Rajin Memasak Untuk Menantu, Bonda Rozita Kongsi Sajian Ikan Masa Berpantang , Nampak Sedap & Berkhasiat

Share

Rajin sungguh Rozita Ibrahim, ibu kepada Datuk Aliff Syukri masakkan sajian pantang untuk Datin Shahida semasa berpantang.

Buat mama yang sedang berpantang atau bakal bersalin, bolehlah menyimpan resepi ini untuk kegunaan ketika berpantang nanti. Jadi, tidaklah bosan hanya memakanikan selar dan ayam kampung pagi petang siang malam!

Rozita juga tidak lokek berkongsi resipi sajian ikan gelama di laman Instagram. Berikut ialah resepi dan cara menyediakannya;

Kali ni sy share video masak ikan dalam pantang.. ikan gelama.. sebenarnya ada banyak lagi tips masakan yg sgt lzat sewaktu berpantang ..!!

Ia bukan saja bagus utk menjga ibu tetapi ia juga membantu utk menguruskan.. melancarkan darah.. memulihkan kembali urat2 saraf yg kembang semasa hamil dn semasa meneran bayi tu..!!

Amalan berpantang itu wajib kita lakukan seelok2nya sejak dr lepas ank lahir..kalau jaga badan dr anak sulung badan akn segar sampai tua nanti..Insya Allah..

Itulah spa terapi diri memulihkan kesihatan dn kecantikan ibu utk sihat sepanjang zaman..

RESIPI IKAN GELAMA BERPANTANG BONDA ROZITA

Bahan-bahan asas

  • Ikan gelama
  • Daun pisang
  • Serai (dihiris)

Bahan ditumbuk

  • Serai yang dihiris
  • Jintan manis
  • Jintan kasar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Air asam jawa

Cara penyediaan

1.Daun pisang dicuci dan disusun di dalam kuali.

2.Susun ikan di atas daun tersebut.

 

3.Taburkan hirisan serai ke atasnya.

 

4.Tumbuk serai, jintan manis, jintan kasar, bawang merah, bawang putih, lada hitam dan lada putih. Boleh tumbuk sama ada sehingga lumat atau kasar.

 

5.Letakkan bahan yang ditumbuk ke atas ikan.

 

6.Letakkan garam dan serbuk pati ayam.

 

7.Curahkan air asam jawa.

 

8.Kemudian tutup ikan tadi dengan daun pisang dan penutup kuali.

 

8.Masak dengan api sederhana sehingga menggelegak, air kering dan ikan masak sepenuhnya.

Sumber: Bonda Rozita Ibrahim

IKLAN