Punyalah Malu Nak Belikan Mateen Makanan Ketika Bulan Puasa. Yana Siap Beritahu Kepada Pelayan Yang Dia ‘Order’ Tu Untuk Anaknya

Share

Baru-baru ini Yana Samsudin berkongsi sebuah foto di laman Instagramnya. Dengan caption yang agak lucu kerana dia berkongsi pengalaman membeli makanan untuk anaknya, Aisy Mateen ketika bulan Ramadan. Menurut pelakon dan pengacara cantik ini, dahulu dia segan untuk membeli anaknya makanan.

Sehinggakan ketika membuat order, dia beritahu untuk anaknya. Tambahnya lagi, apabila sudah masuk dua tahun pengalaman, dia sudah semakin okay. Sudah biasa belikan makanan untuk Mateen. Katanya kalau malu-malu, anak pula yang kelaparan dan dahaga. Apatah lagi jika berada di luar, kerana anak ibu ayah sanggup buat apa sahaja.

Kiranya ada ‘lesen besar’ untuk beli makanan di siang hari bila dah ada anak. Sempat bertanya kepada pengikutnya di Instagram, pernah atau tidak dilihat pelik orang lain ketika membeli makanan pada waktu siang. Berseloroh, kata Yana jangan pula ada yang mengirim makanan untuk dia belikan hanya kerana Yana memiliki ‘lesen besar’.

Sumber: Yana Samsudin

IKLAN