Kehadiran Muhammad Bilal dalam hidup Neelofa dan suaminya, Harris Ismail benar-benar memberi satu kehidupan baru bagi pasangan suami isteri ini. Apatah lagi pertama kali dalam bulan Ramadan menyambutnya bersama anak kecil. Bilal dianggap pelengkap untuk mereka berdua menjadi insan lebih baik.

Memetik mStar Online, Neelofa berkata anak kecilnya itu umpama jam penggera dalam masa memudahkan urusannya untuk beribadah di waktu malam sepanjang bulan mulia ini.

Ramadan Kali Ni, Bilal Jadi ‘Jam Loceng’ Ummi. Senang Beribadah & Terus Sahur

“Menjaga anak kecil ini bagaikan alarm clock buat ummi apabila dia terjaga malam untuk menyusu atau sebagainya. Jadi lebih mudah untuk saya bangun sahur atau lebihkan masa beribadah di tengah malam.

“Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, saya manfaatkan waktu ini sebaik mungkin untuk tingkatkan amalan,” katanya.

Ramadan Kali Ni, Bilal Jadi ‘Jam Loceng’ Ummi. Senang Beribadah & Terus Sahur

Berkongsikan mengenai kerjayanya selepas bergelar ibu, Neelofa berkata dia akan memilih tawaran yang sesuai dengan waktu dan statusnya kini sebagai seorang ibu.

IKLAN

“Saya akan terima tawaran kerja yang mana dirasakan sesuai sebab sekarang ada tanggungjawab terhadap keluarga.

Ramadan Kali Ni, Bilal Jadi ‘Jam Loceng’ Ummi. Senang Beribadah & Terus Sahur

“Saya perlu peruntukan masa sebaik mungkin untuk kerja dan tugas di rumah. Sebagai ibu saya kena tahu bila waktu sesuai untuk keluar bekerja supaya tak abaikan tanggungjawab terhadap anak dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, dalam perkongsian di instagram stories Neelofa, dia berkongsi mengenai perkembangan Bilal yang kini dah berusia 2 bulan lebih, pandai senyum dan mula bagi reaksi tiap kali bercakap dengannya.

IKLAN

Ramadan Kali Ni, Bilal Jadi ‘Jam Loceng’ Ummi. Senang Beribadah & Terus Sahur

Bukan itu saja, lengan Bilal yang ibarat seperti ‘roti bun’ itu buat orang geram walaupun belum lagi melihat wajahnya.

Kredit: mStar & IG Neelofa

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN [“Baju Bilal Dah Tak Muat” Neelofa Kongsi Cara Label Baju Lama]

Ramadan Kali Ni, Bilal Jadi ‘Jam Loceng’ Ummi. Senang Beribadah & Terus Sahur

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI