Kecantikan seseorang itu biasanya dinilai dengan kulit yang putih yang mereka miliki, dan sejak dari kecil anak-anak kita juga dimomokkan dengan penyataan begitu sehinggakan ada yang merasakan kurang yakin diri bila melihat diri yang tidak berkulit cerah seperti anak-anak lain.
Cantik itu sebenarnya subjektif, bukan sahaja dinilai secara luaran, malah juga melihat kepada akhlak dan sikap seseorang. Jadi kalau nak anak-anak yang dari kecil ni melihat sesuatu itu cantik dari segala segi, maka persepsi haruslah diubah dari usia dini.
Pujilah semua anak-anak tanpa syarat, putih, gelap, kurus, tinggi dan sebagainya. Lontarkan kata-kata yang sedap didengar agar mereka membesar tidak menilai orang sekeliling hanya dengan melihat kecantikan fizikal semata-mata.
“PUTIH BARU CANTIK!”
Anak-anak tengok cerita “Pada Zaman Dahulu”.
Kami tengok episod Bangau Jadi Putih.
Dalam episod tu, di”highlight” yang bagi bangau dan beberapa haiwan lain,
PUTIH BARU CANTIK.
Gagak bila dah jadi hitam pun, gagak tunjukkan yang dia sedih dan dah tak cantik.
Sebenarnya…
Saya rasa…
Kita ni, dah dibesarkan dengan pemahaman PUTIH BARU CANTIK.
Saya adalah antara orang yang selalu kena ejek masa kecil sebab kulit saya gelap.
Ehhh…
Effect tau emosi sampai besar
Bila saya ada anak-anak…
Saya cakap dengan husband saya.
“JANGAN SESEKALI KITA DEFINE CANTIK”
Maksudnya?
Kita puji je anak kita CANTIK tanpa syarat.
Ads
Dan PUJI ANAK ORANG JUGA TANPA SYARAT.
Elak cakap depan anak:
“PUTIHNYA BABY NI… CANTIK!”
Nanti, anak-anak akan define…
Putih, baru cantik.
Kalau nak cakap “WANGINYAA SEBAB DAH MANDI”… Tu takpe.
Sebab busuk dan wangi boleh diubah.
Bersih dan kotor boleh diubah.
Kemas dan sepah boleh diubah.
Tapi, wajah?
Wajah tak boleh diubah.
Cantik bersyarat ni, akan buat anak kita tu sentiasa rasa dirinya tak cukup cantik lagi.
Cantik tu subjektif.
Walaupun kita tak pernah kata anak kita tak cantik, tapi jangan sebab anak kita terdengar
Ads
kita puji orang lain cantik…
“Cantiknya rambut dia panjang”
“Cantiknya kulit dia putih”
“Cantiknya hidung dia mancung”
“Cantiknya bulu mata dia lentik”
Menyebabkan anak kita rasa ada yang TAK CANTIK pada diri dia…
Sedihkan?
Walaupun kita tahu.
Cantik ni, dilihat pada hati juga, pada akhlak juga.
Tapi, berapa ramai antara kita, sampai dah tua-tua ni pun, masih lagi cari produk yang boleh buat kita “cantik”?
Sebab…
Kita dah ditanam. Cantik itu ada syarat…
Ads
Jadi, jangan buat benda yang sama pada anak kita.
CANTIK ANAK KITA TU, TAKDE SYARAT…
P/S:
PENDAPAT SAYA TENTANG CERITA PADA ZAMAN DAHULU…
Sebenarnya, saya sakit telinga sikit dengar cara Aki tegur cucu-cucunya.
Dan dengar ayat “padan muka”, “rasakan kau” dari haiwan-haiwan dalam cerita tu…
Tapi sebab saya tengok sekali, jadi saya boleh refleksi terus dengan anak-anak…
Perbuatan apa yang elok, dan ayat apa yang elok.
Perbuatan apa yang tak elok, dan ayat apa yang tak elok.
Helah-helah membohong Si Kancil ni pun saya tak berapa minat.
Bagi saya, cerita Pada Zaman Dahulu ni, kena bertapis-tapis sikit kalau nak bagi anak tengok.
