Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil 5 bulan.

Mengumumkan perkara tersebut melalui akaun Instagram miliknya, Ilya akui rasa teruja untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana sudah lama menyimpan rahsia kehamilannya itu.

Selain itu, pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini juga turut menyatakan bahawa kehamilannya berjalan lancar dan rindu untuk pulang ke Malaysia berjumpa keluarga dan rakan-rakan.

Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan, Rindu Nak Balik Malaysia. “Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung.”

“Syukur Alhamdulillah, Yes betul , ilya mengandung..

“Tak sabar actually nak share news ni dengan semua .. Oleh kerana masa dan situasi Tak mengizin kan kami Cadang untuk share pada hari ini ..

“Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa … Kami happy sangat dekat sini , walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga .. Rindu nak shooting jumpa kawan kawan ,Honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni,” tulisnya.

Bakal melahirkan bayi sulungnya di Australia, Ilya turut memohon pengikutnya untuk berkongsi tip dan pengalaman kehamilan untuknya.

Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan, Rindu Nak Balik Malaysia. “Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung.”

“Memandangkan ilya akan bersalin dekat Australia ,ilya harap ramai Boleh share tips dekat ilya ok … One thing ilya experience dalam 5 bulan ni “it’s Hard”bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu .. phewww.. tapi in the same time,rasa excited and bersyukur.

IKLAN

“Thank you for all the well-wishes, love & support dari korang semua selama ini,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Dalam satu temuramah bersama Mstar, menurut Ilya bayi dalam kandungannya itu dijangka lahir sekitar Julai depan iaitu hampir dengan ulang tahun kelahirannya sendiri yang ke-37

“Kalau cukup bulan dan hari, InsyaAllah baby ini akan lahir sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran saya,” ujar Raja Ilya.

Di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah di atas kehamilan Raja Ilya.

Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan, Rindu Nak Balik Malaysia. “Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung.” Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan, Rindu Nak Balik Malaysia. “Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung.”

IKLAN

Untuk rekod, Ilya dan suaminya Trent Garret telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Disember 2018, selepas berkahwin Ilya dan suami menetap di Australia sejak 2019.

Sumber: Mstar & Instagram Raja Ilya

 

Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan, Rindu Nak Balik Malaysia. “Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung.”

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

IKLAN

Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan, Rindu Nak Balik Malaysia. “Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung.”Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI