Puri dan bubur boleh dijadikan sajian awal kepada bayi selepas pertama kali diperkenalkan kepada makanan pelengkap. Semestinya tanpa garam & gula!

Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.

Menyediakan sendiri sajian untuk bayi boleh memastikan ia lebih sihat kerana ibu tahu bahan yang digunakan dan kaedah penyediaan yang bersih. Ibu boleh menggunakan 15 resepi ini sebagai panduan.

#1: Puri brokoli, oat dan pir

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan brokoli, dipotong kecil
1/2 cawan oat
1 biji pir, dikupas dan dipotong dadu

CARA-CARA
1.Masukkan brokoli dan pir bersama air ke dalam periuk.
2.Apabila semua bahan sudah empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.

#2: Puri brokoli bayam

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

BAHAN-BAHAN
1 cawan bunga brokoli, bersihkan
2 cawan bayam, bersihkan

CARA-CARA
1. Masukkan brokoli dalam periuk pengukus selama air mendidih. Kukuskan selama dua minit.
2. Tambah bayam dan kukus lagi selama dua hingga dua minit atau sehingga brokoli lembut.
3. Angkat dan masukkan ke dalam dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.

TIP: Semasa mengisar puri,pastikan anda mendapatkan tekstur yang sesuai dengan bayi. Elakkan puri yang halus bagi bayi lapan bulan ke atas kerana mereka menyukai puri yang lebih bertekstur.

#3: Bubur pisang dan beras perang

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

BAHAN-BAHAN
2 biji pisang, dikupas dan didadu
1/2 cawan beras perang, cuci
1 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan beras ke dalam periuk dan masak seperti memasak bubur.
2. Apabila mendidih, masukkan pisang dan biarkan sehingga bubur masak.
3. Kemudian campurkan semua bahan dan kisar. Sedia untuk dihidang.

#4: Puri pisang, oat dan pir

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

BAHAN-BAHAN
1 biji pisang saiz sederhana, kupas dan dipotong
1 biji pir yang masak, cuci bersih, kupas dan potong dadu
1/4 cawan oat masak segera
1/2 cawan air

CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Stimkan pir sehingga lembut.
2. Kemudian masakkan oat dengan air sehingga masak.
3. Selepas itu, kisarkan semua bahan sehingga mendapat tekstur yang sesuai dengan si manja.

IKLAN

#5: Bubur oatmil, labu & ikan

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

BAHAN-BAHAN
1 cawan labu yang dipotong dadu
1 sudu besar oatmil segera, dikisar halus
50gram isi ikan tenggiri
Sedikit halia
Air panas secukupnya

CARA-CARA
1.Labu dipotong dadu, oatmil dikisar manakala isi tenggiri dicuci bersih dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu bersama isi ikan tenggiri dan halia sehingga masak.
3.Apabila kedua-duanya masak, masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
4.Kisarkan dengan sedikit air panas sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air panas sekiranya mahukan tekstur lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.

Labu penuh dengan dan kebaikan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam labu sesuai untuk perkembangan bayi. Sebagai contoh, kalsium dan magnesium membantu membina tulang yang lebih kuat, fosforus dalam fungsi otak, pencernaan, keseimbangan hormon, dan sebagainya.

#6: Puri labu, ayam dan brokoli

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1/2 cawan bunga brokoli
1 ulas bawang putih
50gram isi ayam
Sedikit minyak zaitun

CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala brokoli dipotong kecil dan cuci bersih. 2.Kukuskan labu bersama ayam, bawang putih dan brokoli yang sehingga masak.
3.Kemudian kisar halus sebelum disajikan kepada anak.

#7: Puri labu dan kurma

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
2 biji kurma

CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala kurma dibuang biji dan potong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan isi kurma.
4. Sajian sedia untuk dinikmati.

Elakkan mengisar terlalu halus untuk bayi yang berumur lapan bulan ke atas kerana pada usia ini bayi lebih berminat kepada sajian yang bertekstur lebih kasar.

#8: Puri kentang dan labu

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & BuahBAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji ubi kentang
Sedikit air

CARA-CARA
1. Labu dan ubi kentang dikupas dan dipotong dadu
2.Kukuskan kedua-duanya sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan sedikit air.
4.Sajikan kepada si kecil.

