Punyalah Rangup Karipap Pusing Ni, Nak Buat Pun Senang, Inti Padu!

Share

Bukan semua daripada kita sukakan kuih muih yang manis dan berlemak. Ada juga dikalangan kita lebih sukakan kuih yang pedas atau savoury seperti samosa, karipap dan sebagainya. Karipap antara kuih yang paling digemari kerana intinya yang enak ditambah pula dengan kulitnya yang rangup.

Bagi anak-anak yang cukup sukakan karipap, resipi karipap pusing yang disediakan oleh Hazlita Ishak ini memang terbaik. Hasilnya cukup rangup malah cara yang ditunjukkannya juga cukup mudah. Jom cuba!

Resipi wajib cuba:Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri Rempeyek Sedap Terlebih Bilis, Padu!


Resepi Karipap Pusing Rangup

Doh majerin:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan majerin + 2 sudu besar shortening

Satukan semua bahan dan sebatikan hingga menjadi doh.

Doh minyak
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak dipanaskan
Secubit garam
Air secekupnya

Sebatikan semua bahan kecuali air, bila dah sebati baru masukkan air sikit demi sedikit. Berhenti masukan air bila doh tak lekat di tangan.

Bahagikan Doh majerin dan doh minyak kepada 15 bahagian. Kalau nak bagi 6 pun boleh ikut selesa masing masing ye. Janji adunan tu dibahagi sama banyak. Bulat-bulatkan doh seperti dalam gambar.

Ambil 1 doh minyak, leperkan dan letakkan doh marjerin ditengah.

Tutup doh majerin tu. (Tak faham boleh rujuk gambar).

Ulang langkah yang sama hingga habis dan perap 5 minit dalam bekas bertutup tau.

Gelek adunan, jangan terlalu nipis, sapu dengan sedikit air tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.

 

Setelah di gulung gelek lagi sekali dan gulung.

Potong adunan 2 bahagian.

Ambil 1 bahagian dan gelek jangan nipis sangat.

Letak inti bahagian bawah yang di gelek dan kelim tepi karipap.

Bakar/goreng separuh masak untuk di frozeen kan. Hasil resepi ni boleh dapat 30 bijik karipap.

Bahan-bahan inti:
1 1/2 bawang besar hiris
2-3 ulas bawang putih hiris
1 peket serbuk kari ayam
Ayam -dipotong kecil
4 biji kentang -didadu

Tumis sampai naik bau dan layu masuk kan serbuk kari ikut kepedasan yang dikehendaki, bancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak, masukkan ayam yang dihiris dan kentang atau keledek. Tuang air secukupnya, sampai dia empuk.

Tambahkan garam gula dan perasa. Siapa suka inti manis manis pedas tambah 2 hingga 3sb gula lepas tu masak sampai kuah kering, dah kering boleh tabur daun sup kalau suka. Siap.

Resipi wajib cuba: Mee Kari Chinese Style Memang Power Sambalnya Yang Buat Makan Bertambah!

IKLAN