“Pukul Guna Batang Kayu Ke Kepala” Anak Hampir Diculik, Lufya Cedera Demi Selamatkan Anak!

Share

Tegar mempertahankan keselamatan anak perempuannya, Laana Haura dari diculik dua hari lalu, pelakon Lufya Omar mengalami kecederaan dan kesan-kesan calar di bahagian muka dan tangannya selepas bergelut dengan seorang lelaki yang cuba menculik anaknya.

Melalui Instagram, Lufya berkongsi kisah tragis yang begitu menakutkan itu serta turut memuat naik beberapa keping gambar kesan luka dan lebam yang dialaminya ketika bergelut.

Kata Lufya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan itu membuatkan dia mula sedar akan kepentingan ilmu mempertahankan diri. Malah katanya, sebagai seorang ibu amat penting untuk kita mempunyai asas pertahanan diri demi menyelamat insan yang kita sayang.

“Dua hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara pada lebih kurang jam 4 ptg-5 ptg.

 

“Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya.

“Alhamdulillah anak selamat dan Fya pun selamat. Im a fighter! Terpanggil nak share sesuatu yang penting untuk kita semua,” kongsinya penuh tragis.

Pun begitu kata Fya, bukan hanya sekadar ilmu bahkan semua wanita perlu mempunyai asas pertahanan diri untuk berdepan situasi semacam itu demi keselamatan anak dan diri sendiri.

Kata Lufya lagi, dengan izin Allah serta segala kekuatan yang ada, dia tegar untuk melawan penyerangnya demi keselamatan anaknya.

“Apa yang Fya nak sampaikan kat sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita ni wanita yang lemah kita kena ada ilmu mempertahankan diri.

“Ikutkan orang yang menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga Fya dapat melawan dan menyelamatkan anak Fya.

“Syukur Alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan.

“Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” tulisnya berkongsi.

Semoga Lufya dan Haana Laura cepat-cepat sembuh serta dilindungi dari kejadian semacam ini lagi. Mak ayah kena berhati-hati dan sentiasa pantau anak setiap masa!

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN