Tinggal beberapa hari saja lagi sambutan Tahun Baru Cina akan berlangsung. Sudah pastinya akan kita semua sibuk merancang perjalanan sama ada untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga tersayang.
Bagi anda yang memandu, jom ke PUSPAKOM berdekatan – pastikan kereta selamat dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma!
PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Ads
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
Ads
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
Ads
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hikayat 1001 Malam menjadi buah tangan terbaharu PU RIZ sepanjang Ramadan ini hasil kerjasama beliau dengan saluran Youtube BINTANG KECIL.
Kedatangan bulan penuh keberkatan ini dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kanak-kanak. Tidak sabar untuk sama-sama mengumpul pahala berpuasa dan bersolat di samping membantu ibu ayah menyediakan juadah berbuka puasa.
Sementara menanti waktu berbuka puasa, apa kata ajak anak-anak kecil untuk bersama-sama menonton rancangan yang memberi manfaat dan ganjaran pahala kepada mereka.
Buat pertama kalinya Youtube Channel BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya oleh TATEH.
Rancangan bercerita yang sangat interaktif ini disampaikan oleh pendakwah selebriti popular PU RIZ yang akan menyampaikan kisah-kisah sahabat nabi kepada beberapa orang kanak-kanak.
Program yang akan bersiaran setiap hari bermula pada 1 Ramadan bersamaan 3 April 2022 pada pukul 6.30 petang di Youtube Channel BINTANG KECIL akan membawa beberapa tajuk cerita menarik antaranya Bestnya Tarawih, Si Anjing Dengan Pendosa, Siang & Malam Itu Amazing, Kagumi Watak Anas Ibn Malik , Kekuasaan Sultan Muhammad Al Fateh dan banyak lagi.
Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada umat Islam yang banyak membuat kebaikan di bulan Ramadan ini. Selain membantu ibu ayah, inilah masanya mendidik anak-anak kecil untuk menghayati indahnya ciptaan Allah di samping mengenali lebih dekat kehidupan para sahabat Nabi dan tokoh ilmuan Islam.
Jadi pastikan ibu ayah ajak anak-anak menghayati kisah-kisah sirah dan keagungan ciptaan Allah SWT dalam Hikayat 1001 Malam sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil.
BINTANG KECIL merupakan satu platform digital hiburan dan Pendidikan kanak-kanak terkini yang membawa anak anda ke sebuah dimensi baru penuh imaginasi. Menjadikan medium saluran Youtube dan event sebagai landasan utama, BINTANG KECIL 2022 membawa haluan baharu penuh informasi bersesuaian dengan mentaliti kanak-kanak millennial yang bijak dan pantas berfikir!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka di sebalik pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia sejak akhir tahun 2019, ia juga telah mengubah normal kehidupan ramai orang. Sepanjang menjalani tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) fasa awal pada 18 Mac hingga 9 Jun 2020 ia benar-benar mengubah normal baharu kehidupan kita.
Antara yang paling terkesan adalah golongan pekerja, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Kebanyakan golongan pekerja dari pelbagai sektor perlu bekerja dari rumah, begitu juga dengan golongan pelajar tak kira yang baru bersekolah tadika, di bangku sekolah rendah, menengah apatah lagi di peringkat kolej dan universiti.
Komputer telah menjadi barangan paling berharga sepanjang kita menjalani tempoh PKP kerana tugasan-tugasan pejabat, mesyuarat dan pelbagai lagi urusan rasmi berkaitan bidang kerja perlu dilakukan di rumah. Dalam masa yang sama, anak-anak yang bersekolah juga perlu menggunakan komputer kerana kelas pembelajaran secara dalam talian telah dilaksanakan.
Tiba-tiba anak-anak perlu berebut dengan ibu dan ayah untuk menggunakan komputer kerana bukan semua orang selama ini mempunyai komputer untuk diri sendiri. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tempoh tersebut dan kalau dikenang ia menjadi kenangan lucu setiap ahli keluarga.
Bayangkan bila ibu sudah bersiap untuk menghadiri mesyuarat secara dalam talian, tiba-tiba komputer riba miliknya sudah dikuasai oleh si anak yang sedang fokus mendengar cikgu yang sedang mengajar dalam talian. Akhirnya ibu terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada anak menggunakan komputer tersebut.
Perubahan yang positif
Selepas mengambil kira pelbagai faktor, kini komputer riba bukan lagi barangan mewah tetapi ia adalah barangan keperluan kepada setiap individu dalam rumah bagi menyelesaikan tugasan harian dengan lebih pantas.
