Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya utama bagi tahun ini, sebagai langkah proaktif untuk memastikan rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang beban tambahan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat meskipun pelarasan kadar tol sepatutnya berlaku mengikut perjanjian konsesi yang telah ditetapkan. Dalam satu pengumuman rasmi pada hari Rabu, beliau menjelaskan bahawa kerajaan akan menanggung kos melebihi RM500 juta sebagai hasil daripada penangguhan tersebut.
Ads
“Susulan penangguhan ini, kerajaan akan menanggung kos melebihi RM500 juta,” ujar Perdana Menteri.
Antara lebuh raya yang terlibat dalam penangguhan ini termasuklah:
Ads
Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
Lebuhraya KL–Putrajaya (MEX)
Datuk Seri Anwar turut menyatakan bahawa langkah ini membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa yang semakin mencabar.
Ads
“Langkah ini adalah bukti kerajaan prihatin dan komited terhadap kebajikan rakyat,” katanya.
Penangguhan kenaikan tol ini dijangka mendapat reaksi positif daripada pengguna lebuh raya yang sebelum ini bimbang terhadap peningkatan kos perjalanan harian mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpisah selama tujuh tahun dengan keluarga adalah rindu yang tidak dapat terungkap. Demi mencari rezeki buat keluarga adalah pengorbanan yang tinggi nilainya.
Lebih meruntun jiwa, sepanjang perpisahan itu, tidak dapat melihat momen anak didepan mata. Begitulah kasihnya ibu bapa, yang sanggup meletakkan kebahagiaan keluarga mengatasi segalanya.
Namun, di balik setiap pengorbanan itu, tersimpan juga kisah anak sulung yang jarang kita lihat. Menjadi anak sulung, bukanlah tugas yang mudah sepanjanga ketiadaan ibu bapa.
Malah, bergelar anak sulung ini pastinya dia melihat jatuh bangun ibu bapa, memahami keperitan yang mereka lalui tanpa perlu diberitahu.
Sebagaimana perkongsian sebuah video yang viral di TikTok di muat naik menerusi akaun @anisumaira90, yang juga seorang isteri juga ibu, menyentuh hati warga maya.
Video tersebut merakamkan detik bahagia yang tak tergambarkan oleh pasangan suami isteri yang akhirnya dapat memeluk kembali anak sulung mereka selepas tujuh tahun terpisah.
Difahamkan, pasangan tersebut bekerja di Australia dan terpaksa meninggalkan anak sulung mereka bersama keluarga di Malaysia.
“Ya Allah, anak kami yang tinggi paras paha sekarang dah sama tinggi dengan mama,” coret wanita berkenaan.
Berjauhan selama 7 tahun bukanlah pilihan mereka, pada awalnya pasangan ini berniat untuk bekerja selama tiga bulan sahaja, tetapi takdir menentukan lain.
“Anak sulung stay dengan family. Niat kami ke Australia untuk tiga bulan sahaja, tetapi macam-macam jadi. Kami kena tipu, gaji tak dibayar dan terpaksa menumpang rumah orang. Banyak kalau nak diceritakan,” jelasnya.
“Anak sulung kami tersangat kuat, anak yang tersangat hebat. Dia tak pernah merungut,” tambah wanita itu lagi.
NETIZEN MERUNTUN JIWA
Meninjau di ruangan komen, video yang kini mencecah hampir dua juta jumlah tontonan itu mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.
“Tujuh tahun bukan masa yang singkat, kesian anak. Tolong jangan tinggalkan dia lagi, dia nak kasih sayang mak ayah,”
“Kesian anak merindukan mak ayahnya selama tujuh tahun. Mesti dia pernah rasa cemburu dengan orang yang ada mak ayah depan mata,”
“Walaupun selalu gaduh dengan anak sulung tapi tengok video ni hati rasa sebak. Apa perasaan anak sulung dia,”
Ada juga ‘throwback’ mengenang momen lalu bersama keluarga
“Tiba-tiba mengalir air mata bila mak dia peluk anaknya. Bestnya kalau dapat peluk tubuh mak lagi,”
“Nak peluk mak tapi mak dah tiada. Mampu peluk gambar sahaja,”
Sumber: anisumaira90
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum terkorban dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di Kilometer 4 Jalan, Kampung Acheh, Setiawan, Perak, seorang suami sempat menghantar gambar swafoto kepada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka.
Mohd Nur Hisham Hassan, 29, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat minyak dan gas, bersama seorang lagi penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, dan pemboncengnya, Hasrandy Bahrum, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang.
Rasa tak sedap hati panggilan tak jawab
Isteri Mohd Nur Hisham, Nur Syahirah Abdullah, 25, berkata beliau berasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu terjadi apabila suaminya yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja gagal dihubungi.
