Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020.
Dalam satu sidang media khas yang baru diadakan sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.
Menurutnya pembatalan dua peperiksaan penting iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid. Malah penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.
“Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.”
“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.
Malah tambahnya lagi, satu kaedah baru akan turut diperkenalkan untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya lagi.
Walaupun kedua-dua peperiksaan awam tersebut dibatalkan, beliau berkata KPM akan memastikan akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberikan keutamaan.
“KPM ingin menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid,” tambahnya.
Dalam pada itu beliau turut menambah bahawa keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan juga hanya akan dibuat apabila KPM telah benar-benar yakin bahawa keadaan telah kembali pulih.
Suasana Ramadan yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan bertukar menjadi detik paling memilukan buat sebuah keluarga apabila bayi kesayangan mereka, Wan Umair Zafri, pergi buat selama-lamanya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian pada 8 Mac 2026 (Ahad) di kawasan Kelulut, pasangan suami isteri bersama bayi lelaki mereka dilaporkan terlibat dalam kemalangan yang mengubah segalanya dalam sekelip mata.
Lebih menyayat hati, bayi mereka yang baru berusia 8 bulan mengalami kecederaan serius selepas kejadian tersebut. Wan Umair Zafri dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejurus kemalangan berlaku.
Manakala si bapa hanya mengalami kecederaan ringan, sementara ibunya pula dilaporkan patah tangan akibat impak kemalangan tersebut.
Kejadian itu bukan sahaja mengejutkan keluarga terdekat, malah turut membuatkan ramai yang mengikuti kisah ini berasa sebak dan simpati dengan ujian berat yang menimpa keluarga kecil tersebut.
Dalam bulan Ramadan yang biasanya dipenuhi dengan ibadah, kebersamaan keluarga dan kegembiraan menanti Syawal, tragedi ini menjadi satu ujian yang sangat berat untuk mereka lalui.
Menurut perkongsian ahli keluarga, keadaan Wan Umair Zafri ketika itu sangat membimbangkan sehingga doktor terpaksa menidurkannya bagi memudahkan rawatan.
Pasukan perubatan berusaha sedaya upaya memberikan rawatan terbaik kepada bayi kecil itu. Namun selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, doktor memaklumkan bahawa Wan Umair Zafri mengalami brain death atau kematian otak.
“Seluruh ahli keluarga datang berkumpul nak berikan kekuatan dan semangat kepada mereka. Kami harapkan keajaiban untuk Umair,” tulis seorang ahli keluarga dalam perkongsian yang tular.
Pada malam kejadian, mereka juga bergegas pulang ke kampung dan tiba sekitar jam 2.30 pagi semata-mata mahu berada di sisi keluarga yang sedang diuji.
Setiap ahli keluarga terus berharap agar berlaku keajaiban dan keadaan bayi itu bertambah baik walaupun hakikatnya situasi yang dihadapi amat kritikal.
Namun takdir Allah mengatasi segalanya.
Keesokan harinya iaitu pada 9 Mac 2026 (Isnin) sekitar jam 9.40 pagi, si bapa memaklumkan bahawa nadi Wan Umair Zafri telah berhenti dan doktor kemudiannya menanggalkan semua peralatan perubatan yang dipasang pada tubuh bayi kecil itu.
Detik tersebut menjadi saat paling sukar buat ibu dan ayah yang terpaksa menerima hakikat bahawa anak kecil yang selama ini menjadi penyeri hidup mereka telah pergi buat selamanya.
Walaupun kehilangan itu sangat perit, kedua-dua ibu bapa dilihat begitu tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi yang telah ditetapkan.
Si ibu juga percaya bahawa anak kecilnya kini berada dalam jagaan yang jauh lebih baik di alam sana.
“Kami semua sayang Umair. Bermainlah Wan Umair Zafri bersama wildan syurga di sana,” tulisnya penuh sayu.
Pemergian bayi kecil ini pada 18 Ramadan benar-benar meruntun hati ramai yang membaca kisahnya. Dalam bulan penuh keberkatan ini, kehilangan seorang anak pastinya menjadi ujian yang sangat berat untuk ditanggung oleh mana-mana ibu bapa.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Wan Umair Zafri. Semoga ibu dan ayahnya terus diberikan kekuatan, ketabahan serta ketenangan dalam menghadapi dugaan yang amat besar ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita kemalangan Kota Tinggi yang meragut nyawa sepasang suami isteri benar-benar meruntun hati masyarakat apabila bayi mereka yang baru berusia enam bulan terselamat tetapi menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Tragedi yang berlaku di Kilometer 54.5, Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi itu mengingatkan kita bahawa hidup boleh berubah secara drastik tanpa diduga.
Peristiwa yang berlaku pada Ahad tersebut membuat ramai tersentak, terutama apabila memikirkan nasib si kecil yang masih belum mengenal dunia dan kini perlu membesar tanpa kasih sayang kedua-dua ibu bapanya.
Mangsa yang maut ialah Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isterinya Nur Fatihah Othman, 28. Mereka disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori Hino.
Bayi mereka, Nur Laylaa Batrysha, hanya berusia enam bulan. Ketika kejadian, si kecil berada dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat), yang dilaporkan menyelamatkan nyawanya walaupun mengalami kecederaan di kepala. Kini, dia sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) dan dilaporkan stabil.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.30 petang. Nahas yang menjadi tumpuan dalam kes kemalangan Kota Tinggi ini melibatkan tiga kenderaan Perodua Myvi, Lori Hino bermuatan kosong dan Toyota Vios.
Siasatan awal mendapati Myvi yang dipandu mangsa lelaki berusia 24 tahun itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori sawit. Impak kuat menyebabkan serpihan kenderaan turut mengenai Toyota Vios di laluan sama.
Pemandu lori berusia 47 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Toyota Vios berusia 46 tahun turut cedera. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kesedihan tragedi kemalangan Kota Tinggi ini, satu perkara penting yang wajar diberi perhatian ialah peranan car seat dalam menyelamatkan nyawa bayi. Penggunaannya bukan sekadar pilihan, tetapi keperluan wajib bagi keselamatan anak kecil ketika berada di jalan raya.
Car seat yang dipasang dengan betul:
Ini peringatan tegas buat semua ibu ayah — walaupun perjalanan dekat, pastikan anak sentiasa berada dalam car seat yang sesuai dan dipasang mengikut panduan keselamatan.
Kehilangan kedua-dua ibu bapa pada usia sebegini kecil bukan sesuatu yang mampu difahami oleh bayi. Namun, keluarga terdekat telah menyatakan kesediaan menjaga Nur Laylaa Batrysha dengan penuh kasih sayang. Ramai warga net juga menyatakan rasa simpati, doa dan sokongan agar si kecil membesar dalam persekitaran penuh kasih sayang.
Harapan kita semua, semoga anak kecil ini diberikan kekuatan sepanjang membesar tanpa ibu ayah di sisi dan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT. Dalam masa yang sama, tragedi ini menjadi pengajaran besar tentang pentingnya keselamatan jalan raya dan peranan car seat dalam menyelamatkan nyawa, sebagaimana yang terbukti dalam insiden kemalangan Kota Tinggi ini.
Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga arwah pasangan ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga si kecil terus menerima perhatian dan kasih sayang daripada mereka yang menjaganya.