Rahsia Buat Sendiri Sos Steamboat Ala Johnny’s. Puas Makan Di Rumah Sekeluarga

Share

Kalau penggemar steamboat pasti akan keluarkan kos yang besar untuk makan setiap kali ke kedai. Tapi sebenarnya kalau buat sendiri di rumah lebih jimat dan terjamin kebersihannya. Apatah lagi waktu kena duduk rumah ketika wabak Covid-19 sekarang, teringin makan steamboat di restoran terkenal tapi tak boleh keluar rumah. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri. 

Kepada penggemar steambot, ahli keluarga pun ramai apa kata buat sendiri di rumah. Ikuti resipi sos steambot ala-ala Johnny’s yang dikongsi oleh Puan Nana Aziz.

Family sy pengemar steambot….klu mkn kat luar kekdg baget besar. So sy lebih suka buat sendiri….puas mkn….bole berulang2 kali…janji ada stok utk sos…di gambar sy ada sertakan resepi sos…menu ni bole mkn 2 versi…yong tau fu @ steamboat ( sy belajar dgn kawan yg pernah kerja kat Johnny’s restaurant) ni koleksi steambot yg sy buat….yg cucuk2 tu baru buat smlm…terajin ski

Sos yong tau fu

Bahan-bahan
2 sudu besar tauchu
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
4-5 sudu gula
3 cawan air


Cara-cara
Masukan semua bahan dlm blender, kisar halus…kemudian masak sehingga pekat…
Jugak bole digunakan utk sotong kangkung

Kalau rajin boleh cucuk macam ni

Sos steamboat 

Bahan-bahan

3 ulas bawang putih
1/2 inch halia
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak bijan
5 sudu sos plum
5 sudu sos cili
Sedikit bijan hitam/ putih
Daun ketumbar (anggaran rm1)

Cara-cara
Blender daun ketumbar, bawang putih, halia
Tumid semua kali bahan blender…
Kemudian masukan segala jenis sos…
Masak hingga pekat… Masukan bijan..masak sekejap…baru tutup api..
Sos ni tahan berbulan klu simpan dlm fridge..

Sy klu buat ….trus skali byk…sbb bila nak buat steambot sos dah ada…

Resepi sup simple je

Bahan-bahan
Kiub ayam
Daun ketumbar
Bawang goreng
Garam
Ajinomoto

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nana Aziz

IKLAN