Beliau berkata suaminya sempat menghantar gambar swafoto 10 minit sebelum habis kerja pada pukul 5 petang dan berasa pelik suaminya masih belum pulang kerana kebiasaannya dalam 10 minit sudah sampai rumah.
“Saya kemudian mencari suami di rumah rakannya di sekitar taman perumahan dan terkejut apabila mereka memberitahu sedang mengenal pasti mangsa rempuhan kereta melalui sebuah video yang tular di aplikasi WhatsApp.
“Saya kemudian bergegas ke tempat kejadian tetapi semua mangsa telah dibawa ke hospital. Saya cuma dapat mengecam sebuah topi keledar di tempat kejadian yang saya pasti milik suami saya, luluh perasaan saya ketika itu,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Seri Manjung, di sini hari ini.
Nur Syahirah reda dengan pemergian suaminya itu biarpun mereka sepatutnya sedang ‘berbahagia’ menanti cahaya mata apabila beliau disahkan hamil tujuh minggu selepas berkahwin dua tahun lalu.
Tak sangka perbualan mengenai kematian jadi kenyataan
Beliau juga tidak menyangka perbualan dengan suami mengenai kematian, akhirnya menjadi kenyataan seawal ini, namun tidak akan lupa nasihat suami agar menjaga akhlak dan sentiasa kuat sekiranya apa-apa terjadi kepada dirinya.
“Cuma saya berasa sedih apabila semalam beliau pergi kerja tanpa memegang dan bercakap dengan baby (bayi) dalam perut seperti kebiasaan sebelum ini. Allah lebih sayangkan dia,” katanya yang bekerja sebagai pereka baju di sebuah syarikat pakaian di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Preve tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan dan merempuh kumpulan penunggang motosikal.
Katanya kemalangan itu turut menyebabkan empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung, manakala pemandu kereta berusia 38 tahun tersebut, melarikan diri.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebahagiaan suami isteri yang mengharapkan ia kekal ke akhir hayat ‘diragut’ ketika anak-anak masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Namun siapa kita untuk menidakkan takdir Allah. Walaupun ujian ini dianggap besar, tapi dengan yang tak putus, pasti akan ada sinarnya suatu hari nanti.
Pada Isnin lalu, rancangan dokumentari Majalah 3 memaparkan kisah sebuah keluarga diuji dengan ujian berat berjaya meruntun hati penonton. Kisah perniaga kuih yang mesra dipanggil Kak Jah bersama keluarganya terpaksa mengambil alih tugas ketua keluarga apabila suaminya, Razali kini lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Bertambah pilu apabila anak mereka yang masih kecil turut sama menggalas tanggungjawab bersama dalam menjaga ayahnya. Rata-rata sebak melihat keluarga ini begitu tabah menjalani kehidupan seharian.
Suami dilanggar pemandu mabuk
Difahamkan suami Kak Jah terlibat dalam kemalangan pada 19 Oktober 2019 dilanggar oleh seorang pemandu mabuk. Ketika kejadian Razali dalam perjalanan menuju ke gerai nasi lemaknya berhenti di kaki lima untuk memeriksa keadaan tayar kereta sebelum dilanggar oleh sebuah kereta. Kemalangan itu menyebabkan Razali hilang keupayaan badan dan menghalangnya untuk bergerak seperti sebelum ini.
Kemalangan itu menyebabkan Kak Jah dan keluarga seolah-olah kehilangan sebelah sayap apabila mereka sekeluarga terpaksa menerima ujian berat ini. Kak Jah kini berniaga kuih dan dibantu bersama dua orang anak lelaki. Meskipun keadaan sukar, Kak Jah turut memberikan bantuan kepada rumah anak yatim dan sesiapa yang memerlukan sahaja demi kesembuhan buat suaminya yang tercinta.
Nak sangat ayah sembuh
Walaupun ujian ini berat, Kak Jah bersyukur mempunyai anak yang menguruskan perihal hal suami saat dia sedang mencari rezeki. Musibah menimpa Razali menyebabkan pendapatan keluarga mereka terjejas. Apa yang memilukan, apabila anak sulungnya tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan mengenai ayah mereka.
Nak minta ayah sembuh. Abah satu-satunya ayah..Sedihlah bila ayah accident. Kalau solat tu minta doa ngan tuhan, supaya sembuh. Nak tengok ayah sembuh..Nak makan dengan dia, nak keluar dengan dia..
Malah, rintihan itu turut diperhatikan oleh si ayah. Walaupun dalam keadaan tak mampu bergerak, hati seorang ayah juga tersentuh dan tidak dapat menahan sebak apabila dilihat turut menangis mendengar luahan hati anaknya.
Moga doa yang tak putus dan semangat isteri serta anak-anak ini melihat hero dalam keluarga mereka sembuh dimakbulkan Allah. Mana tahu suatu hari nanti, Allah menggantikan semula kegembiraan buat keluarga ini. Amin.