Ada waktunya kita sendiri tak sedar kita dah lakukan beberapa kesilapan kecil dalam mendidik anak. Salah satunya adalah memanggil nama anak dengan panggilan yang kasar atau kuat ketika anak sedang melakukan sesuatu perkara. Tak kisahlah samada sedang main atau tengah belajar.
Sebenarnya ada caranya jika hendak memanggil anak. Perlu ada caranya. Info yang dikongsikan oleh Ibu Rose-Mesejnya Kasih ini mama papa kena tahu. Lepas ni kena hati-hati bila nak panggil anak, bimbang hilang kosentrasinya di masa depan. Take note mama!
GENIUS STATE
Pernahkah anda di dalam situasi ini?
Ads
Anda memanggil anak anda untuk melakukan sesuatu. Puas anda memanggil dia. Tetapi dia tidak langsung memperdulikan laungan anda seolah-olah dia tidak mendengar langsung. Bila anda datang kepadanya, anda dapati rupa-rupanya dia sedang asyik bermain. Terlampau asyik…geram betul hati anda!
Sebelum anda melenting marah kepadanya ketahuilah akan apa sebenarnya sedang berlaku.
Ads
Sebenarnya, sememangnya anak anda itu tidak dengar langsung akan panggilan anda kerana dia sedang ‘asyik’ atau ‘kusyuk’ atau nama saintifiknya ‘ Genius State’. It a good state to be. Especially bila dia dah besar nanti, dah pergi sekolah, bila dia belajar, kita mahu dia be in the genius state. Jadi, kalau masa kecil ni dia diganggu bila dia dalam state itu terutamanya dimarah, lama-lama dia tidak mahu lagi kusyuk belajar. Dan tidak merasakan belajar itu mengasyikkan.
Itulah yang terjadi pada anak-anak di sekolah sekarang. Kerana semasa kecil, bila dia dalam genius state dia selalu dimarah, diganggu dan dihukum.
Ads
So, bila dipanggil dia tidak datang, pergi tengok apa yang sedang dia buat. Buat sama dengan dia. Lepas tu, ajak dia buat apa yang anda nak dia buat dan ajak lakukan dengan cara bermain.
Ini tidak pula sama untuk anak-anak remaja.
Gently, gently help him to believe in his abilities.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjagaan kesihatan pergigian adalah sangat penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak. Ia adalah penting untuk memastikan kita dapat mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.
Oleh yang demikian, setiap ibu bapa haruslah memandang serius perkara ini dan memastikan anak-anak melakukan rutin penjagaan gigi dengan baik sejak dari kecil lagi.
Pemeriksaan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali haruslah menjadi amalan dalam keluarga agar rawatan dalam dijalankan dengan segera jika terdapat kerosakan pada gigi.
Ajar Anak Jaga Gigi
Sejak anak masih kecil, ibu ayah perlu ajarkan pada anak tentang kepentingan menjaga Kesihatan gigi. Biarpun gigi susu, Kesihatan gigi serta kebersihan mulut tetap perlu dijaga untuk keselesaan anak.
Beberapa perkara yang boleh ibu ayah lakukan untuk ajar anak menjaga gigi adalah:
Gosok gigi dengan anak
Sebenarnya sebelum anak ada gigi pun ibu ayah dah boleh bersihkan mulut mereka. Gosok perlahan dengan kain yang dibasahkan pada bahagian gusi dan lidah. Dengan cara ini, anak-anak akan terbiasa menjaga kebersihan mulut dan mudahlah untuk ajak mereka gosok gigi.
Carilah ubat gigi berperisa dan sesuai untuk kanak-kanak serta berus gigi yang comel-comel untuk buat anak teruja. Paling penting, ketika meminta anak untuk menggosok gigi kita juga perlu buat perkara yang sama.
Jangan beri anak minum susu ketika tidur
Kadang-kadang dah menjadi tabiat anak suka minum susu sebelum tidur mahupun semasa sedang tidur. Kesan susu sepanjang malam akan menyebabkan bakteria berkumpul dalam mulut dan menyebabkan kerosakan gigi anak.
Jaga pemakanan anak
Tak salah kalau anak nak makan aiskrim, coklat atau gula-gula selagi tidak berlebihan. Namun perlulah di bawah pengawasan dan pastikan gigi anak digosok selepas mereka makan makanan manis sebelum masuk tidur. Makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula akan menyebabkan kaviti dan gigi berlubang.
Rajinkan berkumur
Jadikan tabiat seperti mana kita membasuh tangan selepas makan, amalan berkumur juga dapat membantu menjaga kebersihan gigi dan mulut. Pastikan anak berkumur sekurang-kurangnya tiga kali semasa membasuh mulut untuk ‘bilas’ segala kekotoran yang mungkin ada.
Bawa anak ke klinik pergigian
Sangat penting untuk bawa anak-anak berjumpa doktor gigi bagi memeriksa tahap kesihatan gigi mereka. Disarankan bawa anak-anak ke klinik pergigia setiap enam bulan. Pemilihan klinik gigi yang bersesuai juga adalah penting kerana tidak semua klinik pergigian menawarkan perkhidmatan moden dan mempunyai peralatan moden dan terkini.
Tahniah! Klinik Pergigian Anitawaty merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi Klinik Pergigian Keluarga Pilihan Keluarga
Klinik Pergigian Pilihan Keluarga
Klinik Pergigian Anitawaty ditubuhkan pada April 2004 berpusat di Premis Perniagaan Subang Perdana. Bermula dengan kakitangan seramai dua orang sehinggalah kini mempunyai organisasi seramai 6 orang kakitangan sepenuh masa dan juga locum bertugas di dua premis.
Bagi Klinik Pergigian Anitawaty ini, mereka amat mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti agar mereka dapat meluangkan masa yang optimum untuk mendengar kebimbangan pelanggan dan menerangkan semua pilihan dan prosedur yang tersedia.
Istimewanya Klinik Pergigian Anitawaty ini adalah kerana ia menawarkan penjagaan dan perkhidmatan pergigian yang komprehensif untuk semua peringkat umur, daripada golongan muda, dewasa dan warga emas.
Ubat Gigi Kasturi
Selain fokus dalam memberi perkhidmatan pergigian pada pelanggan, Klinik Pergigigan Anitawaty juga mempunyai beberapa rakan sokongan seperti pihak pembekal ubat, pembekal peralatan dan maintanance serta makmal-makmal pergigian.
Mereka juga bekerjasama dengan rakan strategik perniagaan iaitu Manarah Cure Sdn Bhd dengan mengeluarkan produk kesihatan seperti ubat gigi kasturi, Kastury gel mandian organic, Kastury antiseptic, Kastury penyegar muka, Kastury penyegar mulut serta Manarah vitamin C.
Klinik Pergigian Anitawaty turut aktif memberikan seminar dan menjadi konsultan berkenaan penjagaan kesihatan pergigian kepada mana-mana badan swasta mahupun kerajaan yang inginkan perkhidmatan mereka.
Lukisan ibarat pelukis ‘pro’ Jepun! Itulah yang ramai katakan apabila melihat hasil karya Luth Harith, 13 tahun. Susah untuk percaya, anak yang suatu ketika dahulu disahkan menghidap ADHD dan autisme ini kini hidup seperti kanak-kanak normal.
Perjalanan hidup Luth tidak mudah. Dulu, dia sukar memberi tumpuan, mudah gelisah, dan tidak mampu duduk diam seperti rakan sebaya. Namun, segalanya berubah berkat kesabaran, usaha konsisten, dan kasih sayang tanpa batas daripada ibunya.
“Alhamdulillah, sekarang dia dah normal macam budak-budak lain,” ujar ibunya dengan penuh syukur.
Seni Jadi Terapi Diam
Salah satu rahsia perubahan positif Luth ialah terapi senyap melalui seni. Minat melukis bukan sekadar hobi, tetapi ruang selamat untuk dia fokus dan menenangkan fikiran. Setiap hari, Luth akan menghasilkan lukisan baharu, diinspirasikan daripada gambar yang disimpan dari TikTok atau Google.
Jika dulu garisan lukisannya kasar, kini karyanya penuh perincian dan harmoni, seakan hasil pelukis profesional Jepun. Perubahan ini bukan sahaja pada bakat, tetapi juga pada kemampuannya mengawal emosi dan fokus dalam kehidupan seharian.
“Melukis ni zon selamat dia… bila dia melukis, dia boleh duduk diam dan tenang,” cerita ibunya lagi.
Peranan Sokongan Keluarga
Bagi ibunya, penerimaan terhadap keadaan anak adalah langkah pertama yang penting. Kemudian barulah memilih kaedah terapi yang sesuai. Luth juga mengikuti terapi pertuturan dan sensori, selain penjagaan pemakanan yang baik untuk kesihatannya.
