tak perlu terlalu lumat)
-Daun bawang potong hiris
-1 biji telur ( tak nak letak pun tak apa)
Cara penyediaan:
Gaul-gaul rata then tunggu 15 minit. Panaskan minyak di kuali dan goreng seperti biasa.
1 tips nak bagi rangup sebelum masak tu ambik sedikit minyak yang betul2 dah panas dan gaulkn sekejap.
Kemudian masak seperti biasa. Macam saya suka yang garing-garing sikit seperti dalam gmbar😊
Cicah dengan sos wah sedapp sangat-sangat. Anak-anak pun suka makan 😉 Simple menu. bolelah buat untuk kudapan nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kek marjerin yang dimakan ketika waktu panas sememangnya cukup istimewa. Rasanya lembut dan aromanya cukup hebat. Aroma marjerin yang semerbak baunya ketika dibakar ini buat seisi rumah terganggu sambil menanti untuk dijamah. Hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi ini pastikan sebiji kek sedap tersedia buat keluarga. Bosan mencuba kek coklat, kek marjerin ini antara yang disyorkan.
Resipi yang dikongsikan oleh Junaida Shukor ini nampak cukup sedap. Malah paling istimewa cara hendak menyediakan kek marjerin sedap ini juga cukup mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Jadi senang hendak di cuba. Jom simpan kemas resipi ini untuk raya nanti.
Resipi wajib cuba: Kuih Bunga Orang Terengganu Simple Cepat Buat, Rasanya Lembut Liat-Liat Manis!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.