Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka kuasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya berbanding orang dewasa.
Menurut pakar neurologi Dr Eric H. Lennenberg pula, sebelum anak capai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itu mereka mudah belajar bahasa asing.
Walaupun kita tidak fasih dan mahir dalam penguasaan English, jangan jadikan ia alas an untuk tidak dedahkan anak-anak kepada English.
Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu buat adalah; belajar semula English untuk anak-anak. Tak perlu sampai betul-betul mahir untuk mengajar anak, kita boleh sentiasa upgrade ilmu kita dengan sentiasa rujuk pada yang pakar dan buku-buku.
Flash card berikut dapat membolehkan anak anda memahami asas Bahasa Inggeris dengan mudah.
Sebelum tidur kita kena rajin untuk bacakan buku cerita atau bed time story pada anak supaya anak boleh jadi pintar. Biarpun anak itu baru berusia setahun namun ia memberi kesan postif kepada pembelajarannya di tadika apabila berusia enam tahun. Apa yang pasti, otak anak ini bagaikan span yang akan menyerap apa sahaja yang didengarnya dipersekitarannya. Jadi pastikan buku yang dipilih itu mempunyai isi kandungan yang berkualiti.
Berikut 7 manfaat membacakan buku cerita kepada anak sebelum tidur
1.Berdasarkan data dari National Center for Education Statistics di Amerika Syarikat, ibu bapa yang rajin membacakan buku kepada anak cenderung untuk menjadi pembaca yang lebih baik dan pintar di sekolah.
2.Interaksi semsa proses membaca membuatkan minat anak semakin tinggi terhadap buku.
3.Setiap helaian buku akan membantu anak menambah perbendaharaan kata anak-anak dan dapat mengetahui kosa kata baharu.
4.Membaca membuatkan anak-anak belajar berfikir mengenai watak-watak dalam penceritaan itu.
5.Mewujudkan ‘soal jawab’ apabila anak mula bertanya apa kesan dan akibat kepada watak-watak dalam buku.
6. Anak-anak mengenali pelbagai pewatakkan dalam buku seperti watak jahat, baik, sopan, berani dan sebagainya.
7. Rasa ingin tahu yang tinggi apabila kreativiti dan imaginasi wujud semasa anda membaca buku cerita.
Tahukah anda, penyelidikan saraf menunjukkan bahawa apabila ibu bapa yang berinteraksi secara lisan dengan kanak-kanak-termasuk membaca, kanak-kanak memperolehi banyak manfaat daripada apa yang kita fikirkan, ” kata G. Reid Lyon, Ph.D., Ketua Perkembangan Kanak-Kanak Dan Cawangan Tingkah Laku Institut Kesihatan Kanak-Kanak Kebangsaan Dan Pembangunan Manusia Di Bethesda, Md.
Justeru, sebagai ibu bapa kita harus tahu cara yang betul memilih buku. Oleh itu, bagaimana untuk memilih buku yang sesuai supaya dapat membina daya pemikiran anak. Berikut 7 cara yang betul memilih buku buat anak
1. Pilih buku yang menggunakan perkataan pendek dan singkat supaya lebih mudah untuk diingat oleh anak.
2.Berikan buku cerita atau dongeng yang sering anda baca sebelum si kecil tidur. Oleh itu, memudahkan anak untuk mengenali setiap kosa kata yang terdapat pada buku tersebut.
3.Pastikan isi kandungan buku itu berkualiti supaya memudahkan anak dalam proses pembelajarnya.
4.Pilih buku bacaan khas untuk kanak-kanak supaya isi kandungannya mempunya unsur-unsur moral seperti menghormati ibu bapa, sikap rajin, sikap berdikari, anak yang baik dan sebagainya.
5. Pastikan buku dihasilkan dengan gambar bersaiz besar dan ilustrasi yang menarik supaya memudahkan anak memahami isi kandungan buku tersebut.
6. Buku yang memiliki gambar hitam putih tidak sesuai untuk anak yang sudah besar dan ia juga akan membuat anak cepat bosan. Seharusnya memilih buku dengan gambar yang berwarna terang untuk menarik minat anak.
7. Jangan lupa untuk memilih buku yang mempunyai tulisan yang bersaiz besar supaya mudah anda dan anak untuk membacanya (sekali-sekala anda suruh anak baca buku dan anda yang dengar pula).
Namun pastikan buku itu berguna untuk melatih kemampuan dan kecerdasan otak anak. Semoga panduan ini bermanfaat untuk ibu ayah mendidik anak menjadi seorang yang cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah ibu bapa cuba berjimat dalam perkara tertentu. Salah satu langkah penjimatan itu ialah dengan membeli barangan penjagaan bayi dan kanak-kanak yang dijual pada harga yang lebih murah.
Daripada sudut yang lain, ibu bapa ini mungkin terlupa bahawa keprihatinan terhadap kesihatan kulit anak perlu diutamakan juga. Seharusnya ibu bapa perlu lebih teliti membeli kerana ada anak yang mungkin mengalami masalah kesihatan kulit.
Pemilihan sabun atau mandian bayi dan kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana kulit bayi dan kanak-kanak lembut lalu ia memerlukan penjagaan rapi. Oleh yang demikian, penggunaan produk berkaitan perlulah bersesuaian dengan kulit masing-masing.
Anda perlu ingat bahawa apa yang elok untuk orang dewasa tidak semestinya memberi kesan positif yang sama kepada bayi dan kanak-kanak. Jadi, bijaklah dalam memilih produk yang bersesuaian untuk anak anda. Sekiranya pemilihan yang dibuat tidak berseuaian dengan diri anak anda, tentu sahaja ia boleh menimbulkan masalah kulit kepadanya seperti kegatalan, keradangan, ruam, bintik dan sebagainya.
Sebaik-baiknya pilih produk yang mesra alam dan bebas daripada bahan kimia. Bahan yang perlu dielakkan itu antaranya ialah sodium lauryl sulpoacetate (SLS). SLS sering digunakan dalam pembuatan syampu, sabun dan pencuci kerana ia berupaya menghasilkan buih yang banyak. Penggunaannya dalam industri penghasilan produk penjagaan diri banyak digunakan kerana ia murah.
Bahan kimia lain ialah yang selalu digunakan dalam sabun pencuci dan pelembut pakaian iaitu acetaldehydes. Ia menjadikan produk yang mengandungi berbau wangi. Bau wangi hasil penggunaan acetaldehydes boleh memberi kesan buruk seperti melemahkan sistem imun dan menyebabkan anak anda mudah terkena selesema, demam dan diserang penyakit lain termasuklah gangguan pernafasan seperti asma dan alahan.
Triclosan yang banyak terkandung di dalam produk pencuci tangan dapat mencegah pertumbuhan bakteria. Walau bagaimanapun, ia turut memberi kesan tidak baik kepada pertumbuhan sel-sel otak dan gangguan hormon.
Tahukah anda kebanyakan bahan pencuci malah pencuci yang dikhaskan untuk mencuci botol susu bayi turut mengandungi bahan kimia seperti paraben. Ia boleh meresap ke dalam botol susu dan seterusnya masuk ke dalam badan anak anda semasa menghisap susu menggunakan botol susu yang dicuci menggunakan pencuci yang ada paraben ini. Kesan buruk paraben ialah boleh menjejaskan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Janganlah mudah terpengaruh dengan harga murah atau tertarik dengan bungkusan yang comel dan menarik. Paling penting ialah anda teliti terlebih dahulu kandungan produk supaya dapat menjamin keselamatan tahap kesihatan dan sesuai digunakan oleh anak anda.
Cara terbaik adalah memilih produk yang menyediakan pelbagai ramuan semula jadi atau bahan yang selamat untuk menghasilkan produk mandian dan penjagaan diri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Secara umumnya, pada peringkat awal usia, kanak-kanak lebih suka bermain sendirian tanpa diganggu oleh orang lain. Barang kepunyaan miliknya tidak boleh diganggu.
Sekiranya ada orang lain mengambilnya, dia akan menangis atau merampas kembali mainan kepunyaan. Oleh itu orang dewasa tidak perlu bimbang kerana hal ini dianggap biasa kepada kanak-kanak lingkungan usia dua hingga tiga tahun.
Namun terdapat beberapa cara untuk mendidik kanak-kanak yang bersikap sedemikian. Kanak-kanak kecil mudah meniru orang di sekelilingnya. Tunjukkan contoh positif berkongsi.
Pastikan ada penggunaan perkataan “kongsi” setiap kali bertukar barangannya dengan orang lain.
Dengan cara ini, diharap anak anda dapat belajar bahawa berkongsi itu adalah aktiviti yang menyeronokkan. Pujian yang positif hendaklah diberikan semasa berinteraksi. Secara tidak langsung, anak anda berupaya untuk menguasai kemahiran berkongsi alatan mainan dan barangan lain.
Memang benar kanak-kanak suka bersama dalam kumpulan tetapi dia tidak suka bekerjasama antara satu sama lain. Pastikan terdapat banyak pilihan untuk menghindarkan masalah perebutan alatan. Selain itu, beri penekanan setiap alat mainan perlu dikongsi terutamanya mainan yang menjadi terlalu penting kepada kanak-kanak. Setiap mainan yang digunakan perlu dikembalikan mengikut masa yang ditetapkan.
Namun, kanak-kanak di bawah usia empat tahun sememangnya tidak memahami konsep masa. Menyuruh si kecil menggunakan alat mainan atau meminjamkannya untuk jangka masa sekejap, tidak memberi apa-apa makna. Dia tidak memahami langsung erti sebentar waktu. Dicadangkan gunakan jam waktu atau isyarat yang membolehkan dia faham bahawa alat yang dipinjam perlu dikembalikan mengikut masa yang ditetapkan.
Paling penting, sama ada di taska atau tadika perlu ada banyak alatan mainan untuk setiap kanak-kanak bermain. Kekurangan alatan mainan akan menjadi masalah perkongsian mainan. Kanak-kanak akan berkelakuan bertolak ansur apabila mempunyai banyak pilihan dan bebas memilih.
Tindakan tegas, disiplin secara membuta tuli dan menyakitkan perasaan sebenarnya akan menimbulkan lebih banyak masalah. Oleh itu, gunakan pendekatan bimbingan dengan penuh kesabaran untuk menggalakkan kanak-kanak menjadikan amalan berkongsi menjadi tabiat yang memberi kepuasan kepada dirinya.
Tip aktiviti perkongsian alatan secara kumpulan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!