Salah satu masalah para ibu untuk memastikan kesegaran sayur-sayuran yang dibeli adalah kerana ia cepat layu. Mahu selalu ke pasar semata-mata untuk membeli sayur terasa seperti tidak berbaloi. Banyak cara kreatif para ibu untuk menyimpan sayur yang dibeli seperti dibekukan menjadi ais atau disimpan dalam balang berisi air.
Terdapat cara lain untuk menyimpan sayur dan mengekalkan kesegarannya. Cara menarik ini dikongsikan oleh Ismiza Ishak. Hanya menggunakan tisu dapur, aluminium foil dan pita pelekat.
Buat sahabat semua, kaklong nak share sedikit ilmu cara utk simpan Sayur-Sayuran agar tahan lebih lama.
Tak byk kos yg di perlukan. paling penting jangka hayat sayur-sayuran yg kita beli lebih tahan lama dan masih segar setiap kali kita nak guna utk bahan masakan kita. Sgt berguna ilmu ni.
Bahan-bahan yg Di perlukan aluminium foil, tisu dapur, selotep dan permanent marker pen.
Ads
1. Aluminium foil (ukuran agak-agak boleh bungkus Sayur-Sayuran yg kita nak simpan)
2. Tisu Dapur (pun ikut selera dan kesesuaian)
3. Lipat Dan bungkus Sayur-Sayuran.
4. Kemaskan dengan soletep Dan tandakan tarikh (senang kita ambil ikut tarikh, guna sayur yg tarikh lebih lama Kita simpan sebelumnya supaya tak membazir)
Ads
5. Kalau ikut cara kaklong, saya lebih suka potong Dan simpan dalam portion kecik supaya nanti senang ambil utk sekali masak (saya suka campur sayur dan bahan lain). Cth, satu brocolli saya bahagikan kpd 3 bahagian.
6. Ada cth sayur yg saya ambil gambar Di bawah, tarikh 1/5/2020 Dan Masih Segar pada tarikh 10/5/2020 – Kobis Panjang
7. Peria yg saya potong separuh – dah masak pada tarikh 1/5/2020 juga Masih elok pada Hari ini 10/5/2020.
Ads
8. Cara ni sesuai utk org yg jenis cermat, sayang kalau sayur mudah rosak Dan paling penting effort utk basuh,keringkan, potong, bahagikan, bungkus Dan susun dalam peti. Buka bungkus dengan cermat, bila habis guna sayur-sayuran tu, aluminium foil masih boleh guna lg sekali kalau Masih elok. Kalau korang ganas, sekali guna je la aluminium foil. Management utk apa pun perkara dlm hidup sgt penting.
Kena lebih sedikit usaha dan tenaga utk pastikan sesuatu Tu berbaloi dgn duit yg Di laburkan. Bahan masakan jaman la ni pun bukan murah. Selagi boleh jimat Dan panjangkan hayat sayur-sayuran Kita apa salahnya Kan…
Dengan perkongsian menarik ini, diharapkan dapat membantu para ibu untuk menyimpan serta mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dengan lebih berkesan. Sekiranya anda merancang untuk membuat sayur campur, mungkin boleh simpan sekali sayur yang mahu digunakan dalam satu bungkusan. Nak masak, ambil saja. Selamat mencuba!
https://www.youtube.com/watch?v=NwXsU3l__QY&t=78s
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma masa sahaja yang menentukan. Muda atau tua tiada siapa yang tahu bilakah akan tiba masanya.
Pagi ini satu perkhabaran duka telah dikongsikan oleh Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, 59 yang telah kehilangan satu-satunya cucu lelaki beliau, Muhammad Ahmad Aiman putera kepada anakanda beliau Atiyah dan Aiman.
Perkara tersebut dikongsikan beliau menerusi Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah.”
Terdahulu, Prof Muhaya sempat berkongsi tentang keadaan cucunya itu yang terpaksa dihentikan mesin bantuan pernafasan.
“Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk. Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.”
Kanak-kanak tersebut yang merupakan anak kepada Dr. Noor Atiyah Azmi menghidap masalah ‘semilobar holoprosencephaly’ iaitu sejenis gangguan terhadap perkembangan otak sejak dari kecil.
Dalam postingnya sebelum ini Prof Muhaya turut berkongsi keadaan cucunya yang tenat setelah dimasukkan ke hospital. Beliau turut meminta doa dan sokongan untuk kesejahteraan cucunya itu.
“Minta semua doakan cucu kami Muhammad Bin Ahmad Aiman yang sedang tenat di Atur Allah takdir terbaik dunia akhirat . Tkasih atas doa dan sokongan.”
Ternyata Tuhan lebih menyayangi anak ini, pagi ini setelah dihentikan mesin sokongan hayat, dia pergi jua kepada Sang Pencipta, moga roh anak ini dicucuri rahmatNYA! Salam takziah diucapkan kepada keluarga Prof Muhaya.
Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan. Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.
Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.
LELAKI MABUK PANDU MYVI
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu suspek dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.
“Pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar murid berkenaan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, bertindak atas kejadian itu, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 28 tahun.
Menurutnya, ujian saringan yang dilakukan mendapati bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah.
“Suspek direman bermula Khamis sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pagi ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian chef selebriti, Adamdidam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail. Berita tersebut dikongsikan oleh sepupunya, Natasha Amran menerusi laman Instagram pada pagi Ahad. Perwatakannya yang bersahaja dan tutur kata yang lembut membuatkan Allahyarham Adam sangat disenangi ramai.
Kehilangan ini bukan sekadar dirasai keluarga serta teman-teman terdekat Chef Adam tetapi juga anak-anak saudaranya yang merupakan adik beradik popular; Fatimah, Ali & The UK Family. Mereka dikatakan rapat dengan Mamajee mereka. Suatu ketika dahulu, pernah ada video yang menunjukkan Fatimah dan Ali menjawab soalan tentang Mamajee mereka.
Menurut Fatimah, pakciknya itu tidak garang. Hanya akan marah apabila mereka buat salah sahaja. Tambah Ali di dalam video tersebut, jika marah pakciknya itu seperti singa. Jika mereka ada buat salah, mereka akan ke biliknya dan meminta maaf. Kemudian mereka akan memeluk pakcik mereka. Tidak cukup dengan itu, kata Fatimah lagi dia akan bersalam dan ‘pinky promise’ dengan Mamajee lantas mengatakan I Love You kepada pakciknya itu.
Di dalam video itu juga Fatimah memberitahu dia sedih jika Mamajee harus pulang ke Malaysia selepas melawat mereka di United Kingdom kerana mereka sering tidur, berenang dan ke perpustakaan bersama-sama. Mereka juga sering memasak bersama-sama. Fatimah melahirkan rasa rindu terhadap pakciknya di dalam video itu. Apabila ditanyakan seberapa banyak dia menyayangi pakciknya, Fatimah berkata, “I love Mamajee as big as a mountain dan banyak macam stars atas sky tu.”
Menonton video itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa Adamdidam sangat disenangi oleh anak-anak saudaranya. Selain itu, terdapat juga video di mana Fatimah membuat kuih akok bersama Mamajeenya.
Menurut sumber (saudara terdekat Adamdidam), chef ini meninggal dunia sekitar jam 5.00 pagi kerana jangkitan paru-paru. Pihak keluarga telah lama mengetahui keadaan kesihatan Adam sejak sekian lama. Tambahnya lagi, sejak bulan Februari yang lalu keadaannya sudah mulai merosot.
Adam meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot. Allayarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.
Ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Adamdidam dari Pa&Ma. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar...