Lengkap sepasang! Tahniah diucapkan buat pelakon, Ikmal Amry dan isteri yang menyambut kelahiran anak keduanya pada Jumaat lalu iaitu seorang bayi lelaki.
Menerusi Instagramnya, Ikmal meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan rezeki hebat itu buatnya dan isteri. Malah kehadiran cahaya mata lelaki dalam hidup mereka melengkapkan lagi bahagia bersama.
“Rahmat Ilahi. Syukur Alhamdulillah, pada hari jumaat yang berkah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki, ” kongsinya.
Dalam pada itu, Ikmal juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan isteri dan anaknya.
Ads
“Terima kasih atas doa kalian. Semoga kita semua diberkati. 27.10.2023,” tulisnya.
Ads
Meninjau beberapa entrinya di Instagram, bapa kepada dua cahaya mata ini juga turut meminta beberapa nama yang baik buat bayi lelakinya.
Ads
“Precious. Suggest nama yang baik-baik boleh?,” tulisnya di kapsyen.
Momen indah ketika kelahiran serta beberapa keping saat bahagia itu turut dikongsikan Ikmal menerusi Instagramnya.
Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini.
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitaran sesak yang mungkin meningkatkan lagi risiko penyebaran virus ini. Virus mudah merebak terutama pada awal minggu pertama jangkitan.
Taska adalah tempat yang sering berlaku penyebaran penyakit HFMD. Aktiviti harian seperti sukaneka dan kerja berkumpulan menyebabkan mereka bergaul rapat dan mudah dijangkiti.
Simptom
Individu yang dijangkiti penyakit HFMD biasanya akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, ruam melepuh pada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah. Kanak-kanak juga mungkin mengalami muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.
Kebanyakan kejadian penyakit ini tidak serius. Namun, ada sesetengah kes membabitkan komplikasi teruk seperti masalah sistem saraf dan jantung. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya timbul sebarang tanda dan gejala penyakit HFMD pada kanak-kanak agar rawatan yang sesuai dapat diberi.
Rawatan
Penyakit HFMD biasanya sembuh tanpa rawatan menggunakan ubat-ubatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, ada keadaan jangkitan yang menyebabkan komplikasi teruk dan memerlukan rawatan intensif.
Ada juga kes kematian disebabkan oleh jangkitan penyakit HFMD, namun ia jarang berlaku.
Tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit HFMD. Bagaimanapun, rawatan untuk melegakan simptom boleh diberikan kepada pesakit. Ubat demam seperti Paracetamol boleh diberikan bagi mengurangkan suhu badan dan sebagai ubat tahan sakit sekiranya pesakit mempunyai simptom sakit-sakit badan dan sebagainya.
Selain itu, gel mulut juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedih yang disebabkan oleh kewujudan ulser di bahagian dalam mulut. Ruam di bahagian tapak tangan dan kaki lazimnya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Seterusnya, pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya bagi mengelakkan gejala dehidrasi berlaku.
Pencegahan
Pada masa kini masih belum ada vaksin untuk mencegah jangkitan HFMD. Bagaimanapun, kita boleh mengawal penyebaran virus ini dengan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa dan penjaga seharusnya meningkatkan kebersihan diri dan persekitaran serta mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan betul guna air dan sabun sebelum menyentuh anak-anak, sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis anak. Ini adalah penting bagi mengelak penyebaran penyakit HFMD.
Bagi mengelakkan kanak-kanak yang dijangkiti menyebarkan penyakit ini, ibu bapa dan penjaga kepada pesakit HFMD dinasihatkan untuk elakkan daripada membawa pesakit HFMD ke tempat awam agar penyakit ini tidak merebak.
Ibu bapa atau penjaga juga dinasihatkan untuk membawa anak yang disyaki menghidap jangkitan HFMD berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Penting untuk mengelakkan sentuhan secara langsung dan tidak langsung pesakit HFMD dan orang lain.
Anak juga harus diajar untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan apabila bersin dan batuk. Tingkatkan kawalan disinfeksi dengan mencuci alat permainan anak dengan agen pembasmi kuman serta elakkan perkongsian peralatan peribadi seperti tuala, sudu dan sebagainya kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Sumber: Nurul Nasrah Mohd Ariffin dan Pegawai Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar (Metro)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengambilan ubat tanpa saranan doktor atau ahli farmasi sangat berbahaya. Tidak boleh suka-suka makan ubat atau pil hanya kerana ia viral dan dikatakan mempunyai fungsi tertentu seperti membesarkan payudara, menegangkan punggung, melangsingkan badan dan sebagainya.
Sekiranya anda mahu mengambil sebarang pil, sangat penting untuk bertanya dahulu tentang dos serta kesannya terhadap tubuh. Jangan sesekali beli ubat dari penjual atas talian hanya kerana terpedaya dengan strategi pemasaran mereka.
Melalui perkongsian di Medical Mythbusters Malaysia, Dr Amirul Amzar menerangkan tentang pil Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara. Ikuti penjelasan ini.
PIL PEMBESAR PAYUDARA (wajib baca sampai habis kalau nak guna)
Tular baru-baru ini perkongsian netizen berkaitan sejenis pil bernama Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara penggunanya. Kata netizen ini, pil tersebut mengandungi hormon estrogen yang membantu meningkatkan saiz payudara sekiranya diambil dua kali seminggu.
Perkongsian ini bukan sahaja SALAH malah berpotensi MEMUDARATKAN.
Postinor adalah pil hormon levornogestrel (sejenis hormon progestogen, BUKAN estrogen) yang mana berfungsi sebagai pencegah kehamilan dalam keadaan kecemasan (emergency contraception). Ianya adalah Racun Kategori C, bermakna boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor, tetapi perlu dijual dengan kehadiran ahli farmasi bertauliah.
Pil ini tidak disarankan diambil secara berterusan. Oleh itu, penjualan pil ini di internet atau media sosial adalah SALAH dan melanggar undang-undang.
Pil ini berpotensi menyebabkan beberapa kesan sampingan serius, antaranya: 1) risiko interaksi bersama ubatan lain 2) risiko membebankan fungsi hati 3) risiko kitaran haid tidak teratur sekiranya digunakan dengan kerap 4) risiko peningkatan tekanan darah 5) risiko kemandulan sekiranya digunakan tanpa kawalan
Oleh itu, pengambilan Postinor secara berterusan dengan bertujuan membesarkan payudara bukan sahaja tidak berkesan, malah ianya boleh memudaratkan. Ianya TIDAK MENGANDUNGI estrogen.
Saiz payudara dipengaruhi secara amnya oleh faktor genetik. Wanita asia secara umumnya mempunyai saiz payudara yang kecil berbanding wanita barat. Selain itu, secara amnya bentuk payudara dipengaruhi oleh jenis tisu yang membentuknya. Payudara dibentuk oleh 2 jenis tisu utama iaitu lemak dan juga kelenjar.
Wanita di peringkat umur subur mempunyai lebih tisu kelenjar berbanding lemak. Kelenjar ini berfungsi dalam penghasilan susu selepas bersalin. Oleh itu wanita yang mengandung mempunyai saiz payudara yang lebih besar. Apabila wanita berumur, tisu kelenjar akan berkurang dan lebih banyak tisu lemak menjadikan payudara kurang anjal.
Ada kajian yang menunjukkan payudara akan lebih menarik sekiranya seseorang itu tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Kajian yang dijalankan dalam kalangan saudara kembar ini juga menunjukkan berat badan berlebihan juga menjadikan payudara tidak menarik.
Oleh itu, jikalau mahukan payudara yang menarik, berhenti merokok, jangan minum alkohol dan dapatkan berat badan ideal. Bukan dengan makan pil hormon yang merbahaya dan tidak berkesan.
Dan terakhir, wanita yang mempunyai saiz payudara yang besar akan lebih berisiko mempunyai masalah sakit tengkuk, belakang dan bahu berbanding mereka yang berpayudara kecil. Maka bersyukurlah dengan kurniaan semulajadi.
Pap smear memang menjadi prosedur tahunan yang perlu dilalui wanita yang sudah . Ia adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kanser serviks (pangkal rahim).
Sakit sedikit selama beberapa minit, itu tidak sepatunya menjadi alasan bagi kaum wanita untuk tidak melakukan ujian ini. Apa yang dikongsikan oleh penyanyi Nourul Depp ini boleh wajar dicontohi.
Nourul dalam posting Instagram berkongsi tentang ujian pap smear yang dilaluinya. Sampel ujian tersebut mendapati terdapat abnormal cell dan ibu kepada empat cahaya mata ini dinasihatkan untuk menjalani pembedahan minor untuk membuang sel tersebut.
Walaupun dia mellow…. hahahaha .
Pi buat pap smear all ladies. Tadi jumpa staff hospital pun, depa kata tak permah buat pap smear. Jangan buat gila na. .
Kena nasib tak baik, tak tau kata ada abnormal cell, simpan lama lama jadi cervical cancer atau uterus sat lagi. Jaga jaga.
Kami nasib baik gynae kami selalu pesan buat pal smear every year. Nasib baik lah dia tu the best. Memang dia suruh buang kalau ada abnormal cell.
Setengah perempuan, depa takut. Depa risau sakit.
Lojiknya : nak sakit dua minit ka, nak sakit berbulan bulan dan bertahun tahun??? .
Sayangi nyawa. Kita ni tunggak keluarga kita dan anak anak. Kalau kita takdak sapa nak jaga anak2? Nak ka tengok husband kawin orang lain lepas kita mati?
Posting Nourul ini disokong para peminat yang rata-rata turut mengakui pentingnya ujian pap smear ini dilakukan setiap tahun.
“Pap smear xsakit pon..tapi ramai yg takut.. bmbg sakit..terutama org melayu..depa dok ingat sakit..try buat dulu.klu de penyakit tahu awl lbh baik..sgt dgn post2 akk..byk bg aspirasi ttg kesihatan..ttg jlnraya..”- @nurulmurni5010
“saya nasib baik tiap thn buat. Thn lps buat result mengatakan ada jangkitan lepastu bg ubat masuk…appointment bulan 4 lepas tggu result. Dorg pun tak call2 maknanya elok la tu. Klu drg call maknanya something wrong la dengan result kita tu…penting pap smear ni.” – @mj_ega
“betul tu. Awal. Senang nak cegah.” -@miezlucky81
“well done @nouruldepp. Masih ramai wanita di luar sana takut nak buat pap smear! It’s a 1 second procedure Ok done. Thats it & the result is our long super life saver.” – @vagorjess
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.