Kisah ini membuktikan bahawa anak istimewa bukan penghalang untuk berjaya. Dengan bimbingan, ruang untuk berkreativiti, dan sokongan penuh keluarga, mereka mampu mencapai potensi maksimum.
Tip Pa&Ma: 5 Cara Bantu Anak ADHD & Autisme Lebih Fokus
Kenal pasti minat anak – Gunakan minat itu sebagai terapi semula jadi.
Buat rutin harian – Rutin membantu anak lebih teratur dan fokus.
Gunakan kaedah visual – Gambar atau warna membantu mereka memahami arahan.
Kurangkan gangguan – Sediakan ruang khas untuk anak melakukan aktiviti.
Sabar & konsisten – Perubahan ambil masa, tetapi hasilnya sangat berbaloi.
Tak dinafikan bila anak terlalu obses dengan gajet sehingga ketagihan untuk bermain setiap hari, mak ayah jadi risau. Bermacam cara dilakukan untuk dikurangkan namun menemui jalan buntu.
Jangan cepat pasrah dan berikan akan gajet sewenang-wenangnya, cuba usahakan dulu cara mudah ini seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Mana tahu menjadi!
3 orang anak saya pernah ketagih gajet serentak! Masa tu PKP dan saya sekeluarga terperangkap di kampung.
Bila di kampung ni faham fahamlah ramai pakcik pakcik yang ‘bermurah hati’ nak bagi henfon dan gajet mereka pada anak anak saya. Mula-mula tu okay je tapi makin lama perangai anak saya makin pelik. Dia jadi makin mudah tantrum dan tak boleh kawal emosi.
Ah! Tak boleh jadi ni. Kena do something ni kalau tak makin lama makin teruk jadinya!
Macam macam cara saya dan isteri buat untuk hilangkan ketagihan anak anak kami daripada gajet.
Sebut je apa cara. Semuanya dah buat. Beli mainan itu mainan ini, beli buku sains, beli buku bergambar, beli basikal, beli skuter, beli sampai beribu ringgit buku cerita! Bayangkan berapa ratus buah dah beli tu. Semuanya tak jalan!
Saya share teruslah ya macam mana ketiga-tiga anak saya boleh terus hilang ketagihan henfon dan gajet dia. Saya guna Formula BA
Mula-mula kena tahu dulu BATS ni singkatan untuk apa.
B = Boredom (kebosanan) A = Alternative (alternatif lain) T = Time (masa) S = Support & Surrounding (sokongan&sekeliling)
Ceritanya macam ni, mula-mula saya akan bagi dulu anak anak saya kebosanan dengan kurangkan masa dia dengan gajet. Kadang sorokkan remote control TV, kadang sorokkan henfon. Kadang kena tegas je yang dia boleh main henfon 1 jam je sehari.
Ni namanya fasa Boredom. Waktu ni memang kena tahan sikit la sebab anak akan banyak merengek.
Okay next, masa diorang tengah kebosanan melampau tu, saya ambil buku yang boleh bagi ‘dopamine rush’ pada anak dan main je depan diorang tanpa ajak pun diorang main sekali.
Nanti kan tiba-tiba je diorang menyibuk nak buat. Masa tu kiranya ‘perangkap’ dah mengena la. Ni kiranya dah masuk fasa Alternative la sebab kita dah berjaya bagi anak alternatif lain yang boleh ganti gajet diorang.
Next adalah fasa Time. Masa diorang tengah khusyuk dan asyik nak berkepit je dengan buku tu, perlahan lahan kena kurangkan masa diorang dengan gajet. Buat perlahan lahan tau.
Fasa terakhir adalah Support & Surrounding. Bila anak dah mula nampak stabil dan asyik khusyuk duk buat latihan dalam buku tu jangan pula kita bukak TV atau main henfon depan diorang.
Bagi diorang masa sikit nanti lama lama kita boleh tengok anak anak kita tu jadi ketagih buku dan boleh fokus berjam jam dengan buku.
Masa tu alhamdulillah leganya sampai tak boleh nak cerita. Bayangkan anak yang selama ni susah nak fokus belajar apatah lagi baca buku tiba tiba jadi boleh pegang buku berjam jam lamanya.
Nikmat tu tak terkata. Sebab tu lah misi saya nak selamatkan 1 juta anak anak di Malaysia ni daripada ketagih henfon dan gajet. Saya nak mak ayah lain rasa apa yang saya dah rasa. Syukurnya hanya Allah yang tahu.
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.