Kena refleksi balik apa yang elok dan tak elok dari watak yang ditunjuk oleh karakter tu.
Kalau tak….
Bersedialah nak dengar anak-anak kita guna ayat-ayat tak berapa manis yang ada dalam cerita tu…
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkahwin dan memperoleh anak di usia muda bukan mudah lagi-lagi dapat anak kembar. Perasaan ini pernah dirasai oleh pasangan Fad dan Sya yang dikurniakan anak kembar pada usia mereka 25 tahun dan 22 tahun.
Mungkin bagi orang luar cabaran membesarkan anak kembar mereka tak tahu tapi hakikatnya kami lalui susah senangnya bersama.
Bagi Fad berkahwin usia muda dan mendapat anak dalam tempoh yang cepat satu rezeki paling besar dalam hidupnya. Walaupun masa itu kerjaya saya baru nak stabil tapi kami suami isteri percaya Allah bagi Hayyan dan Zayyan ini tepat pada masanya.
“Memang kami agak terkejut juga untuk membiasakan kehidupan menjaga dua anak kecil sekaligus tapi apa yang kami amalkan kerjasama.
“Tak dinafikan sekali-sekala ada rasa naik angin. Biasalah darah muda waktu tu kan. Tapi kami sama-sama sedar bahawa amanah Allah ini yang membuka rezeki buat keluarga.
“Saya kesian bila tengok Sya uruskan serentak anak kembar kami ketika bayi nak menyusu. Jika saya ada masa di rumah, saya akan tolong Sya,” kongsi Fad.
Fad juga menyatakan, waktu tidur anak kembar juga tak menentu, Paing lama mereka akan tidur serentak dua jam, lepas tu kami kena bergilir lah jaga. Mujur masa tu ada mak mertua yang banyak bantu dan ajar kami.
Kunci bahagia rumah tangga
Orang kata bila dah berkahwin baru tahu sikap pasangan yang sebenarnya. Masa bercinta semua nak cover. Bagi Fad dan Sya kunci kebahagiaan dalam rumah tangga yang mereka pegang selama ini adalah bekerjasama, sabar dan ikhlas.
Ketiga-tiga ini jika diamalkan antara satu sama lain tiada istilah makan hati. Berterus terang juga salah satu faktor yang penting.
Menurut Fad, suami jangan biar isteri uruskan anak seorang-seorang atas alasan penat bekerja, Jika kita rasa penat, isteri dua kali ganda penat. Jadi bantulah apa yang patut.
“Sebab itu keserasian dalam rumah tangga akan dapat dirasai bila suami isteri faham tanggungjawab masing-masing dan sama-sama profesional menguruskan rumah tangga dan anak,” katanya.
Selain pasangan kembar, Fad dan Sya juga turut dikurniakan anak perempuan, Nur Aminah Mishall yang kini berusia setahun.
Foto: ig Fad Bocey
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayash, si kecil yang hadir dalam duka, kini membesar penuh kasih sayang…
Pelawak dan usahawan ternama, Shuib Sepahtu, sekali lagi menyentuh hati warganet apabila memuat naik satu hantaran menyentuh perasaan di Instagram sempena ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Ayash Affan, yang kini genap empat tahun.
Tanggal 6 Ogos bukan tarikh biasa buat Shuib. Ia menjadi satu peringatan tentang detik penuh debaran dan air mata, saat kelahiran Ayash yang dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos 2021, jam 4.29 petang. Malah, kenangan itu masih jelas di ingatan Shuib hari yang menyaksikan ujian paling besar dalam hidupnya sebagai seorang ayah dan suami.
“Dia bayi pramatang, semasa lahir dia tak bernafas hampir lapan saat. Allah Maha Hebat dan dengan bantuan doktor serta izin-Nya, dia mula bernafas buat pertama kali,” coret Shuib penuh syukur.
Ayash Affan merupakan anak hasil perkahwinan Shuib bersama penyanyi tersohor, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, yang menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021, tiga hari selepas melahirkan Ayash, akibat komplikasi jangkitan COVID-19.
Meskipun tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu, Ayash membesar dengan penuh cinta daripada seorang ayah yang cekal dan tabah. Dalam hantarannya, Shuib turut menitipkan doa agar Ayash menjadi anak yang soleh, sihat dan berakhlak mulia:
“Semoga menjadi anak yang sihat, anak yang baik, anak yang soleh di dunia dan akhirat. Ibumu melihatmu dari jauh, melihat dengan penuh kasih dan sayang.”
Ungkapan paling meruntun jiwa sudah pastinya…
“Ibu, anak you dah empat tahun.”
Doa dan Ucapan Daripada Warganet
Perkongsian penuh emosi itu bukan sahaja menyentuh hati peminat, malah turut mendapat reaksi daripada rakan artis serta ribuan netizen yang memenuhi ruangan komen dengan ucapan hari lahir dan doa buat Ayash.
Rata-rata meluahkan rasa sebak mengenangkan perjalanan hidup si kecil ini yang bermula dengan ujian hebat, namun kini membesar sebagai kanak-kanak yang sihat dan ceria.
Majalah Pa&Ma turut mendoakan agar Ayash Affan terus membesar sebagai anak yang soleh, penyayang dan menjadi penyejuk hati ayah serta keluarga.
Viralkan kisah kehilangan Acap ketika Acap menyertai program larian (Gopeng Ultra Trail), dan sehingga kini Acap masih belum ditemui walaupun operasi mencarinya diadakan secara besar-besaran melibatkan ramai pihak.
Aisyah Rindu Daddy
Aishah (anak Mohammad Ashraf Hassan, 29,) sebut perkataan ‘daddy’ namun tidaklah terlalu kerap mungkin kerana ramai ahli keluarga berada dengannya.
“Walaupun dia tidak mengigau waktu tidur, tapi kami tahu dia rindukan ‘daddy’,” kata abang Ipar Mohammad Ashraf, Abdul Halim Mohamad Ramli, 41.
Abdul Halim berkata, selepas terlalu lama tidak melihat wajah bapanya, anak saudaranya berusia setahun lebih itu sudah pasti merindui dan sekali-sekala memanggil Acap.
Masih Belum Dapat Petunjuk Di Mana Acap Berada
Menurutnya, adiknya (Hamiza) serta anak saudaranya itu kini berada di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor dan mereka setakat ini masih belum mendapat petunjuk mengenai kehilangan adik iparnya itu.
Katanya, sehingga ke hari ini masih belum terdapat perkembangan mengenai kehilangan Acap walaupun operasi besar-besaran sudah digerakkan polis semalam.
Abdul Halim berkata, selain ikhtiar mencari di lokasi Mohammad Ashraf dilaporkan hilang, ahli keluarga turut bertemu dengan penduduk kampung untuk memohon maaf dan meminta mereka mendoakan Acap ditemui.
Acap Tak Menunujukkan Sebarang Perubahan Sebelum Hilang
Menceritakan mengenai perlakuan Acap sebelum menyertai larian itu, dia berkata, adik iparnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi tingkah laku.
“Sebelum pergi ke program larian (Gopeng Ultra Trail), Acap ada memaklumkan kepada ibu mentuanya untuk pergi menyertai larian itu dan sempat membawa anaknya berjalan-jalan,” katanya ketika dihubungi.
Polis Menjalankan Operasi Besar-Besaran
Polis bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan operasi besar-besaran semalam namun masih gagal menemui sebarang petunjuk.
Operasi Khas, Ops Kesan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak digerakkan dengan lebih 200 anggota membabitkan beberapa agensi serta sukarelawan.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dilaporkan berkata, operasi khas itu membabitkan 180 pegawai kanan, pegawai dan anggota JSJ IPK Perak termasuk dari Bahagian Siasatan Khas (D9) serta Unit Forensik IPK selain dibantu anggota dan dua Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman.
Pada 23 Mac lalu, Acap yang bertugas sebagai Juruteknologi Makmal di Pejabat Kesihatan Daerah Muar disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat 2 petang sebelum rakannya membuat laporan mengenai kehilangannya itu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.