Jadi ibu ayah sudah boleh mempertimbangkan dan meninjau komputer riba paling sesuai untuk dibeli bagi kegunaan setiap ahli keluarga kerana hari ini kita perlu mengadaptasi dengan pelbagai kebiasaan baharu dalam kehidupan termasuk menghadiri seminar, kuliah, acara termasuk peperiksaan persekolahan anak secara dalam talian.
Jadi jika anda masih tercari-cari komputer riba pilihan, anda boleh mempertimbangkan jenama Acer yang sudah berada di pasaran sejak 44 tahun lalu dan berada di lebih 160 buah negara. Apatah lagi baru-baru ini Acer mengumumkan beberapa model yang telah diperbaharui, termasuklah Acer Nitro 5 dengan pemproses AMD 7nm, Acer Spin 5, Acer Swift 1 dan siri Aspire 5 dan Aspire 3 kini berada di pasaran.
Diperkenalkan seminggu sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan, Acer Malaysia turut melanjutkan promosi Acer Day ke atas produk-produk baharu ini.
Menariknya dalam promosi Hari Kemerdekaan, pelanggan yang membeli peranti-peranti ini dan lahir dalam bulan Ogos akan menerima kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet sebagai hadiah daripada Acer Malaysia.
Cabutan bertuah “Beli dan Menang” (Buy and Win) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM25,000 kepada pelanggan yang membeli model-model terpilih Acer dari mana-mana kedai sah Acer, dalam talian atau fisikal. Hadiah ini merupakan sebahagian daripada promosi Acer Day yang dilancarkan pada 2 Ogos dan berlangsung sehingga 30 September 2020 yang menawarkan hadiah bernilai tambah berjumlah RM500,000.
Mana satu pilihan hati
Dalam barisan produk Acer yang diperbaharui dan diperkenalkan baru-baru ini, berikut antara yang boleh ibu ayah pertimbangkan sebagai pilihan hati iaitu Acer Aspire 5 dan Acer Swift 1.
Acer Aspire 5 and Acer Swift 1 didatangkan dengan lesen Microsoft Office Home & Student 2019 percuma seumur hidup. Ia memberikan nilai tambahan dan membolehkan pelanggan menyelesaikan tugasan harian dengan pantas
Acer Swift 1
Direka selari dengan keperluan pelajar dan pengguna kasual, Acer Swift 1 dilengkapi pemproses Intel® Pentium® Silver N5030, 4GB RAM dan PCIe NVMe SSD amat pantas 256GB demi memenuhi semua keperluan asas penggunaan harian. Paparan FHD IPS 14 inci tampil dengan rekaan bezel nipis yang menawarkan nisbah skrin ke badan 80%. Ia menjanjikan visual yang lebih jelas dan terang menerusi ciri Acer ExaColor™ dan BlueLightShield™.
Acer Swift 1 menampilkan kerangka besi pada bahagian atas dan bawah, bersedia untuk menemani pengguna menjalani kehidupan setiap hari dengan berat hanya 1.3kg serta senipis 14.95mm. Acer Swift 1 hadir dengan rekaan tanpa kipas yang membolehkan penggunaannya kekal senyap. Dengan ciri pengecasan pantas, ia menawarkan jangka hayat bateri sehingga 4 jam apabila dicaj selama 30 minit.
Hadir bersama Microsoft Office Home & Student 2019, Acer Swift 1 yang berwarna-warni (iridescent) boleh didapatkan pada awal September 2020. Manakala Acer Swift 1 berwarna emas boleh didapati sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan semua kedai pengedar sah Acer di seluruh negara pada harga RM2,099. Sepanjang promosi Acer Day sehingga 30 September 2020, ia boleh dibeli pada harga RM1,999.
Acer Aspire 5
Dilengkapi pemproses Intel® Core i5 Generasi ke-10, Acer Aspire 5 hadir dengan 4GB RAM bersama slot tambahan untuk tujuan naik taraf pada masa depan. Dari segi storan, Aspire 5 mempunyai PCIe NVMe SSD, 512GB super pantas. Sementara Aspire 5 menawarkan kit naik taraf HDD untuk pelanggan yang mahukan storan lebih banyak.
Sebagai tambahan, Aspire 5 sudah dipasangkan dengan Microsoft Office Home & Student 2019 untuk produktiviti segera. Aspire 5 boleh didapatkan dalam paparan FHD IPS bersaiz 14 dan 15.6 inci, bersama rekaan bezel yang nipis. Aspire 5 menawarkan prestasi cekap dalam kerangka berwarna magis ungu (magis purple) yang bergaya. Model ini boleh didapati mulai sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan pengedar sah Acer di seluruh negara. Harganya ialah RM2,599.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia, hubungi Infoline Produk Acer di talian 180088-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), WhatsApp +6011-1062 8865, atau email ama.acercare@acer.com.
Jawab soalan di bawah ini dan anda berpeluang menang hadiah komputer riba Acer Swift 3.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah lama tak bercuti bersama keluarga kan? Apa kata kali ini anda pilih suasana duduk di hotel pula bagi memberi kelainan sikit. Maklumlah sebelum ini kebanyakannya tak boleh ke mana-mana kerana Covid-19. Jadi bila ada peluang ini manfaatkanlah bersama insan tersayang.
Bagi anda yang teringin nak bawa ahli keluarga bercuti di ibu kota melihat keunikan Kuala Lumpur, tempat penginapan yang selesa dan sesuai dengan bajet adalah di The 5 Elements Hotel. Hotel butik bertema unik di Chinatown yang terkenal di Kuala Lumpur ini menawarkan bilik hotel dengan harga berpatutan serta perkhidmatan diutamakan untuk tetamu yang menginap di sini.
Ok mesti ada yang tertanya-tanya apa menariknya The 5 Elements Hotel ini? Sebenarnya The 5 Elements Hotel ini di ilhamkan dari falsafah tradisional Wu Xing, iaitu di tafsirkan semula untuk pelancong moden yang mencari sesuatu yang luar biasa. Di sini, air, kayu, api, bumi dan logam – Lima Elemen penting untuk keseimbangan sejagat – menetapkan tema untuk suasana kontemporari, bergaya dan pengalaman perkhidmatan yang menyegarkan.
Bilik selesa, fasiliti terbaik!
Selain bertemakan suasana kontemporari, beberapa jenis bilik di hotel ini seperti Standard Single, Superior Twin, Deluxe Queen, Deluxe Theme Room, Family Interconnecting Room, Water Suite, Fire Suite, Wood Suite dan Metal Suite pastinya memberi pengalaman percutian menyeronokkan.
Bilik-bilik yang dihias sederhana ini mempunyai Wi-Fi percuma, flat screen tv, mini fridge, dan kemudahan membuat teh dan kopi. Lagi best, sekiranya anda menginap di suite bertema, ada tab mandi berpusar.
Kesemua bilik-bilik ini di nyahkuman (sanitize) sebelum para tetamu menginap di sini, sangat-sangat mengikut SOP yang telah kerajaan tetapkan.
Terletak berdekatan Petaling Street
Bukan itu saja, jika anda menginap di sini, anda akan dapat lihat suasana Petaling Street. Ini kerana lokasi The 5 Elements betul-betul bahagian belakang kawasan Petaling Street, daripada lobi hotel dah boleh nampak pintu masuk Petaling Street ni.
Tapi disebabkan pandemik Covid19 kebanyakan kedai tidak dibuka pada waktu malam jadi anda bolehlah jalan-jalan sambil berOOTD di sekitar kawasan Chinatown ini.
Mesti ada yang tertanya-tanya apa menariknya Petaling Street ini? Lokasi ini menjalani pengubahsuaian besar pada tahun 2003 untuk memudahkan persekitaran yang lebih baik bagi semua orang. Ia juga dianggap ‘syurga untuk makanan’ dengan pelbagai jenis makanan tempatan ditawarkan.
Ada juga hipster cafe yang berdekatan dengan hotel ini seperti Luckin Kopi, Vintage 1988 Cafe Jalan Sultan, Leaf & Co. Café, Jalan Sultan, Mingle Cafe, Jalan Sultan, Merchant’s Lane dan banyak lagi.
Boleh menaiki bas The Hop On Hop Off
Selain itu, untuk anda yang ingin berjalan ke tempat tarikan lain di sekitar Kuala Lumpur ini, boleh menaiki bas The Hop On Hop Off yang hentiannya betul-betul di hadapan pintu masuk hotel. Jadi tak payah nak bersusah payah menunggu di tepi jalan tau.
Jadi bagi anda yang sekali sekala ingin menukar angin bercuti di Kuala Lumpur ini bolehlah menginap di The 5 Elements Hotel ini kerana lokasinya yang betul-betul di tengah-tengah pusat bandar Kuala dan harganya amat berpatutan sekali. Berbaloi dan syok sangat!
Info The 5 Elements Hotel: Lot 243 Jalan Sultan (Chinatown), 50000, Kuala Lumpur Tel : 03-2031 6888 Waze : The 5 Elements Hotel Landmark : Jalan pintu masuk bahagian belakang Petaling Street
The 5 Elements Hotel merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Hotel Bajet Keluarga Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.