IKLAN

#9: Puri pisang dan labu

BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji pisang
Secubit serbuk kayu manis (opsyenal)
Sedikit air

CARA-CARA
1. Labu dikupas dan dipotong dadu manakala pisang dikupas dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan pisang dan sedikit air.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum disuapkan kepada bayi anda.

Oat mengandungi dengan sebatian vitamin, mineral dan sebatian anti oksidan. Terkandung zat seperti mangan, fosforus, magnesium, kuprum, besi, zink, folat, vitamin B1, vitamin B5, kalsium, potassium, vitamin B6 dan vitamin B3.

#10: Bubur oat, ayam dan lobak merah

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

 

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/2 biji lobak merah, dipotong dadu
50gm isi ayam, dipotong dadu
1 ulas bawang putih
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
Sedikit halia dan kulit kayu manis (pilihan)

CARA-CARA
1.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih,halia dan kulit kayu manis.
2.Apabila garing, masukkan isi ayam dan lobak merah. Biarkan sehingga isi ayam masak dan lobak merah lembut.
3.Selepas isi ayam masak, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
4.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali kulit kayu manis.
4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.

INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.

#11: Bubur oat, bilis, saderi dan brokoli

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/3 batang saderi, dipotong dadu
1 sudu besar ikan bilis, dibelah dan bersihkan
1 ulas bawang putih, hiris
1/4 cawan brokoli, potong kecil
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun

CARA-CARA
1.Masukkan saderi, ikan bilis, bawang putih dan brokoli bersama air ke dalam periuk. Jerangkan sehingga mendidih.
2.Apabila sayur empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.

IKLAN

INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.

#12: Puri Couscous, Epal, Baby Spinach

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & BuahBahan-bahan:
1 biji epal merah
Segenggam baby spinach
¼ cawan cous cous
Sedikit mentega tanpa garam

Cara memasak:
1. Bersihkan epal dan potong dadu.
2. Kukus epal yang sudah dipotong dengan segenggam baby spinach.
3. Kukus cous cous secara berasingan.
4. Kisar semua bahan sehingga halus bersama sedikit mentega. Tambah sedikit susu ibu jika puri terlalu pekat.

Info: Puri ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Cous cous agak berat dan memberi rasa kenyang kepada bayi kerana ia seperti pasta.

#13: Puri Keledek, Asparagus & Kacang Kuda

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah
Bahan-bahan:
1biji keledek
2sudu besar kacang kuda yang sudah direbus
4 batang asparagus

Cara memasak:
1. Basuh keledek, kemudian bakar tanpa membuang kulit. Bila sudah empuk, kupas kulitnya.
2. Potong hujung batang asparagus dan kukus lebih kurang 20 minit.
3. Bila semua bahan sudah siap, kisar halus hingga menjadi puri, tambah sedikit minyak zaitun.
4. Tambah susu ibu jika suka untuk menjadikan puri lebih berkrim dan tidak terlalu pekat.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Campuran asparagus, keledek dan kacang kuda sangat baik kepada bayi dan mengenyangkan.

#14: Puri Peas & Bayam

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

 

Bahan-bahan:
Segenggam kacang peas beku
4 helai daun bayam

Cara memasak:
1. Nyah bekukan kacang peas. Kemudian kukus bersama daun bayam.
2. Buangkan kulit kacang peas.
3. Kisar kedua bahan bersama dengan susu ibu atau air.

Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Bayam mengandung vitamin A (dalam bentuk beta karotena) yang tinggi, iaitu1872 mikrogram/100 gram. Selain itu, bayam juga kaya vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosfor, dan zat besi. Bayam juga sangat penting untuk pembentukan otak bayi.

#15: Puri Oat Kurma

Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah
Hirisan kurma hanya hiasan.

Bahan-bahan:
1 biji pisang
½ cawan oat (rolled oat organic)
3 biji kurma (dibuang biji)
Cara memasak:
1. Masak oat di dalam air atau susu sehingga kembang.
2. Kisar kesemua bahan sekali gus.
3. Tambah sedikit susu ibu untuk mendapatkan tekstur yang halus.

Info: Sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Rolled oat organic lebih berkhasiat berbanding dengan oat segera. Ia harus dimasak sebelum dijadikan puri.

Sumber: Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI